“Perempuan tua tu macam mana?” tanya Qays.
“Okey je. Tak mati lagi.” kata Hail meluat apabila masuk topik pasal perempuan tua itu.
Kedengaran pintu utama terbuka. Amelia masuk dan meletakkan kasutnya di rak kasut. Mata memandang dua orang lelaki yang berada di sofa itu.
“Kenapa pandang-pandang?” tanya Amelia apabila dua lelaki itu memandang dirinya pelik.
“Kau keluar dengan siapa?” tanya Qays tenang.
“Kawan.” jawab Amelia pendek.
“Aku rasa macam aku kenal kereta tu.” kata Qays bersama senyuman sinis.
“A-aku naik atas dulu.” jawab Amelia dalam keadaan gagap.
Qays memandang Hail bersama senyuman yang tersirat. Hail hanya membalas senyuman tersebut.
“Qays.” panggil Hail.
“Apa?” tanya Qays apabila dirinya dipanggil.
“Kau tak ada adik-beradik yang lain?” tanya Hail.
“Kenapa kau tanya?” tanya Qays kembali.
“Ada ke tak?” tanya Hail lagi.
“Tak.” jawab Qays.
“Kenapa?” tanya Qays kembali. Dia perlukan jawapan kenapa Hail bertanya tentang perkara tersebut.
“Tak ada apa. Saja tanya.” jawab Hail sambil menyisip sedikit air yang dihidangkan.
“Kau... pelik.” jujur Qays. Mata terarah ke arah kawan baiknya itu.
“Lagi pelik dari Mel tadi.” sambungnya lagi.
“Mana ada.” nafi Hail.
“Ada benda yang sepatutnya aku tahu ke Hail Arsyad?” tanya Qays. Sekarang dia menjadi lebih serius.
“Tak ada Megat Qays Al-Qayyum. Aku tanya sahaja.” jawab Hail tenang.
Mata Qays memandang Hail lama sehinggakan Hail berasa tidak selesa.
“Naik atas jaga isteri kau lah.” arah Hail.
“Aku balik dulu. Assalamualaikum.” kata Hail bangun menuju ke pintu utama dan melajukan langkahnya ke kereta.
“Belum tiba masanya lagi untuk kau tahu tentang hal ini.” kata Hail di dalam keretanya.
Enjin dihidupkan dan kereta dipandu keluar dari kawasan rumah itu.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Pintu bilik dibukan dan kelihatan anak dan isterinya sedang tidur. Kaki melangkah menuju ke arah anaknya. Pipi lembut itu dipegang dan seterusnya Qays mengangkat anaknya dan diletakkan ke dalam katil bayi.“Aafia.” panggil Qays perlahan.
“Hm?” sahut Inara dalam kantuknya.
“Abang nak keluar sekejap. Mel ada dekat dalam bilik dia kalau sayang perlukan apa-apa.” beritahu Qays.
“Abang nak pergi mana?” tanya Inara.
“Abang ada kerja sikit.” kata Qays. Tangan menyentuh lembut rambut isterinya.
“Jangan balik lewat.” kata Inara memberi peringatan.
“Ya sayang.” jawab Qays. Dahi Inara dicium sekilas dan kaki melangkah keluar dari bilik mereka.
Bilik Amelia dituju dan pintu bilik itu diketuk. Amelia pantas bangun dan membuka pintu biliknya.
“Kenapa?” tanya Amelia. Pintu hanya dibuka sedikit. Qays memandangnya pelik.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...