BAB 1

6.8K 212 9
                                    

KAKINYA terus melangkah berjalan kehadapan. Dia diiringi beberapa orang bodyguard disampingnya. Tidak lupa juga, manager peribadinya iaitu Kak Mira yang turut berjalan seiring dengannya.

Menjadi seorang artis bukanlah mudah, namun itulah kehidupan seseorang Qaira Alana..

Hari masih pagi. Untung flight mereka mendarat awal. Tak adalah rushing sangat nanti dia nak ke tempat shooting pada pukul 3 petang nanti. Setelah seminggu dia berada di Hongkong diatas urusan kerjanya, kini dia kembali ke tanah air.

"Damn." Desisnya sebaik sahaja melihat para wartawan telahpun berkumpul lebih awal dihadapan sana, menyebabkan laluan menjadi sesak. Matanya tertumpu kearah mereka. Ada juga diantara mereka yang sudah bersedia memecut kearahnya untuk mengepung dia. Semua itu hanyalah demi secebis soalan yang hanya untuk diwar warkan di publisiti.

Qaira tayang muka menyampah. Sungguh dia tidak suka melihat karenah para wartawan yang begitu bersungguh sungguh untuk menemu ramahnya. Buat semak aje lah. Time time macam ni jugak ke nak kena interview? 

"Cik Qaira, apakah perasaan Cik bila dapat berkolaborasi dengan syarikat besar di Hongkong??"

"Cik Qaira, betul ke apa yang tersebar di media sosial sekarang yang mengatakan cik mempunyai masalah tahap kesihatan mental yang teruk?"

"Cik Qaira.."

"Cik Qaira.. please.."

Suara dari wartawan wartawan itu tidak henti henti menyapa gegendang telinganya. Namun dia hanya memekakkan diri. Buat buat bodoh sambil menuju ke keretanya. Bertambah mudah lagi urusannya kerana dia dibantu oleh para pengawal peribadinya. Setiap dari mereka melakukan kerja dengan baik. Hampir kesemua wartawan itu dihalang agar dapat memberikan ruang untuk Qaira berjalan masuk ke kereta Toyota Vellfire yang berada lebih kurang 2 meter lagi dari tempat dia berdiri sekarang.

"Erhh!" Badannya terlanggar sosok badan wanita dihadapannya. Mata Qaira mula memandang tajam. Nampak gaya macam wartawan. Dari segi cara wanita itu,  Kamera video ditangannya itu nampaknya masih lagi setia merakam artis tersebut.

"Please stop." Arah Qaira. Nadanya tegas menunjukkan yang dia betul betul tidak mahu wanita itu terus merakam dirinya. Dia rasa tidak selesa.

Wanita itu tampaknya masih tidak berganjak dari tempatnya tatkala mulutnya telahpun dibuka seperti bersedia dengan soalan. "Cik Qaira, boleh saya tahu...."

"I said, stop!!" Kali ini, arahannya disertai dengan tangan yang menepis kasar kamera video tersebut. Aset berharga tersebut selamat mendarat ke lantai. Rosak itu pasti. Ada juga bahagian yang terlerai dari tubuh asal kamera video tersebut. Inilah yang bakal terjadi bila tangan dan mulut sama naik.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tangan nampaknya masuk berita TV3 lagi sekali lah dia kalini.

Tapi salah perempuan tu juga. Siapa suruh tak dengar cakap. Kan dah mendapat.

"Ya allah, budak ni!!" Terbeliak mata Kak Mira melihat tingkah laku Qaira yang agak biadap dihadapan public. Tempat mereka sudahpun penuh dihuni oleh wartawan yang lain.

Ckak.

Ckak.

Gambar gambar sebagai bahan bukti untuk berita hangat harini telah diambil. Wartawan memang dapat durian runtuh harini. Thanks to me.

Qaira memandang kosong. Betapa terkedunya wanita itu melihat punca pencarian rezekinya jatuh dan pecah di lantai tersebut. Harga kamera video tersebut pasti mencecah ribuan ringgit. Bagi seorang wartawan, Kamera video juga merupakan salah satu aset terpenting dalam hidupnya.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now