JERITAN kuat dari Qaira mengejutkan mereka bertiga termasuklah Raisya yang baru sahaja mahu terlelap di riba Naufal.
"PERGI LAH ! PERGI SANA !"
"JANGAN KACAU SAYA ! TOLONGLAH !"
Tidak menunggu lama, Rifqi dan Naufal bersama Raisya yang tertidur dalam dakapannya tergesa gesa mencari kelibat Qaira berdasarkan arah bunyi suaranya.
"Qaira, kenapa ni ?" Soal Rifqi dengan nada yang risau. Naufal pula menepuk nepuk lembut belakang Raisya yang masih lagi kelihatan mamai. Sambung tidur pula budak kecik ni.
Soalan dari Rifqi dibiarkan seketika. Tumpuan dan mata Qaira hanya tertancap pada pasu bunga dihadapan mereka itu.
"Si berbulu tu ada kat situ.." jari telunjuk Qaira dituding kearah pasu bunga tersebut. Mungkin apa yang dimaksudkannya adalah disebalik pasu bunga tersebut.
"Si berbulu? Singa ke?" Seloroh Naufal. Tak salah pun tekaannya tu. Manalah tahu ada anak singa terbang ke? Kalau bapak singa tu daddy Raisya.
Melihatkan keadaan Qaira yang masih membimbangkan, Rifqi perlahan lahan mengatur langkah kehadapan. Diberanikan dirinya untuk melihat siapakah 'si berbulu' yang dimaksudkan Qaira. Rasanya dia dah dapat agak..
"Meow~" kucing berbulu oren itu melompat keluar dari belakang pasu bunga.
"Ahhhh!" Jerit Qaira sambil mengundur laju ke belakang.
Naufal pula sudah berkerut dahi memandang kucing berwarna oren itu dan Qaira secara bersilih ganti. Kucing je kot. Buang tabiat ke takut kucing?
"Qaira, jangan risaulah. Kucing tak gigit orang pun" kata Rifqi yang cuba menenangkan gadis yang berada disebelahnya itu. Tak sangka pula, Qaira takutkan kucing.
"Kalau dia gigit kau pun tak matilah, budak. Itupun kalau umur panjang lah" celah Naufal yang mendapat jelingan dari Qaira dan Rifqi.
"Betul la.. tak payahlah pandang aku macamtu." Dia berjalan menjauhi mereka berdua bersama Raisya didalam dukungannya.
"KENAPA awak bawa saya sampai sini eh, Naufal ? Awak ni saja je kan.." Telapak tangan kanannya yang dikepal kuat diangkat. Kafe kucing dihadapannya itu dipandang dengan rasa takut.
"Aku cuma nak ajar kau cara nak sayangi kucing. Jangan reti sayang Rifqi jee..... A-aaa-adduhh" berkerut habis muka Naufal saat kakinya dipijak dengan kejam sekali oleh Rifqi. Tak guna punya sahabat.
"Padan muka kena pijak" cantas Qaira.
"Ouh, padan muka ya? Cuba masuk dalam kafe tu sekarang baru kita tahu siapa yang padan muka" sebelah tangannya menggelosor ke udara, menghala ke pintu masuk.
Kafe kucing dihadapannya itu sekali lagi dipandangnya gerun. Naufal sengaja nak cari pasal nampaknya kalini.
"Naufal, tak baik la menzalimi orang lain, kan Rifqi??" Wajah kacak Rifqi yang sedang mendakap Raisya yang sedang tidur itu dipandangnya. Angguk sikit pun jadilah.
"Dengan orang yang ada kad selain ic ni, kita kena banyak bersabar Qaira. Aku rasa pahala sabar aku makin banyak lepas berkawan dengan dia." Balas Rifqi, tenang..
Naufal mencebik. "Dosa pun makin bertambah sebab asyik mencarut je bila dengan aku"
"Kau ni kan..." Rifqi memandang tajam kearah sahabatnya itu. Makin lama makin menjadi jadi. Nasib baik dia tengah dukung Raisya sekarang kalau tak memang ada yang masuk tujuh kaki ke bawah lepasni.
"Naufal, kalau dah tak ada apa apa, saya balik dulu jelah—" sampuk Qaira tiba tiba. Kaki sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh.
"Ehh Rifqi !!" Sapa seseorang wanita yang berambut panjang separas bahu itu. Nampak ramah sekali cara wanita itu menegurnya dengan senyuman.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...