BAB 44

2.3K 139 20
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN, Rifqi dan Qaira kini sudah selamat mengikat tali pertunangan antara mereka pada dua hari yang lepas. Majlis pertunangan mereka diadakan secara kecil kecilan sahaja memandangkan Qaira tidak mahu menghebohkan soal pertunangannya di mana mana media sosial. Biarlah majlis perkahwinan mereka sahaja yang akan dimeriahkan.

"Berhenti. Jangan bergerak. " Arah gadis itu sambil merapatkan kedua dua belah tapak tangannya seakan membentuk sepucuk pistol. Awal betul lelaki itu sampai harini. Seronok betul ya, dah ada tunang, dia yang datang jemput balik.

Sebenarnya, aku yang mengada datang kerja naik grab sebab nak bagi ada alasan dia kena jemput aku balik.

Rifqi menarik senyuman kecil apabila suara gadis itu menyapa gegendang telinganya. Dia membiarkan sahaja cik tunang datang menyerbu dari belakang.

"Cik ni siapa?" Soal Rifqi, berpura pura tidak kenal.

"Saya perompak ye encik. Baik encik diam. Saya nak rompak hati encik ni." Kata Qaira dengan nada yang tegas. Sekali lagi Rifqi tersenyum namun cepat cepat dia kawal reaksinya dan melayan sahaja karenah gadis itu.

"Alamak, maaflah tapi saya dah bertunang."

"Tak kisah. Saya memang suka menyondol tunang orang"

"Eh tapi tunang saya garang cik. Mahu terbalik bangunan depan ni kalau sekali dia mengamuk tengok saya disondol" seloroh Rifqi mendatangkan kerutan di dahi Qaira.

"Aip awak cakap saya garang ke?" Tangan naik bercekak pinggang. Garang? Aku bukanlah segarang bapak singa tu pun..

"Eh? Saya cakap tunang saya la. Bukan cik perompak ni"

"Awak memang nak kena ni. Berani awak cakap saya garang, rasakan hentakan beg tangan orang garang!" Bebel Qaira sambil beg tangannya dijadikan bahan untuk memukul mukul bahu lelaki itu. Hambik ni. Rasakan! Rasakan!

"Aduuuuiii maaflah aku tak cam pula tadi. Mana lah aku tahu, tunang aku ni dah berani jadi perompak sekarang" balas Rifqi. Ketawa kecil Rifqi disitu dipukul Qaira. Sebelum tunang suka pukul aku, lepas bertunang pun masih suka pukul aku.

"Eh, tak makan lagi kan? Jom makan, haaa kat depan sana tu ada restoran masakan panas kalau tak silap. " Dalih Rifqi. Qaira pula telah menjulingkan matanya keatas. Nak ubah channel lah tu. Elok elok tengok channel tv3 dia pergi ke channel tv1 pula.

"Awak bila je tak silap?"

"Aik, kenapa pula ni?"

"Tak ada apa." Bibirnya masih mencebik. Tangannya berpeluk tubuh sebagai tanda mogok.

"Alahai budak ni. Qaira, janganlah macam ni. Aku minta maaf okey sebab cakap kau garang tadi. Aku gurau je macam biasa.. tak tahu pula kau marah" badan dipusing menghadap Qaira.

"Saya tak marah pun sebenarnya. Saya nak attention je." Balas Qaira selamba membuatkan Rifqi tersenyum kecil.

"Dah agak dah."

"Eii nak kena pukul lagi ke?"

"Aih janganlah awaknya. Nanti nak kahwin dengan siapa kalau aku takde nanti."

"Takde? Pergi mana?" Soal Qaira dengan riak polosnya.

"Pergi restoran depan sana. Jom. Dipersilakan cik tunang." Tangan dihayun mendatar meminta Qaira untuk berjalan. Qaira tersenyum sedikit sambil berjalan beriringan dengan Rifqi dengan jarak yang mereka kekalkan antara satu sama lain.




DANIA mendiamkan diri sambil memerhatikan Husna yang sedang sibuk menguruskan ibunya yang sedang terlantar di hospital. Farrel memang menakutkan. Silap hari bulan, kalau aku tersilap langkah belot dia, dia pun akan.. bunuh aku sekali.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now