“Aafia, wake up.” suara Qays serak atas sebab baru sahaja bangun dari tidur.
“Hm.” sahut Inara perlahan.
“Bangun, aku dah siapkan sarapan.” kata Qays perlahan. Rambut Inara diselitkan ke belakang telinga.
“Hah?!” Inara yang mendengar itu terkejut. Pantas selimut ditolak ke sebelah.
“Kenapa awak masak?” tanya Inara.
“Kenapa aku tak boleh masak?” tanya Qays kembali.
“Saya kan isteri, jadi sarapan awak, saya yang sepatutnya sediakan.” kata Inara dengan rasa bersalah.
“Tak semestinya. Dah pergi basuh muka then turun makan.” kata Qays dan kaki dilangkah menuju ke dapur.
“Mama, Ara malu.” kata Inara menekup mukanya sendiri.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Pandai awak masak.” puji Inara.“Aafia, aku masak telur goreng dengan roti bakar je.” kata Qays. Mesti ada permintaan dari Inara kepadanya jika pujian keluar dari mulut Inara.
“Hehe. Qays, petang ni awak free tak?” tanya Inara. Bibir diukir senyuman terindah.
“Nak pergi mana?” tanya Qays apabila dapat meneka apa yang dimahukan oleh isterinya.
“Nak pergi pantai.” beritahu Inara.
“Kita pergi pantai merajuk nak?” tanya Qays memberi cadangan.
“Pantai merajuk?” tanya Inara kembali. Ada pantai baru ke?
“Pantai yang kau pilih untuk pergi masa kau merajuk dengan aku haritu.” terang Qays.
“Oh. Boleh-boleh.” kata Inara teruja.
“Lepas makan nanti kau siap kita pergi beli barang dapur dulu.” pesan Qays.
“Okey.” jawab Inara.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Dah ada list barang yang aku suruh kau buat?” tanya Qays. Sebelum bertolak ke pasaraya tadi, Qays sudah memesan kepada Inara untuk menulis segala barang rumah yang perlu dibeli.“Dah.” kata Inara mengeluarkan sekeping kertas dan diberi kepada Qays.
“Okey, jom.” kata Qays. Troli ditolak menuju ke tempat makanan basah.
Inara memilih beberapa ekor ayam sebagai simpanan mereka nanti. Setelah mengambil 2 ekor ayam, dia beralih kepada bahagian makanan laut. Sedikit sotong dan udang diambil.
“Dah?” tanya Qays. Dia hanya membiarkan Inara memilih.
“Dah. Jom pergi bahagian sayur.” ajak Inara.
Qays menolak troli menuju ke bahagian sayur. Sesampainya di bahagian sayur, dia hanya mengikut Inara.
“Qays. Saya nak awak teka. Yang mana daun ketumbar?” tanya Inara. Tangan kiri memegang daun ketumbar dan tangan kanan memegang daun sup.
“Kiri.” jawab Qays pendek. Sempat eh buat soalan dekat sini.
“Pandai!” kata Inara teruja. Qays sembunyi senyum.
“Jom pergi tempat lain pula.” ajak Inara. Qays hanya mengikutnya.
“Qays!” jerit Inara apabila ternampak sesuatu.
“What’s wrong Aafia?” tanya Qays risau.
“Tu.” Inara menunjukkan jarinya ke suatu arah. Kaki dilangkah laju menuju ke tempat tersebut.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...