BAB 45

2.4K 132 61
                                    

"SAMPAI HATI papa!!" Tempik Qaira kuat sambil menolak nolak kasar bidang dada ayahnya itu. Setelah semuanya dijelaskan oleh papanya sendiri, Qaira berasa begitu bengang sekali. Elmira yang berdiri kaku disebelah mereka itu terdiam tidak terkata. Tangisan Qaira pula semakin laju. Terhenjut-henjut bahunya kerana esakan yang tidak berhenti.

"Qaira..papa-"

"No!! Stop it" jerit Qaira sambil memukul bahu ayahnya. Dia begitu kecewa. Bahkan sangat kecewa. Api marahnya sekarang ini mampu membakar lalang kering biarpun jauh di seberang lautan.

Jadi beginilah ya rasanya dikhianati keluarga sendiri? Rupanya kehidupan aku selamani berlandaskan permainan bodoh mereka lah ya? Aku dibiarkan tinggal bersama dengan keluarga sebelah papa dari kecil lagi semata mata untuk menyembunyikan kewujudan aku dari keluarga keduanya. Hanya kerana itu? Aku digesa untuk belajar bersungguh-sungguh dan dikerah supaya menjadi doktor supaya aku tidak mengambil tahu tentang keluarga kedua papa. macamtu?

Didikan tegas hanyalah untuk mengaburkan pandangan aku supaya aku tidak terhegeh hegeh mahu menagih kasih seorang ayah. Kerana ayah aku lebih mengutamakan keluarga keduanya berbanding aku...

Dan Elmira.

Sungguh pandai sekali dia berlakon kononnya setia menjadi pengurus aku. Padahal, itu semua.. hanya agenda sahaja. Pada hari terakhir dia meletakkan jawatan sebenarnya semuanya telah dirancang. Shit.

A playvictim person is the stupid scenario ever.

Arghh.

"Qaira, papa betul betul minta maaf, papa sepatutnya ceritakan semua ni dari awal. Papa tak patut layan Qaira tak adil macamtu.." ujar Tuan Qayyum. Tangan yang mahu hinggap di bahu anak perempuannya itu ditepis kasar. Bertubi tubi rasa bersalah menumbuk jiwa raganya.

"Tak guna. Qaira benci papa. Betul betul bencikan papa!!" Jerit Qaira. Meja makan diselerakkan dengan tidak rasa bersalahnya. Qaira sudah cukup tertekan. Langkah diatur keluar dari restoran tersebut dengan mata yang sudah kuyup.

Niatnya cuma satu sekarang, kemaskan barang dan berpindah keluar dari rumah tersebut.

"Qaira! Qaira, tunggu!" Langkah cepat gadis itu dikejar Elmira lalu lengannya dia tangkap dengan cepat.

"Lepaslah perempuan" jerkah Qaira. Wajahnya benar benar kemerahan ketika itu.

"Tak. Qaira kena dengar dulu penjelasan dari akak pula"

"Siapa kakak? Qaira tak ada kakak macam ni lah. Cukuplah korang perbodohkan Qaira dengan permainan drama semua ni.."

Genggaman lengan diketatkan lagi. Elmira mengetap bibir sebelum melawan kembali ayat tersebut. "Awak ingat awak seorang sajakah yang tersakiti? Umi saya tu lagi sakit hati tau tak. Dia diduakan hanya sebab arwah mama awak yang perampas tu datang!"

"Awak jangan nak buruk burukkan arwah mama!" Tudung Elmira dia tarik kasar kebelakang. Pantang dia dengar ada yng memaki ibu kandungnya, memang dia hentam habis habisan.

Elmira berdecit sakit. Leher Qaira ditepis kasar menjauh walaupun genggaman di lengan masih belum dia lepaskan. Makin kuat lagi adalah.

"Umi saya tu isteri pertama papa! Papa kahwin dengan arwah mama awak sebab nak selamatkan syarikat dia dan atas desakan keluarga. Itu saja. Sebab itulah umi tak suka awak dan taknak awak berkait dengan keluarga ni.
Jadi, sebab itulah sejurus awak dilahirkan, awak dibiarkan tinggal di rumah aunty Rose. Kalau ikutkan umi saya, dah lama awak merempat di rumah anak yatim tu jadi papa tu dah cukup baik sebab tak abaikan awak."

"Tak abaikan? Ohh.. " nafas ditarik lama dan dihembuskan perlahan. Tangan kanan dan kiri mengepal kuat. "Boleh lah awak cakap macamtu sebab awak tak rasa apa yang saya rasa selama ni. Awak hidup dalam keadaan yang cukup bahagia kan? Kasih sayang mak dapat, papa pun sayangkan awak. Saya? Saya tak pernah rasa semua tu. Masa saya kecil, saya cuma mampu tengok orang disekeliling bergurau senda dengan keluarga masing masing. Saya? Saya tak mampu nak rasa semua tu... Saya cuma menumpang kasih sayang keluarga orang je awak. Oh lagi satu, Awak cakap apa tadi? Dah cukup baik? Dah cukup baik kan sampai perlu menumpang kasih sayang keluarga lain tak senang.. Awak dapat semua, Elmira.. tak adil. "

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now