"RIFQI, kau okey ke tak ni? Nampak pucat semacam je harini.." tegur Hadif. Dari tadi dia lihat jejaka itu bagaikan tidak bermaya saja.
"Tak adalah. Sihat je ni."
Rifqi tersenyum tipis. Tikar dihamparkan perlahan ke debu pasir pantai tersebut. Terasa berdenyut denyut pula kepalanya ketika itu. Memang sejak dari kejadian tu, dia dah tak terlalu kisahkan pemakanannya. Kadang dia makan, kadang tak ada selera."Ya ke ni?"
Rifqi senyum sambil mengangguk. Kononnya seperti tiada apa apa yang berlaku.
Hadif diam. Muka pucat lelaki itu dipandang risau. Rasa tak sedap hati pula dengan lelaki disebelahnya sekarang ini. Letih dan monyok sahaja muka Rifqi. Dia ni okey ke tak?
Setelah selesai menghamparkan tikar dan menyusun makanan diatas tikar, mereka berempat masing masing duduk diatas tikar yang terbentang tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Namun cukup selesa untuk mereka berempat bersama Raisya yang setia di riba daddy nya.
"Jadi kita berlima je lah eh?" Tanya Hadif.
"Haah, Naufal sibuk lagi dengan projek baru syarikat dia. Farrel pula ada kerja. Kita berlima je lah kalini." Ujar Rifqi lemah. Qaira memandang lelaki itu. Ada perbezaan sedikit dari suara lelaki itu. Sakit tekak ke?
"Tak apalah.. hm, makanlah. Akak buat sandwich Harini. Lepastu ada, sosej goreng, fries dan cheesecake. Yang cheesecake ni akak order dengan kawan. Cubalah. Kalau sedap nanti boleh order lagi."
"Thankyou sayang, susah susah je sediakan makanan untuk kitaorang." Pipi sang isteri dia usap perlahan. Reanna membibitkan senyuman.
"Tak ada apalah. Bukannya makanan berat pun."
Diorang yang bermesra, Qaira pula yang tersenyum. Cemburu betul melihat pasangan bahagia depan mata ni mak aih. Erhhh bila Rifqi nak ajak aku kahwin ni? Tak cukup lagi ke effort aku ni?
Dipandangnya Rifqi disebelah Hadif, senyap je dia harini.. Dia ada masalah ke eh.. asal diam? Kalau Rifqi pun tak bertenaga, dia lagi lah takde semangat.
"Doktor, doktor.. tadi saya ada perasan yang doktor bawak gitar. Pinjam boleh?"
"Boleh je. Sekejap ya" Raisya dialihkan ke riba isterinya. Hadif seterusnya bangun dari tempatnya dan kembali semula bersama gitar di tangan.
Qaira tersenyum lebar. Gitar diambil dari lelaki itu. Lalu dia membetulkan posisi duduknya.
"Saya tengok Rifqi murung je harini jadi saya rasa saya nak nyanyikan satu lagu untuk dia. Lagu ni kena sangat dengan dia." Rifqi berkerut dahi saat namanya disebut.
"A-aku?"
"Ya awaklah orangnya"
Qaira mengangguk laju. Kemudian gitar dipetik mengikut irama lagu 'surat cinta dari starla, lagu milik artis indonesia, virgoun'"Ku tuliskan kenangan tentang, caraku menemukan dirimu. Tentang apa yang membuatkanku mudah berikan hatiku padamu" nyanyi Qaira. Kemudian dia membukukan tapak tangannya lalu dihalakan kearah Hadif seakan membahagikan mikrofon kearah lelaki itu.
"Takkan habis sejuta lagu, untuk menceritakan cantikmu. "
"Kan teramat panjang puisi tuk menyuratkan cinta ini. Bila habis sudah cinta ini tak lagi tersisa untuk dunia karna terlah ku habiskan sisa cintaku hanya untukmu." Nyanyian Qaira lagi. Rifqi tersenyum sedikit mendengar setiap lirik lagu yang disampaikan gadis itu.
"Aku pernah berfikir tentang hidupku tanpa ada dirimu. Dapatkah lebih indah dari yang kujalani sampai kini. Aku selalu bermimpi tentang indah hari tua bersamamu. "
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...