GADIS dihadapannya dipandang dengan tatapan kurang senang. Hadif menyilangkan lengannya ke dada.
"Why is it so hard for you to understand? I didn't like seeing you with my daughter,I have warned you ! Ini dah kali ke berapa aku warning "
"Saya cuma berkawan dengan dia. Saya bukan buat jahat pun, kenapa nak cerewet sangat" jawab Qaira dengan nada berani. Memang betul pun niat dia, just nak berkawan, bukan nak culik anak dia pun.
"Kau tu siapa?? Aku kenal pun tidak, senang senang macamtu je kau nak bawa anak aku jalan jalan?? Kau ingat aku benarkan? " Bidas Hadif.
"Okay fine, saya minta maaf sebab dah bawa Raisya pergi jalan jalan tanpa minta izin awak haritu. Tapi saya bukannya pergi berdua dengan Raisya. Rifqi pun ada temankan sekali kan kelmarin."
"Jangan nak samakan kau tu dengan Rifqi. Dia tu kawan aku, kau?? Cuma artis yang dahagakan attention dari masyarakat. Sampah..."
"Sampah..?" Qaira mengetap bibirnya. Sampah, lelaki ni panggil aku?? Dia ingat mentang mentang dia tu doktor, ingat dia tu bagus sangat lah.
"Sampah lah. Apa lagi? Aku tak suka tengok artis berkawan atau rapat dengan mana mana keluarga terutamanya anak aku. It's freaking annoying"
"Ohh Annoying? Sekurang kurangnya walaupun saya annoying, saya masih ada masa untuk Raisya. Awak?? Terlalu sibuk dengan dunia kerja awak sampai abaikan anak awak sendiri. You may win in your career but not in your own family. " Mata Qaira memerhatikan Hadif dihadapannya atas bawah. Nampaknya Hadif sudah terdiam dengan kata kata sekarang ini.
Lantak dia lah nak terasa ke apa.
Tak kisahlah dia ayah Raisya sekalipun, kalau dia tak jaga adab dia dengan aku, aku pun takkan jaga juga mulut aku.
"Daddyyy.. " Raisya memeluk kaki ayahnya dari belakang. Seakan akan mahu memujuk ayahnya untuk membenarkannya keluar berjalan jalan bersama Qaira.
"Sorry but its a no. Daddy taknak anak daddy jadi macam dia. Kurang ajar macam dia." Tangan Raisya digenggam erat. Wajah Qaira yang agak terkejut itu dikerlingnya dengan tajam.
"Tapi daddy..." Nada suara Raisya seakan sedih.
"No is a no. Entah apa apa nanti dia akan hasut Raisya. Dia tu artis, banyak pengaruh buruk dari baiknya."
"Who are you to judge me??" Lantang Qaira bersuara. Dia tidak suka melihat Hadif memburuk burukkannya dihadapan anak kecil itu.
"And who are you to judge my occupation?? Even wife aku pun tak pernah merungut tentang skop kerja aku. Jadi kau siapa nak cakap aku gagal didik keluarga aku !" Sinis Hadif berkata.
"Oh, really? So mana wife awak sekarang, doktor Hadif?? Mana wife yang support awak tu? Kenapa saya tak pernah nampak dia pun.. ke dah lari tinggalkan awak?"
Kata kata dari Qaira kali ini meninggalkan kesan cengkaman yang mendalam kepada hatinya. Terasa hatinya dilapah lapah saat Qaira mengejek kehidupannya.
"KAU... KAU TAK LAYAK NAK MEMPERSOALKAN TENTANG WIFE AKU!! DIMANA DIA ATAU SIAPA PUN DIA, ITU BUKAN URUSAN KAU LAH BUDAK."
"And one more, aku haramkan kau jumpa anak aku.."
Raisya yang masih lagi berdiri di sebelah ayahnya juga terdiam. Dipandangnya juga wajah tegang Qaira pada saat itu. Betapa terkedunya anak kecil itu hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Okay, sure! Jagalah anak awak tu elok elok. I will not meet her anymore." Qaira mengangguk angguk kepalanya tanda faham. Kemudian dia mendekatkan dirinya pada Raisya. Tubuhnya ditundukkan sambil dia mengusap kepala Raisya dengan lembut.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...