CHAPTER 42

233 8 0
                                    

    Sudah hampir sehari Qays meninggalkan dia dan anak-anak mereka.

“Kenapa sayang rasa tak sedap hati abang?” kata Inara sedih. Hatinya berasa sesuatu yang dia sendiri tidak tahu perasaan apa yang dia rasakan sekarang.

Daddy okey je kan Qaseh?” anaknya dipandang sayu.

Televisyen dibuka untuk menghilangkan bosan. Tiba-tiba satu berita dapat menarik perhatian Inara.

“Sebuah pesawat yang menuju ke Itali telah terhempas di kawasan berdekatan Milan. Kes ini masih di bawah siasatan pihak polis. Sehingga kini, hanya 12 orang mangsa yang dapat dijumpai dimana 2 orang mangsa terselamat manakala 10 orang telah disahkan meninggal dunia.” serta-merta jantung Inara bagaikan terhenti.

Dia dapat tahu daripada Hail bahawa Qays pergi ke Itali semalam.

“Mel.” panggil Inara.

“Ya Inara.” Amelia berjalan menuju ke arah Inara yang berada di sofa itu.

“Qays..” kata-katanya terhenti. Air mata mula mengalir.

Amelia melihat berita yang ditunjukkan dalam televisyen itu. Setelah mendengar penjelasan daripada wartawan di televisyen itu, pantas jarinya mendail nombor seseorang.

“Hail, tengok berita sekarang.” arah Amelia.

Setelah beberapa minit Hail diam tanpa berkata apa-apa, Amelia kembali menyoal.

“Qays dalam kapal terbang yang sama?” tanya Amelia.

“Ya.” hanya satu perkataan itu menyebabkan Inara meraung.

“Qays!” jerit Inara.

“Inara, sabar.” pujuk Amelia.

“Datang sini bawa semua orang. Aku tak boleh handle Inara sorang-sorang.” pinta Amelia. Tangannya kejap memegang Inara.

Okey.” panggilan dimatikan dan pantas Inara dipeluknya.

“Sabar, bawa mengucap.” Qaseh di dalam dukungan Inara diambil.

“Sabar Inara. Mungkin Qays selamat. Kita banyakkan berdoa.” katanya sambil menyapu belakang Inara untuk menenangkan wanita itu.

Inara melepaskan segala tangisan di bahu Amelia. Sungguh dia berasa hal ini seperti mimpi buruk baginya.

Adakah dia telah kehilangan suaminya? Adakah anaknya akan kehilangan seorang bapa?

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
     Ahli keluarga Inara bersama kawan-kawan Qays berada di rumah Inara bagi menunggu keputusan dari pihak polis tentang Qays.

Inara masih menangis di bahu Tengku Maleeqa. Qaseh berada dalam dukungan Amelia. Niel pula sedang duduk bersama Iffat dan Amir sambil bermain permainannya supaya dia tidak bertanyakan tentang Qays.

“Mama, mana suami Ara mama. Ara rindukan suami Ara.” kata Inara bersama tangisan.

“Ara kena sabar. Banyakkan berdoa. Minta Allah tolong jagakan Qays.” pujuk Tengku Maleeqa.

“Kita buat solat hajat malam ni.” kata Tengku Idlan Hazeem. Semua yang berada di kawasan ruang tamu itu bersetuju.

Selesai menunaikan solat maghrib, mereka meneruskan lagi dengan solat hajat supaya Allah melindungi Qays.

Selesai mengaminkan doa yang dipimpin Tengku Idlan Hazeem, semua mengemas kembali ruang tamu itu dan berkumpul beramai-ramai.

Inara bangun dan menuju ke dapur untuk membuat sedikit makanan dan minuman.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now