“Ada apa nak jumpa aku ni?” tanya Faqih mengambil tempat duduk di hadapan Qays.
“Aku ada benda penting nak cakap.” kata Qays.
“Apa?” tanya Faqih lagi.“Aku nak khawin dengan Aafia.” kata Qays setelah menghembuskan nafasnya berat.
“Siapa Aafia?” tanya Faqih lagi. Qays ada berjumpa dengan anak siapa pula terus nak ajak khawin ni.
“Adik kau siapa?” tanya Qays lagi.
“Inara.” jawab Faqih dengan yakin.“Nama penuh?” tanya Qays lagi menahan geram. Apa pasal lembap sangat mamat ni.
“Oh.” hanya itu sahaja balasan daripada Faqih.
“Kenapa dengan tiba-tiba kau nak khawin dengan dia?” tanya Faqih.
“Aku jumpa Aidan semalam and dia cakap selagi aku dengan Inara tu tak ada apa-apa hubungan, aku tak berhak untuk halang dia.” cerita Qays.“Aku okey tapi aku nak tanya kau Qays. Kau nak khawin dengan Ara sebab kau nak jaga dia and bukan sebab kau cintakan dia kan?” tanya Faqih tenang.
“Cinta boleh dipupuk right?” teka Qays.
“Yes, cinta boleh dipupuk but kalau perasaan cinta tu tak pernah wujud dalam hubungan kau dengan adik aku?” tanya Faqih lagi.
Qays terdiam. Dia tidak tahu keputusan yang dia buat ini adalah yang terbaik ataupun terburuk.
“Macam ini. Kau balik kau cakap dulu dengan Ara. Kau bincang dengan dia. Kalau dia setuju, baru bawa datang bincang dengan aku, boleh?” Faqih memberi cadangan.
“Hm. Nanti aku balik tanya dia.” kata Qays.
Dia tidak menghalang jika Qays ingin memperisterikan adiknya tetapi dia takut dan risaukan jika Qays tidak dapat menyayangi Inara sebagaimana dia menyayangi Inara.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Assalamualaikum.” Qays memberi salam.
“Waalaikumussalam, Qays. Jom makan.” ajak Amelia.“Ya.” jawab Qays.
“Inara mana?” tanya Qays apabila tidak melihat perempuan itu.
“Nanti dia turun. Tadi dia cakap tengah mandi.” kata Amelia sambil sendukkan nasi ke dalam pinggan.
“Mel, aku nak bagitahu kau something.” kata Qays.“Apa?” tanya Amelia memandang Qays yang berada di hadapannya itu.
“Aku rasa aku nak khawin?” beritahu Qays.
Amelia yang sedang minum air itu hampir sahaja tersembur ke muka Qays.
“Dengan siapa? Ada ke perempuan nak dengan kau yang hati beku, tak pandai jaga hati, susah nak turunkan ego ni?” perli Amelia.
“Dengan Aafia.” sekali lagi Amelia tersedak.
“Kau dah kenapa Qays? Gila ke?” tanya Amelia tetapi suaranya diperlahankan.
“Aku tak main-main. Ada sebab aku buat benda ni.” terang Qays.
“Ada sebab?” tanya Amelia.
“Hi.” kata Inara dengan ceria.
“Hi Inara. Mari kita makan.” ajak Amelia.
“Okey.” jawab Inara mengambil tempat di sebelah Amelia.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Aafia, come here.” panggil Qays.
Kini mereka berdua duduk di hadapan televisyen di atas sofa.“Awak ada nak cakap apa-apa ke?” tanya Inara dengan choki-choki di tangan.
Qays berasa gemetar. Tidak pernah dia berasa gementar seteruk ini. Dengan musuhnya yang meletakkan pistol di kepala pun dia tidak gementar tetapi jantungnya sekarang mengepam darah lebih laju dari biasa.
“Qays?” Qays yang disebelahnya dipandang. Dahi berkerut apabila Qays hanya diam.
“Qays? Awak nak cakap apa?” tanya Inara.
“Qays!” panggil Inara lagi tetapi kalini suaranya sudah naik satu oktaf.
“Kita khawin.” kata Qays setelah mengumpulkan kekuatan.
“Hah?!” terkejut Inara. Terasa seperti rohnya sedang berlari keluar. Qays mengajaknya khawin?
“Aku nak kita khawin.” beritahu Qays lagi.
“Kenapa tiba-tiba awak ajak saya khawin?” tanya Inara.
“Aku jumpa Aidan semalam. Dia cakap selagi kita tak ada apa-apa hubungan, aku tak berhak halang apa yang dia nak buat dekat kau.” Qays memulakan penerangan.
“Jadi, awak nak kita khawin disebabkan awak tak nak Aidan kacau saya? Bukan sebab cinta kan?” tanya Inara lagi. Adakah dia meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Cinta boleh hadir lepas khawin Aafia.” pujuk Qays.
Inara hanya diam. Cinta hadir lepas khawin? Ya, dia percaya tetapi untuk Qays? Tak, dia tak percaya. Lelaki itu takkan pernah mencintainya.
“Saya tak setuju.” Inara bangun dan melangkah ke biliknya.
“Aku tak minta persetujuan kau pun, Aafia." kata Qays tegas.
Inara hanya mengendahkan lelaki itu. Kaki melangkah menuju ke bilik.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
“Kau okey ke tak ni?” tanya Hail. Mereka berlima sedang berada di kedai makan. Qays menghantar mesej bahawa dia ingin berjumpa dengan semua kawan-kawannya.
“Aku ada benda nak bagitahu.” serentak itu semua memberi perhatian sepenuhnya kepada Qays.
“Aku nak khawin dengan adik Faqih. Inara.” katanya singkat, padat, dan tepat.
Hail yang sedang makan itu terlepas sudu daripada pegangan tangan. Qays dipandang tidak percaya.“Kau cintakan dia?” tanya Hail.
“Aku tak tahu. Yang aku tahu, aku taknak Aidan kacau dia. Aku nak jaga dia.” Qays memandang kawan-kawannya.
“Ada tapi kan?” teka Adiel.
“Ya. Dia tak setuju.” sambung Qays.
Semua terdiam.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋“Inara, awak okey?” tanya Amelia.
“Saya okey je.” kata Inara sambil tersenyum.“Saya nampak dari tadi lagi. Awak termenung je. Fikir apa?” tanya Amelia.
Inara hanya diam. Senyuman telah hilang dari bibirnya.
“Qays dah cakap pasal tu ke?” teka Amelia.
“Awak dah tahu?” tanya Inara kembali.
“Qays mana pernah berahsia dengan saya.” kata Amelia.
“Oh.” entah mengapa hatinya terasa tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh.
“Saya masuk dulu ye. Sakit kepala.” kata Inara berlalu pergi.
Kenapa hatinya terasa sakit?
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...