CHAPTER 25

391 18 0
                                    

   “Jemputlah makan. Ini je yang saya sempat masak.” kata Inara sambil menghidangkan spaghetti.

“Nampak sedap ni.” kata Iffat mengambil pinggan terlebih dahulu.

“Jom makan sekali Inara.” ajak Hail.

“Saya nak naik mandi dulu.” kata Inara berjalan menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.

“Qays, bila kau nak cakap pasal mak angkat kau? Inara dengan kau pun dah sah jadi suami isteri sekarang.” tanya Adiel.

“Nanti lah. Aku tak bersedia lagi nak bagitahu dia.” Qays mengambil cawan dan mengisi air oren di atas meja makan itu.

“Apa-apa pun nasihat aku jangan sampai dia tahu dari mulut orang lain.” nasihat diberikan oleh Amir. Bijak juga budak ni kadang-kadang.

“Hail, nanti tolong tengokkan orang tua tu.” kata Qays. Suara diperlahankan.

“Ya.” Hail menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

     Inara yang baru sahaja keluar dari tandas itu masuk kembali ke dalam tandas. Dia terkejut dengan apa yang baru sahaja menyapa penglihatannya tadi. Dia kembali melangkah keluar.
“Qays, apa awak buat dalam bilik saya?” tanya Inara.

Excuse me. Bilik kau? Biar aku betulkan ayat kau eh. Bilik kita. Our room.” kata Qays menutup laptopnya kembali.

No! Saya taknak tidur sekatil dengan awak.” kepala digelengkan laju. Dia taknak sekatil dengan Qays.

Qays berjalan menuju ke arah Inara. Sesampainya di hadapan wanita itu, langkah dihentikan.

“Kalau kau nak tahu, sebenarnya ni bilik aku. Sejak kau datang sini, aku biar kau guna bilik aku. Kau patut bersyukur atas sebab tu. Kalau ikutkan hati, aku dah biar kau tidur dalam bilik dekat dapur.” kata Qays.

“Tapi saya...”

“Kita dah khawin Aafia. Dah halal antara kita. Kau nak risau apa?” tanya Qays pelik.

“Saya tak selesa.” kata Inara perlahan.

“Aku nak turun buat air. Kau nak air apa-apa tak?” tanya Qays.

“Taknak.” kata Inara. Kepalanya masih memandang lantai.

“Okey.” kata Qays lalu melangkah keluar dari bilik. Nafas dihela perlahan.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

     “Eh pengantin baru. Kau tak tidur lagi ke?” tanya Amelia. Gelas diambil dan air kosong diisi dalam gelas tersebut.

“Aafia tak selesa dengan aku.” kata Qays perlahan. Air susu yang dibancuh itu diambil.

“Aku naik atas dulu.” kaki dialangkah menuju ke tangga.

“Biasalah Qays. Dia memang akan rasa tak selesa. Sebab baru khawin. Kau kena bagi masa dekat dia.” nasihat Amelia.

“Hm.” Qays menyambung perjalanannya untuk ke bilik.

Selepas pintu ditutup, mata melihat Inara yang sedang ralit memandang luar di balkoni itu. Air susu itu diletakkan di atas meja di tepi katil dan kaki ingin melangkah keluar dari bilik.

“Awak nak pergi mana?” pertanyaan dari Inara itu menghentikan langkah Qays.

“Nak pergi tidur lah.” kata Qays pendek. Sejujurnya dia mengantuk.

“Bilik awak kan dekat sini.” kata Inara perlahan.

What? Kau okey ke aku tidur sini?” tanya Qays kembali. Tadi cakap lain, sekarang cakap lain.
Inara yang hanya diam itu dipandang. Nafas dihembus perlahan.

It’s okay Aafia. Aku takkan paksa kau. Aku faham. Tak perlu risau, malam ni aku tidur bilik lain.” kata Qays memberi senyuman nipis kepada Inara.

“Saya minta maaf.” katanya disaluti rasa bersalah.

No need. Kau tak ada salah.” kata Qays menggosok kepala isterinya itu.

Kaki dilangkah menuju ke pintu.

“Tu ada air susu aku buatkan, kau minum lah. Goodnight, Aafia.” katanya lantas pintu ditutup.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

      “Ni makanan kau. Makan.” kata Hail mencampakkan plastik yang berisi roti dan air kosong.

“Sampai bila kau nak seksa aku?” tanya perempuan itu.

“Sampai kau mati.” kata Hail bersama senyuman sinis.

“Kau ingat aku tak kenal siapa kau?” tanya perempuan itu sinis.

“And kau ingat aku kisah?” tanya Hail kembali.

“Nanti Qays akan tahu siapa kau sebenarnya. Aku akan bocorkan rahsia kau.” ugut perempuan itu.

“Cubalah kalau kau dah get ready nak hilang lidah kau.” katanya lagi. Tidak gentar dengan ugutan perempuan itu.

“Cakap macam kau manusia paling baik kan? Padahal...” ayatnya dihentikan. Kaki dilangkah keluar dari bilik tersebut.

Bibir terukir senyuman sinis.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋          
                             
       “Masak apa tu?” tanya Amelia.

“Masak nasi goreng je.” jawab Inara.

“Sedapnya bau.” puji Amelia sambil menuang air kosong ke dalam cawannya.

“Nanti kita makan sama-sama.” kata Inara. Dia menyenduk nasi itu ke dalam bekas untuk dihidangkan.

Qays turun selepas selesai bersiap untuk ke tempat kerja.

“Buat apa dekat dapur ni pagi-pagi?” tanya Qays.

“Inara masak nasi goreng. Sedap bau.” kata Amelia beserta pujian. 

“Hm.” balas Qays pendek. Punggung dilabuhkan di kerusi.

Inara menghidangkan nasi goreng ke dalam pinggan. Pinggan pertama dihulurkan kepada Qays, manakala pinggan kedua dihulurkan kepada Amelia. Dia menyendukkan nasi goreng kepada dirinya dan mengambil tempat duduk di sebelah Qays.

“Sedap lah Inara. Pandai awak masak.” puji Amelia apabila selesai suapan pertama ke dalam mulut.

“Biasa je Mel.” kata Inara sopan. Merah pipinya apabila dipuji.

“Thanks.” kata Qays kepada Inara.

“Welcome.” kata Inara kembali bersama senyuman manisnya.

﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋

    Gaya berjalan seperti model itu menarik perhatian ramai orang yang berada di kawasan lapangan terbang itu.

Finally, I’m back. Waiting for me babe.” senyuman terbentuk di bibir yang merah itu.

MY LITTLE STELLA (C)Where stories live. Discover now