“Aku nak kita menang.” kata Qays yang baru sahaja selesai memakai kasut sportnya. Mata tajam menikam Khilfi yang berada di seberang tempat penonton. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
“Kau ada buat deal apa-apa ke dengan dia Qays?” tanya Hail.
“Tak payah sibuk. Aku cuma nak kita menang game malam ni je.” kata Qays menahan geram.
20 minit berlawan dan separuh masa pertama berakhir. Kini, kumpulan Qays ketinggalan dengan mata 2-1.
2 minit diberikan untuk masa berehat.“Asal korang main teruk sangat hah?!” tengking Qays dengan tiba-tiba. Inara yang disitu turut terkejut akibat tengkingan itu.
“Kita main fun-fun je. Asal kalau kalah kau nak bengang sangat?” kata Hail menahan geram. Bila ditanya tentang deal tidak mahu menjawab.
“Asal kalau main fun-fun pun korang tak boleh nak menang ke? Lemah sangat?” sindir Qays.“Kau kenapa sial hah?!” tengking Hail pula. Satu tumbukan dilepaskan kepada Hail apabila amarahnya sudah melepasi had.
Setelah itu, Qays keluar menuju ke tandas. Inara yang melihat itu hanya terkaku di tempatnya berdiri. Kenapa Qays tiba-tiba berubah?
Setelah seminit masa berlalu, Qays datang kembali. Qays mendekati Hail.
“Aku minta maaf. Tapi tolong aku kali ni. Buat bagi kita menang.” rayu Qays. Suara ditahan semaksimum mungkin.
“Aku tahu benda yang kau deal dengan Khilfi tu benda yang kau sayang Qays sebab itulah kau nak menang.” kata Hail. Qays hanya diam.
“It’s okey bro. Kita boleh menang.” kata Hail dengan yakin.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Berbaki masa 1 minit sahaja. Kini mata terikat dengan 2-2. Sepuluh saat terakhir Hail berjaya menjaringkan goal dan akhirnya kemenangan berpihak kepada kumpulan Qays.“Thanks bro.” kata Qays memeluk Hail.
“No problem. Cuma aku nak mintak duit ganti balik muka aku yang handsome ni lah.” gurau Qays.“Aku bagi lebih.” pecah gelak tawa 5 sahabat itu. Kelima-lima orang itu menuju ke arah Inara.
“Ni air.” Inara menghulurkan sebotol air mineral kepada Qays.
“Qays je? Untuk kami tak ada?” tanya Amir menarik muka.
“Hehe. Nah untuk semua pun ada.” kata Inara menghulurkan air kepada mereka semua.
“Thank you Inara.” ucap Iffat bersama senyuman.
“Thanks.” ucap Hail pula.
“Terima kasih.” ucap Adiel.“Terima kasih daun keladi, Nanti boleh tolong lagi.” ucap Amir dengan pantun.
“Aku balik dulu lah.” kata Qays mengemas barang.
“Okey.” kata kawan-kawannya hampir serentak.
“Jom.” ajak Qays setelah selesai bersalaman dengan kawan-kawannya.
Dalam perjalanan ke kereta, mereka terhenti akibat terdengar seseorang memanggil Qays.
“Qays! Best deal tadi. Next time guna lah deal yang sama. Mana tahu aku dapat perempuan secantik Inara kan?” kata Khilfi bersama senyuman yang sengaja dimaniskan.
"Saya?” tanya Inara.
“Ya. Kami buat deal tadi. Kalau I menang, you jadi milik I. Kalau Qays menang, I dah tak boleh kacau you.” terang Khilfi.
“What is this Qays?” tanya Inara.
“Tak apa lah. Aku pergi dulu Qays. Ada masa kita jumpa lagi.” kata Khilfi dan berlalu pergi setelah itu bersama senyuman sinis yang dihadiahkan kepada Qays.
“Awak gunakan saya sebagai deal awak?” tanya Inara. Hatinya bagaikan diremuk.
“Kau tak faham Aafia.” kata Qays.
“Saya nak balik.” kata Inara berlalu memasuki kereta terlebih dahulu.
Qays menarik nafas sedalam-dalamnya.﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Kereta diletakkan di tempat parkir di rumahnya. Inara pantas keluar dari kereta itu tanpa menunggu Qays.“Aafia wait.” panggil Qays. Langkah dilajukan dan apabila sampai sahaja dekat dengan Inara, lantas tangan Inara ditarik.
“I want to say sorry okey? Aku buat ada sebab.” kata Qays jujur.
“Sebab apa? Taknak bagi dia kacau saya. Qays, banyak lagi cara yang boleh awak buat tapi awak pilih untuk guna cara yang macam ni juga. Awak buat saya macam perempuan murahan kan? Dijadikan sebagai deal dalam game.”
“Ni okey tau sebab awak menang. Kalau awak kalah? Saya kena duduk dengan dia. Awak fikir apa hah?!” tengking Inara. Sekarang dia sungguh berasa marah.
“Kenapa ni Inara?” tanya Amelia yang baru sahaja turun dari biliknya tadi setelah mendengar suara tengkingan dari Inara.
“Awak tanyalah Qays sendiri. Apa yang dia dah buat guna otak dia yang terpaling cerdik tu.” kata Inara meninggalkan Qays bersama Amelia.
“Kau buat apa Qays?” tanya Amelia.
“Silap aku Mel. Aku jadikan dia deal aku dengan Khilfi dalam game tadi.” kata Qays penuh rasa serba salah dalam diri.“Kau gila ke Qays?” tanya Amelia kembali.
“Ya, aku tahu aku salah tapi aku cuma tak nak dia kena kacau dengan orang je Mel.” terang Qays.
“Dengan jadikan dia sebagai hadiah untuk game futsal kau tu?” tanya Amelia lagi.
Kali ini Qays terdiam. Dia berasa bersalah dengan Inara.
“Dah lah. Kau naik bersihkan diri kau then tidur. Biarkan Inara tu tenang dulu baru kau minta maaf.” kata Amelia. Tidak terkata dia apabila melihat wajah bersalah Qays itu.
“Tapi aku salah Mel. Takkan aku nak biarkan dia tidur dengan perasaan benci dekat aku?” kata Qays lagi.
“Megat Qays Al-Qayyum. Aku kenal kau dah lebih 10 tahun. Kali ini, pertama kali dalam hidup aku tengok kau tak senang duduk sebab rasa bersalah. Kau suka Inara ke Qays?” tanya Amelia beserta senyuman.
“Apa kau merepek ni Mel?” tanya Qays kembali.“Tak salah pun Qays kalau kau nak suka seseorang.” kata Amelia dan berjalan meninggalkan Qays seorang diri bersama sebuah senyuman.
Qays yang berdiri di situ hanya terdiam.
‘Aku suka dia?’ kata hati kecilnya.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomansMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...