"PETANG ni kau dah boleh discharge.."
Kata kata itu dibalas dengan anggukan kecil dari Qaira. Sebenarnya kalau diikutkan, dia cuma perlu ditahan wad selama dua hari sahaja kerana kata Doktor, luka jahitan boleh dirawat dirumah.
Tetapi disebabkan oleh kesihatan mentalnya, dia perlu ditahan di wad selama seminggu dan baru sekarang dia dibenarkan pulang.
"Hai Qaira.." sapa Husna bersama senyuman sambil mendekati katil adik sepupunya itu. Dia Husna, anak perempuan Datin Rose.
Melihat sahaja kehadiran perempuan itu, Hadif meminta diri untuk keluar dari wad agar dapat memberikan ruang privasi kepada mereka berdua.
"Ibu minta Husna yang bantu Qaira kat sini. Tolong apa yang patut.. sebab manager baru Qaira tu kan lelaki jadi adalah lebih baik kalau Husna bantu sikit sikit"
Qaira hanya memekakkan telinga. Kenapa beria sangat tunjuk baik sedangkan mereka langsung tidak rapat? Didepan semua orang, Husna memang terlihat lembut dan baik namun sebenarnya dia lah yang paling suka play victim.
Dan aku lah yang sentiasa dijadikan kambing hitamnya terutamanya sewaktu persekolahan kami. Lagipun senanglah kerja dia sebab mana ada yang percayakan aku. Aku kan biadap, jahat, kasar..
"Hensem lah doktor tadi. Kenapa tak try minta nombor" bisik Husna gedik.
"Suami orang"
"Mana Qaira tahu? Belum tanya dah assume macam macam.."
Qaira menjulingkan matanya keatas. Tangan bertindak memeluk tubuh. Tak habis habis menggedik sebab lelaki. Menyampah !
"Sebabtulah Qaira single. Takde siapa nak kalau tak ada usaha." Bidas Husna.
"Husna pun single juga kan? Tak laku jugak ke walaupun dah berusaha banyak kali?" Hujung bibir Qaira ternaik sedikit menayangkan senyum sinis.
"Excuse me? Kita tak sama. Husna dah couple banyak kali berbanding Qaira yang tak pernah bercinta langsung."
"Bangga ke dengan dosa? Bercinta tanpa ada satu ikatan yang sah itu sesuatu yang patut dibanggakan ke?" Tatapan serius dipamerkan.
Husna tayang muka menyampah. "Jangan nak kaitkan dosa pahala kat sini eh? Qaira ingat lawan cakap orang tua tu tak berdosa ke?"
Qaira senyum sinis lagi. "Ya, Qaira tahu. Tapi Qaira tak pernah berbangga buat macamtu, I am not like you that will feel proud making those sins.."
Husna mengetap bibir, geram. Sebelum sempat dia membalas kata kata pedas tersebut, suara lelaki datang menyapa mereka.
"CIK, saya dah selesaikan semua urusan kat kaunter. Nanti pukul 3, baru saya pergi discharge kat kaunter balik. Cik nak makan apa apa ke?"
"Tak apa, saya tak lapar lagi." Jawab Qaira. Tatkala Husna disebelah katinya sudah tergamam memandang wajah hampir sempurna Darwish Adrian. Matanya tidak lepas dari memandang sosok wajah lelaki itu.
Freaking handsome!
"Cik ni siapa?" Tanya Darwish kehairanan memandang gadis yang tidak berkelip menatapnya.
"Dia kakak sepupu saya, anak Datin Rose." Qaira menjawab soalan tersebut bagi pihak Husna memandangkan gadis itu masih lagi tergamam.
Darwish mengangguk faham. Dia agak kurang selesa apabila gadis itu masih belum mengalihkan pandangannya.
"Saya Husna. Awak?" Tangan Husna dihulurkan kearah lelaki itu untuk berjabat tangan.
"Darwish." Balas Darwish pendek. Huluran tangan itu tidak dihiraukan. Ya, sebelum ini, tanpa mengira lelaki perempuan dia akan berjabat tangan. Namun tidak selepas dia mengenal Qaira, dia mula menjaga batas pergaulannya.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...