"Kau rasa kan, aku patut ada rumah sendiri ke untuk aku dengan Aafia?" tanya Qays. Sebiji karipap di atas meja itu diambil dan dimakan.
"Up to you. Itu hidup kau." kata Amelia pendek. Dia tidak kisah akan hal itu. Jika Qays dengan Inara tinggal serumah dengan dia, dia ada peneman. Jika Qays dengan Inara duduk berasingan dengan dia, dia boleh hidup seorang diri.
"Aku rasa aku nak balik rumah mama." Qays termenung. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah orang tuanya itu.
"Ya. Boleh juga. Dapat kau lepas rindu and hidup dekat sana dengan isteri kau." kata Amelia setuju dengan Qays.
"Kau okey ke tinggal sini sorang-sorang?" tanya Qays. Dia risaukan Amelia.
"Qays, kau dah ada isteri. Aku taknak kacau hidup kau dengan Inara. Aku pun taknak tengok kau bermanja dengan isteri kau depan aku." dua perkataan terakhir ditekan sedikit.
Qays hanya tertawa mendengar hal itu. Dia dengan Amelia sudah lama tinggal sekali. Hal ini yang menyebabkan dia susah untuk meninggalkan Amelia seorang diri.
"Bila kau nak pergi sana?" tanya Amelia.
"Esok maybe." kata Qays. Amelia hanya mengangguk perlahan.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Iffat, call semua suruh berkumpul rumah mama aku petang esok." kata Qays."Buat apa?" tanya Iffat.
"Datang je lah." balas Qays malas. Banyak pula bunyi budak ni.
"Ye." balas Iffat pendek. Telefon diputuskan panggilan selepas itu.
"Apahal budak ni tiba-tiba nak balik rumah mak dia pula." katanya kepada diri sendiri.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Kita nak pergi mana?" tanya Aafia apabila Qays memulakan pemanduannya."Secret, stella." jawab Qays. Matanya difokuskan kepada pemanduannya. Hatinya teruja untuk menunjukkan rumah baharu mereka kepada Inara.
Selama lebih kurang setengah jam, terlihat sebuah villa mewah di hadapan mereka. Kereta dipandu memasuki halaman rumah tersebut. Tempat parkir dituju dan kereta dihentikan di situ.
"Jom." ajak Qays apabila selesai mematikan enjin keretanya.
"Hi, Inara." sapa Amir paling teruja.
"Amir!" jerit Inara. Entah bagaimana mereka boleh rapat seperti sahabat baik.
"Apa awak buat dekat sini?" tanya Inara.
"Qays suruh datang." jawab Amir.
"Macam mana kau dengan isteri aku boleh rapat?" tanya Qays yang berada di belakang Inara.
"Secret." beritahu Inara perlahan kepada suaminya sambil mengeyit mata.
"Jom masuk." ajak Amir.
"Jom!" kata Inara teruja.
"Thanks tolong kemaskan habuk-habuk dalam rumah ni." kata Qays ikhlas kepada kawan-kawannya.
"No problem." jawab Iffat.
"Jom lah masuk." ajak Qays.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Inara keluar dari rumah dan berjalan ke arah suaminya. Terlihat suaminya sedang termenung melihat ke luar rumah."Qays, saya nak tanya awak soalan boleh?" tanya Inara. Qays melihat Inara yang sudah berada di sebelahnya. Bila masa budak ni ada sebelah?
"Hm." jawapannya boleh dikategorikan sebagai ya.
"Ini rumah siapa?" tanya Inara memulakan soalannya.
"Rumah arwah mama dengan papa aku." jawabnya tenang.
"Kenapa awak pilih rumah arwah mama dengan papa awak?" tanya Inara lagi.
"Kau tak suka?" tanya Qays kembali. Dia risau jika Inara tidak selesa tinggal di rumah arwah mama dengan papanya.
"Eh tak!" pantas Inara menafikan bersama tangan yang diawang-awangkan.
"Saya nak tanya je." sambung Inara lagi.
Qays diam selepas itu.
"Kau ada nak pergi bercuti mana-mana tak?" tanya Qays mengubah topik.
Inara tidak menjawab tetapi kepalanya digeleng.
"Esok kita pergi beli barang rumah." kata Qays. Kopinya disisip sedikit.
"Jom masuk. Dah malam tak elok dekat luar." ajak Qays.
Selepas pintu ditutup dan dikunci, mereka berjalan bersama menuju ke bilik. Selepas menghantar Inara ke bilik, Qays memulakan langkahnya tetapi lengannya terasa ditarik.
"Why?" tanya Qays hairan. Lengannya yang ditarik oleh Inara itu dipandang.
"Tidur dengan saya. Saya takut." pinta Inara. Rumah ini hanya ada mereka berdua sahaja. Ini menyebabkan rumah ini dirasakan lebih seram.
"Kau takut kenapa?" tanya Qays lagi.
"Kalau taknak tak apa lah. Bye." kaki diatur masuk dan pintu ingin ditutup tetapi dihalang oleh tangan seseorang.
"Okey, okey. Aku tidur sini." kata Qays menahan pintu.
"Tadi cakap tak nak." kata Inara melihat ke lantai.
"Bila masa?" tanya Qays lagi.
Inara yang memandang lantai itu dipandang."Lantai tu lagi elok dari suami kau sendiri ke, Aafia?" tanya Qays geram apabila melihat isterinya memandang lantai.
"Apa?" tanya Inara mengangkat kepalanya kembali memandang Qays.
"Aku teman kau." kata Qays menggosok kepala isterinya. Inara mula mengukir senyuman.
"Thank you." ucap Inara bersama sengihan.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Lepaskan aku!" tengking wanita tua itu. Roti dan air mineral itu ditendang jauh.Mulut lelaki itu tersenyum sinis melihat roti dan air mineral itu ditendang.
"No." katanya tenang tetapi matanya berapi.
"Apa yang kau nak dari aku?!" tanya wanita tua itu.
"Kau bunuh family aku!" tengking lelaki itu sambil menarik kasar rambut serabai wanita tua tersebut.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...