⚠️ two cups of violence
⚠️One cup of harsh words
⚠️Male lead is too greenflagSAAT keretanya diparkir elok dihadapan rumah. Dia terasa agak hairan melihat dua buah lagi kereta yang asing. Macam kereta aunty Rose tapi untuk apa dia datang?
Tanpa syak wasangka, dia masuk sahaja. Salam diberi sebagai ucapan pertama dia sebelum masuk ke dalam rumah. Dilihatnya semua anggota keluarga dia sedang duduk di sofa. Masing masing tegang.
"Orang macam kau layak ke bagi salam.." sinis Hazriq menyindir. Qaira tidak beriak. Dia sendiri tidak faham kenapa tiba tiba sahaja sepupunya memerli.
Qaira hanya berbuat bodoh sahaja sambil dia berjalan kearah tangga dihadapan.
"Stop there, Qaira Alana!" Ugut Datin Rose. Langkah diatur menghampiri anak saudaranya yang telah membeku.
"Apa yang Aunty nak?"
"Baru sekarang reti nak balik?" Perli Datin Rose sinis.
Pangggg! Terasa berdesing pipinya saat tamparan tersebut melekat di pipi kanannya. Tangan Qaira naik mengusap lembut. Aunty? Tampar aku?
Terbeliak besar mata Qaira ketika itu. Tidak dia sangka sebuah tamparan daripada ibu saudaranya bakal hinggap di pipi lembutnya.
"Apa yang aunty nak sebenarnya ni !!" Jerkah Qaira marah. Muka kemerahan menahan rasa marah yang tidak mampu dia pendam lagi. Dia sudahlah masih penat. Kesan pening pun baru hilang samar samar.
"Kurang ajar eh? Tak padan dengan murah!! Qaira sedar tak apa yang Qaira dah buat ni??" Tudung shawl yang terlilit kemas di kepala Qaira ditariknya kasar. Terasa menyengat jugalah jarum peniti yang terasa tertarik dan ada juga yang sedikit tercucuk mengenai mana mana bahagian kepalanya.
"Aunty dah kenapa??" Tangan Ibu saudaranya dia tepis kasar.
"Jangan nak biadap dengan orang lagi tua dari kamu, Qaira. Dasar anak derhaka" kalini Tuan Qayyum pula yang bangun dari sofa lalu bergerak menolak kasar anaknya sehingga Qaira jatuh terjelepok ke lantai.
"Biadap apa? Kenapa semua nak serang Qaira?? Apa salah Qaira?"
Tuan Qayyum mengetap gigi. Kolar bajunya dilonggarkan. Semakin lama semakin panas rasanya. Baru sahaja tadi rumahnya dihuni wartawan yang mahu menemu bual mereka nasib baiklah anak saudaranya datang menghalau mereka semua.
"Cakaplah, apa salah Qaira?!" Tengking Qaira, suaranya menggigil namun dia tetap berpura pura kuat. Wajah diangkat memandang tajam pada ayahnya.
Surat khabar dilempar kasar ke badan Qaira. Terasa seperti dilibas kertas. Tangan Qaira mencapai surat khabar tersebut lalu topik di bahagian muka depan surat khabar dibaca dalam hati.
Yang demikian, matanya membulat besar. Patutlah tadi masa dia nak check out, nama bilik tu didaftar atas nama Darwish. Tatkala jantungnya berdegup laju, Seluruh badannya juga menggigil hebat. Ya, dia memang artis kontroversi tapi dah lama dia tidak menjadi
sebutan ramai. Dan ini adalah berita yang paling teruk yang dia pernah kena."Papa, Qaira.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kedua dua belah bahunya dipegang lalu Tuan Qayyum menggoncang kuat bahu anaknya.
"Sanggup kau conteng arang dekat muka aku hah?! Kau memang celaka. Mati je lah!" Tali pinggang yang sudah dia keluarkan itu dia libat sekuat hati ke badan Qaira. Sekali dilibas, terasa menyengat satu badan. Qaira memejam erat matanya menahan rasa pedih.
Sejarah kembali berulang.
Aku..kembali dipukul..
Sssa..kitt.. tapi aku tahu tak akan ada yang mampu menghentikan papa dari memukul aku. Kerana itu, walaupun sakit aku tetap tahan. Walaupun sakit, air mata tidak akan berani aku titiskan.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...