BAB 42

2.4K 164 44
                                    

SEUSAI solat maghrib, Qaira turun ke ruang tamu untuk menjenguk Puan Sri Mazni. Sungguh, dia masih kekok namun dia tebalkan jua mukanya untuk bersua muka. Takkan mahu terperuk dalam bilik sahaja. Lagi janggal ada lah.

Kalau ikutkan niat asal, mahu sahaja dia pergi. Akan tetapi tidak elok juga untuk dia keluar dari rumah tersebut tanpa pengetahuan siapa siapa. Keluarga Rifqi juga melayaninya dengan baik. Walaupun mukanya masih sembap dan agak lebam, tiada satu pun antara mereka yang bertanya tentang apa yang terjadi kepadanya. Seakan akan mereka mahu menjaga privasinya  yang enggan bercerita tentang kejadian yang menimpa dirinya.

Keluarga Rifqi sangat berbeza.

"Aunty?" Panggil Qaira lembut. Mata melilau memandang kiri kanan mencari kelibat wanita tua itu.

"Aunty dekat dapur ni, Qaira. Marilah datang sini.." Pelawa Puan Sri Mazni yang menyahut panggilan Qaira sebentar tadi. Qaira mengangguk. Langkah dipercepatkan mendekati ruang dapur. Diperhatinya Puan Sri Mazni yang sedang sibuk memotong bahan masakan.

"Aunty masak sup ayam harini. Rifqi cakap Qaira tak makan pedas jadi aunty masak sup ayam je lah. Qaira makan tak sup ayam"

"Ma..kan.." Balasnya perlahan. Tersentap juga dia seketika. Masih segar diingatan bagaimana kasarnya dia terhadap Rifqi pagi tadi namun tidak sedikitpun lelaki itu meninggikan suara.

Setiap tindakan wanita itu dia perhatikan satu satu. Belum pernah dia memasak sebelum ini, menjejakkan kaki didapur juga hanyalah sekadar untuk membuka peti ais dan selalunya dia makan di luar sahaja. 

"Rifqi dengan uncle pergi mana, aunty?" Tanya Qaira tiba tiba. Terasa rumah tersebut agak kosong.

"Diorang dua beranak tu memang pergi solat berjemaah dekat masjid masa maghrib dengan isyak." Balas Puan Sri Mazni sambil senyum. Qaira pula hanya mengangguk tanda faham.

"Qaira nak tolong sikit boleh ke, aunty?" Tanya QAira. Segan juga kalau dia hanya memandang sahaja wanita itu memasak. Sedangkan dia juga perempuan. Ya lah, orang selalu cakap lumrah perempuan haruslah tahu memasak.

"Eh tak apa ke?"

Qaira angguk.

Puan Sri Mazni tersenyum. "Baguslah Qaira ni. Rifqi memang tak salah pilih bakal isteri. Patutlah dia sayang betul dekat Qaira."

Qaira hanya diam. Dia sudah mula rasa bersalah kerana berkasar dengan lelaki itu tadi. Sumpah, bukan niatnya. Emosinya pada waktu itu agak kacau sehingga membuatkan dia panas hati.

"Qaira nak tolong kan? Tolong potong ubi ni tau. Tapi buang kulit dia dulu"

"Ma..macam mana?" Tanya Qaira. Aduh, dia bukannya tahu. Kalau salah buat mesti kena judge ni..

Puan Sri Mazni tersenyum melihat betapa comelnya gadis itu bertanya dengan riak wajah yang polos itu. Walaupun wajahnya agak lebam sedikit tetapi masih lagi tidak mengurangkan kecantikan wajahnya.

"Biar aunty buat dulu satu sebagai contoh. Qaira tengok eh dan ikut apa yang aunty ajar" satu ubi diambil lalu dia kupas kulitnya dan dipotong kepada beberapa saiz yang sederhana kecil.

Qaira mengangguk faham sambil dia mengikut apa yang diajar oleh wanita itu. Tangan perlahan lahan memegang pisau yang agak tajam itu. Hampir, hampir terdetik di hatinya ingin menghiris tangannya sendiri namun dia cepat cepat menepis pengaruh negatif tersebut.

"Baguss! Macam tu lah bakal menantu aunty!" Puji Puan Sri Mazni sebaik sahaja melihat Qaira sudah tahu cara mengupas kulit ubi dan memotong dengan berhati hati. Pujian tersebut membuatkan Qaira tersenyum sedikit. Tindakan kecil seperti ini juga sudah dipuji puji. Dulu, dia tak pernah pun dipuji sebegini. Hidupnya lebih kepada dimaki hamun sahaja jika berbuat salah.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now