"We meet again, my little stella." kedengaran suara seseorang lelaki dari tingkat atas.
Inara pantas mengalihkan kepalanya ke arah bunyi itu.
"Ingat aku lagi ke tak?" tanya lelaki itu.
"Qays." nama itu meniti di bibir Inara. Perasaan yang dia alami sekarang. Adakah gembira? Adakah sedih? Dia sendiri tidak tahu.
"Yes, it's me." jawab lelaki itu.
Perasaan marah menyelubungi diri. Jelas teringat di fikirannya apabila Qays tidak datang dan berjumpanya sebelum dia berlepas ke Itali 6 tahun lepas.
"Saya cuma nak pulangkan kad pengenalan awak and I wanna go home." kad pengenalan itu diletakkan di atas meja berdekatan dengannya.
Kedengaran bunyi ketukan kuat dari arah bilik bawah tanah yang hanya beberapa meter di hadapan mereka. Inara menghentikan langkahnya.
"Kau balik." tiba-tiba suara Qays berubah menjadi lebih garang.
"Bunyi apa tu Qays?" tanya Inara. Dia sudah berasa pelik apabila riak wajah Qays yang tenang tadi bertukar tegang.
"Aku cakap balik." dia masih mengawal amarahnya.
"No. Saya nak tahu bunyi apa tadi." bantah Inara.
"Aku cakap apa Inara? Balik kan? Balik!" tengking Qays.
"No." Inara pantas berlari ke arah tangga bawah tanah itu. Belum sempat Qays menarik lengan Inara, Inara terlebih dahulu berlari selaju yang mungkin turun ke bilik bawah tanah itu.
Sesampainya di hadapan bilik tersebut, tangan pantas membuka pintu tetapi terkunci.
"Aku dah cakap balik kan tadi?" kata Qays tenang bersama senyuman sinis.
"Saya cuma nak tahu ada apa dalam bilik ni." kata Inara.
"Kau nak balik or kau nak aku call pejabat agama datang rumah aku? Rasa-rasa best jugak kalau khawin free kan. Tak perlu keluarkan banyak modal." kata Qays sinis.
Inara yang mendengar kata-kata Qays tadi bagai baru tersedar yang dalam rumah ini hanya ada dia dan lelaki ini.
Dia pantas menaiki tangga ke pintu utama rumah agam itu. Kaki melangkah keluar dan memakai kasutnya kembali. Keretanya di hadapan rumah agam itu dituju.
Wajah lelaki itu dipandang tajam. Dia tahu ada sesuatu yang pelik dengan bilik bawah tanah itu. Lelaki itu hanya mengangkat sebelah keningnya dan menghadiahkan senyuman sinis.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋"Kau pergi mana Ara?" tanya Faqih setelah melihat adiknya yang baru sahaja tiba di rumah itu.
"Ara pergi rumah kawan." jawab Inara sambil langkah menaiki tangga itu.
"Kawan? Setahu aku kau tak ada kawan dekat sini." kata-kata angahnya itu membuatkan langkah Inara terhenti.
"Kau pergi mana Ara?" tanya Faqih sekali lagi.
"Ara penat lah angah. Ara naik dulu ya." kata Inara.
"Stay lie to me Ara. I know everything." kata Faqih tanpa perasaan.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Baby! Ada orang mahu jumpa sama kamu." kata Umayr.
"Siapa?" tanya Inara.
"Manalah saya tahu." kata Umayr sambil mengangkat bahunya dan terus berlalu ke dapur.
Inara keluar dari bilik dan menuju ke pintu. Lelaki di hadapannya sekarang menyebabkan otaknya menjadi serabut.
"Awak nak apa Aidan. Kita dah lama putus kan? Awak nak apa lagi sampaikan awak cari saya dekat rumah ni?" kata Inara malas.
Mereka berdua pernah menjalinkan hubungan semasa belajar di Itali dahulu tetapi sikap Aidan yang melayan semua wanita itu membuatkan Inara memutuskan hubungan mereka. Aidan juga pernah kantoi beberapa kali yang dia keluar dengan perempuan lain.
"Saya rindukan awak Inara." jujur Aidan. Memutuskan hubungan dengan Inara membuatkan hidupnya tunggang-langgang. Dia sedar perempuan lain tidak sama dengan Inara.
"Kita mulakan semuanya semula Inara. Saya sayangkan awak." melihat Aidan yang bertindak untuk naik ke atas rumah menyebabkan Inara beranjak satu langkah ke belakang.
"Aidan don't move. Stay there." kata Inara memberi arahan.
"Saya tak boleh lupakan awak. Saya masih cintakan awak." ayat demi ayat dilontarkan. Kaki juga mula melangkah lebih dekat dengan Inara.Tangan Inara digenggam kuat menyebabkan Inara mendesis sakit.
"Woi jantan!" Faqih yang baru pulang pantas menarik Aidan turun dari rumah.
"Kau dah kenapa kacau adik aku hah?!" tengking Faqih.
"Aku nak adik kau." kata Aidan lembut sahaja.
"Kau memang sial." sebuah penumbuk dihadiahkan kepada lelaki itu. Aidan sudah jatuh menyembah tanah.
"Angah!" jerit Inara. Lengan Faqih ditarik menjauhi Aidan.
"Kau balik sekarang dan jangan jumpa adik aku lagi!" Faqih memberi arahan keras kepada Aidan.
Aidan pantas bangun dan meninggalkan rumah itu.
"Kau pergi belajar ke kau pergi bercinta Ara?!" tanya Faqih garang.Inara pantas melangkah menuju ke biliknya. Sesungguhnya dia takut apabila Faqih berubah menjadi garang.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Tell me everything now Inara." arah Faqih yang baru sahaja menutup pintu bilik adiknya. Tidak mahu keluarganya yang lain mengetahui tentang hal tersebut."Ara minta maaf angah. Ara sayang dia. Tapi tu dulu. Masa Ara belajar dekat sana. Sebab masa tu Ara perlukan someone yang ada dengan Ara , yang boleh dengar masalah Ara." jelas Inara kepada Faqih.
"Habis aku ni apa? Umayr tu apa? Along tu apa? Mama? Kami ni siapa Ara? Tunggul? Tiang? Kayu? Kau ada aku Ara. Apa pun masalah kau aku ada dengan kau." kata Faqih menahan geram.
Melihat adiknya yang hampir menangis itu menerbitkan sedikit rasa kasihan. Dia tidak berniat memarahi adiknya. Tetapi dia ingin melindungi adiknya daripada tersalah memilih seseorang.
"Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak tengking kau, Ara." maaf dipinta oleh Faqih.
"Aku sayang kau sebabtu lah aku marah. Aku taknak kau ada hubungan dengan orang yang keluarga kita tak kenal. Kalau lelaki tu betul-betul serious dengan kau, minta dia datang jumpa mama dengan papa." kata Faqih lembut.
"Ara minta maaf juga angah." kata Inara memeluk abangnya.
"I'm always here." kata Faqih tetapi hanya di dalam hati.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...