CHAPTER 7

489 27 0
                                    

    "How are you my friend." tanya Iffat yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Amir.

"Better than yesterday." jawabnya perlahan. Iffat meletakkan bakul yang berisi pelbagai buah-buahan itu di atas meja.

"Kau je yang datang?" tanya Amir. Hanya Iffat sahaja yang berada bersamanya.

"Abang kau kerja la. Hail dekat rumah ada kerja. Qays pergi sekolah macam biasa." terang Iffat.

"Sampai hati Hail. Datang lah tengok aku ni kejap. Kerja tu tak lari mana pun." kata Amir dengan mukanya yang menunjukkan reaksi sedih.

"Kau buat macam kau baru sekali eh turun padang? Buat macam sebelum ni tak pernah masuk hospital." kata Iffat meluat.

"Maaf ganggu. Saya bawakan ubat untuk Encik Amir." kata seorang jururawat dengan dulang di tangan.

Mata Iffat hanya memerhati sahaja pergerakkan wanita itu. Tanggannya lincah bekerja.

"Dah lama kerja?" tanya Iffat tiba-tiba.

"Hah? Encik tanya saya ke?" tanya wanita itu kembali.

"Tak lah. Saya tanya bos awak. Bila nak pencen." kata Iffat sekadar bergurau.

"Tak lama. Baru 3 bulan." kata wanita itu.

"Ohh. Nama apa?" tanya Iffat lagi sekadar ingin tahu.

"Sudah lah Iffat Naqir. Nak perempuan ni juga ke? Pekerja abang aku ni." sampuk Amir.

"Kau diam boleh tak?" jelingan tajam dihadiahkan kepada Amir.

"Saya minta diri dulu. Encik Amir perlu makan ubat yang saya sediakan atas meja ni ya." kata wanita itu lantas kaki dilangkah keluar dari wad itu.

"Kau memang suka sibuk kan?" kata Iffat melangkah keluar meninggalkan Amir.

"Merajuk lah tu." kata Amir bersama tawa halus.

Mata meliar mencari susuk tubuh wanita tadi tetapi tidak kelihatan.

"Setan punya Amir." katanya perlahan dan melangkah keluar dari hospital itu.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

      "Qays tak datang ke Inara?" tanya Aidan. Inara yang merenung tempat Qays itu tidak menjawab.

"Inara?" panggil Aidan sambil melayangkan tangannya di hadapan muka Inara.

"Hah? Awak tanya apa?" tanya Inara kembali.

"Saya tanya Qays tak datang ke?" tanya Aidan sekali lagi.

"Tak tahulah Aidan. Saya pun tengah tunggu dia juga. Tapi macam mustahil saja dia nak datang harini sebab dah pukul 12. Lagi 20 minit, dah masuk waktu cikgu." kata Inara sedih. Dia takut untuk mulakan pembentangan seorang diri.

"Kalau awak nak saya gantikan Qays boleh je." kata Aidan menghadiahkan senyuman manis kepada Inara.

Inara mahu menolak tetapi dia berasa kasihan kepada Aidan.

"Tak perlu nak gantikan tempat aku." belum sempat Inara memberi jawapan, Qays datang memotong percakapannya. Qays menarik kerusi dan melabuhkan punggung di kerusi.

"Boleh balik tempat duduk kau. Tak perlu buat semak dekat tempat aku." halau Qays. Aidan mengambil keputusan untuk kembali ke tempatnya.

"Kenapa awak datang lewat harini?" tanya Inara.

"Aku dah datang kan? Bersyukur sikit. Kalau aku tinggal kau sorang baru tahu." kata Qays.

"Mana part aku?" tanya Qays. Dia sudah penat. Dia baru sahaja tiba di Malaysia dan hanya berehat beberapa minit sebelum datang ke sekolah. Matlamatnya sekarang, dia hanya mahu pulang dan tidur sahaja.

"Disebabkan awak nampak macam penat, part awak saya pendekkan." kata Inara sambil menghulurkan sekeping kertas A4 kepada Qays.

"Aku kena cakap thank you ke?" tanya Qays menaikkan sebelah keningnya.

"I guess." kata Inara sambil ketawa.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

   "Baiklah, semua dah buat pembentangan kan?" tanya Cikgu Suraya.

"Dah cikgu." jawab mereka serentak.

"Kalau macam tu cikgu minta diri dulu ye. Cikgu ada perjumpaan dengan ibu bapa Tingkatan 3, jadi duduk dalam kelas diam-diam ye. Bila tiba waktu pulang kamu boleh pulang." beritahu Cikgi Suraya panjang lebar.

"Baik cikgu."

Setelah kelinat Cikgu Suraya hilang, Qays terus meletakkan kepala ke atas meja dan memejamkan matanya ingin berehat. Tiba-tiba ada yang mengganggu.

"Qays, jom teman saya pergi kantin kejap. Saya nak tengok apa yang ada lagi dekat kantin. Saya lapar sebab tunggu awak tadi." ajak Inara. Dia lapar kerana pada waktu rehat tadi dia tidak makan.

"Pergilah Inara. Aku penat ni." kata Qays.

"Ish awak ni." marah Inara. Dia bangun melangkah keluar dari kelas. Benci dengan Qays kerana tidak mahu menemaninya.

"Eh budak baru." kata seorang lelaki yang menyandarkan dirinya ke dinding. Terdapat 5 orang pelajar yang sedang lepak di laluan ke kantin.

Dia sudah mula berasa takut. Badan dipusing ke arah belakang untuk melarikan diri ke kelas tetapi malangnya dia terlanggar dengan Damia, pelajar perempuan yang dia terjumpa di atas tangga itu.

“Kau?” tanya Damia sambil menarik senyuman sinis.

“Kau kenal ke Mia?” tanya lelaki tadi.

“Kau nak dia ke?” tanya Damia kembali. Lelaki itu hanya mengangkat bahu.

“Kalau kau nak dia, senang sikit aku nak dapatkan Qays.” kata Damia.

Pantas tangan Damia menolak Inara sehingga dia rebah. Kain sekolah di bahagian lututnya terkoyak sedikit menampakkan kesan darah. Inara mendesis sakit.

“Sakit?” tanya Damia.

“Aku tanya sakit tak?!” tengking Damia. Inara hanya mengangguk kepala.

Tiba-tiba lelaki tadi datang memaksanya berdiri.

“Kau cantik. Nak jadi girlfriend aku tak?” tanya lelaki itu disertakan bersama gelak tawa kawan-kawannya.

“Taknak. Lepaslah.” pinta Inara sambil berusaha melepaskan lengannya daripada lelaki itu. 

“Terima aku jadi boyfriend kau dulu baru aku lepaskan kau.” kata lelaki tersebut. Tiba-tiba dada Inara terasa sakit dan sesak. Tanggannya bergetar hebat.
  
Satu tumbukan kepada lelaki yang memegang lengan Inara itu dilepaskan. Jatuh terduduk lelaki itu di atas tanah.
 
“Kau asal?” tanya Qays.
  
“Kau yang asal? Tiba-tiba datang nak pukul aku.” kata lelaki itu.
  
“Kau ganggu dia then kau nak aku diam tengok kau rosakkan dia hah?!” tengking Qays.
  
Inara pantas berlari meninggalkan Qays. Tandas di tingkat 2 menjadi lokasi pilihan. Dia memasuki tandas yang paling hujung dan jauh daripada semua orang. Fikirannya bercelaru. Adakah dia hampir hilang maruahnya tadi? Kaum hawa yang ingin memusnahkan dirinya.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now