BAB 25

2.6K 137 24
                                    

SELANG beberapa hari, Qaira kembali ke studio syarikat milik ibu saudaranya itu. Syarikat mana lagi kalau bukan Syarikat label rakaman muzik Malaysia iaitu Hitts Music, yang berada di bawah pengurus besarnya iaitu Datin Rose, ibu saudaranya itu.

Sampai sahaja ke ruang studio tersebut, Qaira melabuhkan duduknya di sofa yang empuk itu. Sambil menunggu kedatangan Datin Rose, dia mengalihkan perhatiannya dengan bermain gadjet terlebih dahulu.

Aplikasi X yang dahulu dikenali sebagai Twitter itu dibuka, wajahnya semakin tegang memandang tajuk tajuk yang sedang trending di aplikasi tersebut saat itu.

QAIRA ALANA.

Dahinya berkerut. Setahunya, dia tidak ada menimbulkan sebarang masalah sejak dua menjak ini memandangkan dia baru sahaja keluar dari hospital. Jadi apa lagi yang boleh menarik perhatian netizen untuk menaikkan namanya lagi sekali di aplikasi tersebut?

Belum sempat ikon tajuk itu ditekan untuk dia memeriksa isinya dengan lebih lanjut, dia disapa oleh ibu saudaranya.

"Qaira"

Muka Qaira diangkat memandang Datin Rose. Telefon pintarnya dimatikan seketika sebelum diletakkan diatas meja.

"Mana Darwish?"

"Dalam kereta" balas Qaira, pendek.

"Kenapa tak biarkan dia ada sekali kat sini? Dia kan pengurus Qaira."

Qaira tersenyum nipis. "More to bodyguard, actually.."

"Tapi dia yang uruskan schedule Qaira. And one more, siapa yang benarkan Qaira arahkan dia buat apa apa? Dia dah ada skop kerja sendiri."

"Siapa pula yang benarkan aunty or papa upah manager baru untuk Qaira? Selama ni elok je Qaira uruskan semuanya sendiri lepas Elmira pergi. Lagipun, artis artis aunty yang lain tu pula taknak ke bagi diorang ada pengurus macam Qaira? Berat sebelah ke atau.. memang suka control hidup Qaira ni?"

"Diorang tak sama macam Qaira. Tak buat masalah macam Qaira."

"Tapi Aunty suka kan Qaira buat masalah!!" Bahas Qaira yang sememangnya mendapat reaksi terkejut dari air muka wanita tua itu.

"Don't act like I know nothing.. You are basically enjoy all the controversy that I made!!! I got the criticism but your company got the popularity. " Nadanya keras. Meskipun begitu, Dia masih tidak dapat meninggikan suaranya kerana luka jahitannya masih belum sembuh sepenuhnya. Lihatlah sekarang, walaupun dirinya masih belum pulih, dia telahpun dikerah untuk datang bekerja.

"Apa yang Qaira mengarut ni?" Datin Rose membantah sekerasnya.

"Sudahlah, Aunty. Qaira pun manusia biasa. Seronok ke gunakan kelemahan orang lain demi kebaikan diri sendiri?? "

"This whole family are a bullshit but its only me that got the bad effect."  Bidas Qaira lagi. Dagunya setia terangkat memandang sosok wajah dihadapannya.

"Biadap!" Kertas kertas kerja ditangan Datin Rose sudah dilayangkan ke wajah bersih Qaira. Lantai kini bersepah dengan kertas kertas tersebut.

"Settle kan semua sebelum lusa. Lagu single terbaru Qaira tu akan kita release macam apa yang kita dah tetapkan sebelumni. No more compromise, I don't even care you are in a good health or not. Kalau tak ikut contract, aunty akan saman. Dan faham fahamlah apa akan jadi kalau papa kamu tu tahu yang kamu kena saman.."

"Tak takut pun."

Datin Rose mendengus kasar sebelum dia melangkah keluar. Kertas yang bertaburan diatas lantai langsung tidak dihiraukan.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now