BAB 5

2.9K 164 11
                                    

iPHONE miliknya itu dibaling kasar ke katil dengan penuh rasa kesal. Sudah berpuluh puluh kali dia call tapi kenapa orang lain yang jawab? Aku rasa lelaki tu kerja sebagai pencuci tandas, tapi kenapa yang jawab panggilan aku tu tukang jahit kasut pula?

Dah tukar career ke?

Tapi jika difikirkan baik baik, semalam aku dah copy paste betul betul nombor yang Naufal bagi tu. Mustahil telefon aku pun dah jadi haters aku sampai nak coding tersalah nombor bagai. Nak buat aduan dekat Naufal pun aku mana ada ambil nombor telefon dia. Cis, kebodohan apakah ini..!

Atau jangan jangan... Aku dah kena scam ke ni?

Tak guna punya Naufal.

"Lelaki semua sama!!!!!" Getusnya dengan nada yang kecewa. Hatinya sekarang bagaikan dihiris hiris dengan pisau tajam dan direbus pula didalam air panas yang telah mencapai takat didihnya. Ceh, sudahlah dapat pakej tamparan percuma semalam, dicop anak tak guna pula lepastu kena tipu pulak dah...

Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian bergolek golek kebawah tak ingat dunia.

Itulah perumpamaan yang sesuai dengan aku pada pagi yang indah ini. Indah ke?

"Apa yang lelaki semua samanya" Sapa kak Mira yang baru sahaja memasuki kamarnya. Tablet berjenama samsung milik wanita itu dikerling lama. Kalau manager aku ni bawa tablet jumpa aku, tak lain tak bukan dia datang ni bawa hajat. Bukan hajat nak meminang tapi hajat nak explain semua schedule aku untuk haritu.

Qaira membetulkan posisi duduknya. Jam menunjukkan pukul 7.45minit pagi, masih terlalu awal untuk dirinya bersiap.

"Qaira, pagi ni ada recording untuk lagu baru. Lepastu bincang untuk side track for upcoming mini album Qaira yang kedua ni. Petang nanti pula ada rehearsal untuk annual dinner for TGLV malam sabtu nanti."

"Malam sabtu? Kan ada dua hari lagi, kenapa awal sangat rehearsal dia tu?" Soal Qaira dengan muka yang tidak puas hati. Lama lagi kot. Tak menyempat betul tuan empunya organizing annual dinner tu.

"Manalah akak tahu, bukan akak yang organize. Based on your schedule, akan ada dua kali rehearsal untuk performance annual dinner tu."

"Ha kalau macamtu taknaklah datang yang first rehearsal tu. Bazir tenaga datang sana lepastu kena datang balik ulang lagi benda sama."

"Are you sure, Qaira Alana? Akak rasa better you pergi for your good reputation.."

"Good reputation? Since when i care about it..? Lagipun rehearsal kedua tu nanti kita datang lah."

"Tapi yang jemput you ni bukan calang calang company...."

"Kalau dia nak blacklist pun lantak dia lah. Banyak lagi offer lain yang boleh kita dapat." potong Qaira dengan keyakinannya yang memuncak. Confident is the key!

Kak Mira sudah menggelengkan kepalanya. Kalau Qaira dah berdegil, nasihat apa je yang dia akan dengar. Buat bazir air liur je berdebat dengan dia. Asyik nak pakai kepala otak dia sahaja.

"Qaira memang tak sayang job eh?"

"Have I ever mentioned that I love this job? No right? So what's the point of defending this job? Akak pun tahu kan kenapa Aunty dengan papa paksa Qaira masuk bidang ni? You have been my manager since I was 20."

Qaira senyum sinis. "Kalau bangkang, dicop sebagai anak derhaka. Kalau teruskan, dikatakan lupa diri. I never got a chance to defense myself.. Both situation will kill me sooner or later."

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now