Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Inara mengemas barang-barangnya yang mahu dibawa. Nota yang sudah siap bertulis diletakkan di atas katil.
Telefon, beg pakaian dan beg sandangnya diambil dan dibaling ke bawah melalui tingkap.
"Ara minta maaf semua. Ara harap kehilangan Ara ni boleh buatkan keluarga kita bahagia pa." kata Inara dan terus terjun dari tingkap rumah.
Kereta dipandu keluar dari kawasan rumah. Selepas 20 minit memandu, dia menghentikan keretanya di sebuah bangunan yang penuh dengan kedai. Perutnya berbunyi menandakan dia lapar.
Dia keluar dan menuju ke kedai 7eleven. Sebiji roti gardenia berperisa coklat dan sebungkus choki-choki disambarnya. Selesai membayar, dia keluar dan menuju ke kereta.
"Lah kau nak mati tercekik ke Ara?" soalan ditanya kepada dirinya sendiri. Dia keluar dari kereta dan masuk semula ke dalam 7eleven itu.
Air kotak lemon tea dan sebotol mineral dicapai dan dibawa ke kaunter untuk urusan pembayaran. Masalah lain pula yang menerpa dirinya sekarang. Kadnya sudah mencapai limit. Dia terlupa yang dia telah menggunakan hampir kesemua duitnya semasa membeli barang petang kelmarin."Adik nak bayar guna cash atau nak bayar guna kad lain?" tanya abang itu.
"Saya tak ada cash bang. Kad tu je yang ada." beritahu Inara. Abang itu hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal dan menarik senyuman sahaja.
"Kira sekali dengan budak ni punya. Aku bayarkan." kata seorang lelaki dari arah belakang.
"Semua sekali RM11." duit not RM20 dikeluarkan sekeping dan diserahkan kepada lelaki tadi.
"Terima kasih encik." ucap Inara sambil menundukkan sedikit badannya. Lelaki itu menurunkan kepala hoodienya dan serentak dengan itu Inara terkejut.
"Qays!" terjerit Inara. Pantas Qays meletakkan jari telunjuknya tepat di bibir Inara.
"Kau asal jerit-jerit?" marah Qays.
"Apa awak buat dekat sini?" tanya Inara."Memang kau sorang je yang boleh beli dekat sini?" tanya Qays kembali sambil mengangkat kening.
"Tanya je pun." kata Inara mengambil airnya dan meneruskan langkahnya ke kereta.
"Kau keluar pukul 3 pagi ni, mak ayah kau tak marah ke?" terdengar sahaja pertanyaan daripada Qays itu membuatkan langkahnya terhenti. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata."Kau okey tak?" tanya Qays apabila Inara hanya diam sahaja.
"Inara?" panggil Qays.
"Inara!" kali ini suaranya naik satu oktaf. Kesabarannya hanya senipis tisu yang dibelah dua.
"Apa?!" marah Inara. Mata yang menahan air mata itu akhirnya pecah berderai jua.
"What's wrong Inara?" tanya Qays. Suaranya berubah menjadi lembut.
"Tak perlu tanya. Bukan masalah awak." kata Inara menahan geram.
"Kau gaduh dengan family kau?" tanya Qays lagi."Aku cakap tak perlu tanya!" tengking Inara. Panggilan juga telah diubah menjadi 'aku kau'.
Selepas sahaja menuturkan ayat itu, tiba-tiba dunia Inara menjadi gelap. Nasib sahaja Qays sempat menangkapnya.
"It's okey stella. I'm here. Always here. Just for you." tutur kata itu hanya diketahui oleh dirinya sendiri.
Tubuh Inara itu dimasukkan ke dalam kereta dan nombor Adiel didail.
"Hello." suara serak Adiel didengarnya.
"Datang rumah aku sekarang." setelah arahan diberikan panggilan terus diputuskan.
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Dia okey ke?" tanya Qays apabila nampak Adiel turun dari tingkat atas."Okey." kata Adiel penat. Pukul 4 pagi Qays menyuruhnya datang untuk merawat Inara.
"Kau betul-betul rawat dia elok-elok ke Adiel?" tanya Qays curiga.
"Aku rawat dia dengan penuh teliti Megat Qays Al-Qayyum." nama penuh disebut oleh Adiel. Dia dah rawat perempuan yang tiada kaitan antara mereka pun sudah bertuah si Inara itu.
"Dah aku nak balik. Bakal isteri kau tu Mel yang jaga. Tak perlu risau ye." kata Adiel lantas bangun menuju pintu keluar.
"Thanks Diel." kata Qays.
"Ya." hanya itu yang dijawab Adiel sebelum keluar dari rumah tersebut.
Qays bangun menuju ke bilik yang menempatkan Inara.
"Dia okey ke Mel?" tanya Qays selepas membuka pintu bilik itu. Melati merupakan pembantu perempuan untuk hal-hal sewaktu dia memerlukan pertolongan seorang wanita. Melati merupakan seorang wanita yang berumur 27 tahun itu sudah bekerja dengan Qays selama 10 tahun.
Wanita ini juga merupakan salah seorang sepupu yang mempunyai nasib yang sama seperti Qays yang menjadi yatim piatu semasa kecil. Kematian ibu bapa mereka atas sebab pembunuhan.
"Dia okey Tuan Qays." kata Mel mengemas kembali barang-barang di atas meja itu. Dia lebih selesa memanggil Qays dengan panggilan "Tuan" kerana dia menganggap dirinya bekerja dengan Qays.
"Tuan nak saya sediakan bilik untuk Tuan ke?" tanya Mel.
"Tak apa. Aku tidur dekat bilik lain." kata Qays dan mengambil Ipadnya untuk menyambung kerja yang tergendala. Tadi dia hanya ingin membeli makanan di 7eleven tapi tidak sangka pula dapat berjumpa dengan Inara.
Nombor Faqih dicari dan butang telefon ditekan.
"Adik kau ada dengan aku. For now I don't think that I have to send her to your home." kata Qays.
"Dia adik aku. Aku tahu dia akan lari dari rumah. Cuma aku minta kau jaga dia elok-elok." pesan Qays. Faqih mungkin tidak serapat dengan Ianra sepertimana Umayr rapat dengan Inara tetapi dalam diam dia tahu perangai adik bongsunya itu.
YOU ARE READING
MY LITTLE STELLA (C)
RomanceMegat Qays Al-Qayyum. Seorang lelaki yang memiliki tubuh badan yang tinggi, mempunyai sepasang mata berwarna dark grey yang boleh menarik perhatian ramai wanita. Tetapi kisah silamnya tidak seperti keluarga yang lain. "Kalau dia buang kau, biar aku...