CHAPTER 46

232 10 0
                                    

5 tahun kemudian.

       “Nanti balik mummy ambil Qaseh. Don’t follow people you don’t know okey?” pesan Inara kepada Qaseh.

Alright maam.” jawab Qaseh.

“Tolong tengokkan Qaseh ya cikgu.” kata Inara bersama senyuman kepada cikgu yang sedang menunggu pelajar di hadapan pintu pagar tadika itu.

“Baik puan.” kata cikgu itu sambil memanggil Qaseh.

Bye mummy.” kata Qaseh bersama lambaian tangan.

Bye sayang.” lambai Inara kembali.

Selepas sahaja memastikan anaknya melangkah memasuki tadika tersebut, Inara berjalan menuju ke arah keretanya kembali. Selepas menghantar Qaseh, dia perlu menghantar Niel ke sekolah rendah pula.

Tidak sempat Inara membuka pintu keretanya, lengan Inara direntap oleh seseorang. Seorang lelaki yang memakai baju tshirt serta jaket berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack hitam dan bertopi.

“Kau siapa? Lepaskan aku!” jerit Inara. Niel yang terdengar jeritan Inara pantas membuka pintu kereta dan keluar mendapatkan mummynya.

Don’t touch my mom.” kata Niel sambil menarik Inara. Lelaki itu ditolak menjauh. Tiada gentar sedikit pun di dalam diri budak lelaki yang baru berusia 8 tahun itu.

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu beransur pergi dari situ selepas memberikan senyuman sinis bila melihat sikap Niel yang berani terhadap dirinya.

Mummy okey?” tanya Niel memandang Inara.

Mummy okey. Niel okey?” tanya Inara kembali sambil melihat seluruh badan Niel.

“Niel okey mummy. Jom pergi sekolah. Nanti Niel lambat masuk sekolah.” kata Niel mengingati Inara. Hanya berbaki berapa minit sahaja lagi sebelum pintu pagar sekolah Niel ditutup.

Okey. Jom.” ajak Inara.

Dia dan Niel melangkah masuk ke dalam kereta. Inara mula memandu dengan lebih laju agar cepat sampai. Disebabkan pemanduan yang laju, mereka sempat sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

“Niel pergi dulu mummy. Bye.” kata Niel dengan tergesa-gesa.

Bye sayang. Hati-hati.” kata Inara lantas menggeleng kepala sambil tersenyum.

Setelah itu, Inara meneruskan perjalanan ke pusat membeli-belah. Dia ingin membeli hadiah kepada Amelia sempena sambutan hari jadinya pada petang nanti.

Setelah selesai memarkir kereta, Inara keluar dan berjalan memasuki pusat membeli-belah itu. Sedang dia berjalan, terdapat satu kedai yang menarik perhatiannya. Dia berhenti buat seketika di hadapan kedai itu.

Setelah beberapa minit berdiri diam di hadapan kedai itu, dia mengambil keputusan untuk masuk. Hampir setengah jam memilih, akhirnya dia membuat keputusan dan pergi ke kaunter untuk membayar.

“Mungkin dah tiba masanya.” katanya kepada diri sendiri.

Dia menyambung perjalanan untuk membeli hadiah kepada Amelia.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
     Mummy!” jerit Qaseh sambil berlari ke arah Inara yang sedang menunggu di pintu itu.

“Anak-anak mummy dah balik.” sambut Inara teruja. Kelihatan Niel sedang membawa beg sekolah Qaseh sambil berjalan ke arah Inara bersama Hail.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now