BAB 18

2.3K 130 9
                                    

Ruang pejabat khas Rifqi dimasukinya setelah beberapa ketukan yang diberikan tidak mendapat apa apa balasan. Naufal memandang kearah meja kerja sahabatnya itu. Meja agak berselerak dengan kertas kertas kerja namun masih lagi kelihatan kemas.

Dah namanya orang yang pembersih macam Rifqi ni, berselerak lah macam mana sekalipun masih lagi nampak tersusun.

Masa lunch pun dia boleh lagi bekerja. Tak sayang otak betul..

Rifqi yang sedang tidur beralaskan lengan dimejanya itu dipandangnya. Namun bukan itu yang menarik perhatiannya, iPad yang berada di tangan Rifqi lebih kelihatan menarik.

"Sejak bila dia beli iPad ni? Aku tak tahu pun.." bisik Naufal dengan suara yang perlahan, sekadar bermonolog dengan diri sendiri. Perlahan lahan dia tarik iPad keluar dari tapak tangan Rifqi.

Skrin iPad tersebut masih cerah terpapar dengan paparan notes. Nampaknya, Rifqi baru sahaja tertidur. My luck! Dapat stalk iPad dia, muah!

Dipandangnya bahagian notes tersebut.

Symptoms for anxiety:

- a churning feeling in your stomach.
- feeling light-headed or dizzy.
- pins and needles.
- feeling restless or unable to sit still.
-headaches, backache or other aches and pains.
-faster breathing.

Setiap perkataan yang terpapar di bahagian notes dipandangnya. Bukan tentang anxiety sahaja, namun ada juga tentang cara menenangkan seseorang yang diserang anxiety attack, perbezaan depression dan anxiety serta lain lain yang berkaitan.

Awalnya, Naufal mengerutkan dahinya. Kenapa semua yang terpapar dekat notes ni macam tak ada satu pun yang berkait mengenai Rifqi?

Ke kawan aku ni ada masalah kesihatan yang aku sendiri pun tak tahu? Aih mustahil. Masa dia tersalah beli warna boxer dua tahun lepas pun dia kasitahu aku. Takkanlah hal besar macam tu dia taknak bagitahu pula.

Skrin iPad diseret ke sebelah kanan lagi, melihat nota yang seterusnya.

Ha.

Ada lagi.

Things she likes :
1. Cream puff
2. Nasi goreng kampung without kangkung
3. Crash car
4. sunset
5. Taking photos
6. Baca novel

She?

Dipandang beberapa kali perkataan tersebut. Aku dah tak salah baca. Dan aku rasa mungkin sangkaan aku betul, kawan aku dah jatuh cinta, cuma dia taknak mengaku atau mungkin... Dia tak sedar yang dia dah jatuh suka dekat Qaira.

Qaira Alana, hebat sungguh pinanganmu.

Naufal tersengih kecil. Bahu kawannya yang sedang tidur itu ditepuk tepuk manja.

Tengah mimpi Qaira ke tuuu.



"SAYA tak makan seafood. Dah kenapa order maggi goreng seafood.."

"Taknak makan, sudah." pinggan ditarik menjauhi Qaira. Darwish mencebik geram.

"Tukarlah. Saya taknak maggi seafood. Saya tak makan seafood. Saya allergic seafood lah!! Manager jenis apa yang tak tahu pasal artis dia?"

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now