BAB 49

2.9K 138 19
                                    

"APA semua ni abang?? Qaira yang buat semua ni, bukan Rifqi.. kenapa Rifqi yang kena pula??" Tanya Dania yang tidak puas hati. Baru sahaja semalam dia menyedarkan diri dan hari ini dia sudah mula bertanya tentang apa yang terjadi. Agak mengejutkan apabila bukan Qaira yang dipersalahkan tetapi Rifqi...

"Macam mana adik yakin yang Qaira pula yang buat sedangkan saksi yang nampak semua tu dah cakap yang dia jumpa korang dalam keadaan pisau tu ada kat tangan Rifqi. Adik separuh sedar kan masatu..?" Balas Darwish serius. Bahu Dania dia tolak merapat ke katil meminta untuk kembali baring.

"Adik dah okeylah. Dan adik tahu Qaira yang buat. Adik mangsanya memanglah adik tahu Qaira yang buat "

"Tapi masatu Qaira tak ada di tempat kejadian, mana buktinya, cctv pun tak ada.." Gesa Darwish geram. Dia sebenarnya sudah tahu tentang perkara sebenar namun dia sengaja mahu mempertahankan kepalsuan demi mengelakkan Qaira dari diambil tindakan undang undang.

"Adik tahulah cctv tak ada kat situ. Sebab tu lah adik pilih untuk serang Qaira dekat sana! Tak cukup keee penjelasan adik tu?" Dania terus menekup mulutnya sendiri ketika menyedari bahawa dia telahpun terlepas cakap.

"A-apa dia?" Tanya Darwish lagi sekali. Dia sendiri juga terkejut mendengar pengakuan itu dari mulut Dania. Gadis itu serta merta membisu. Air wajahnya berubah.

"Aku tanya kau apa dia?! Kenapa kau buat macamtu lagi? Kenapa kau serang dia. Dah gila ke Dania? Bodoh!!" Bahu adiknya itu digoyang kasar. Pecah tangisan Dania disitu sebaik sahaja dia dimarahi abangnya.

"Darwish, apa yang kamu buat dekat adik kamu ni. Dia baru je nak sembuh.. luka dia tu pun masih.."

"Ibu tak tahu apa yang anak perempuan ibu ni buat. Dia yang mulakan semuanya, ibu. Dia yang nak bunuh orang!!" Bahu adiknya itu dia tunjal dengan kasar.

"Abang..a..abang..a..bang..ja..jangan.." Dania memeluk pinggang abangnya sambil meminta belas ehsan dari abangnya. Dia tidak mahu perkara tersebut dibongkarkan pada pihak polis.

"Macam mana kamu tahu ni, Darwish. Jangan nak tuduh adik kamu macamtu.."

"Ibu tanyalah dia sendiri. Kalau dia tak salah kenapa dia menangis macamtu. Nak tunjuk kesian??" Sindir Darwish lalu melabuhkan duduk di sofa. Serabut!

"Adik..betul ke?"

Dania perlahan lahan meraih tangan ibunya lalu ibunya segera menggertak kasar. "Sampai hati kamu buat ibu macamni.. Ibu tak ajar anak ibu bunuh orang. Ibu tak ajarlah semua ni, Dania Elisya.

"Dania..minta maaf..hiks..minta maaf.." Kata Dania tidak henti henti sambil cuba memeluk ibunya namun tangannya ditepis Puan Fayza dengan mukanya yang menayangkan riak jengkel.

"Jadi, apa kita patut buat sekarang ni, Darwish.."

"Selesaikan hal ni di luar mahkamah. Tarik balik kes ni. Nanti Darwish pergi bincang dengan prosecutor.."

"Boleh ke? Ibu pun taknak dapat malu disebabkan dia.." tanya Puan Fayza serius.

"Itu saja caranya, ibu. Kalau tak adik akan kena juga nanti kalau pihak yang didakwa tu kumpul bukti untuk buktikan perbuatan adik.." kata Darwish lemah. Semarah apapun dia terhadap kelakuan bodoh adiknya itu, dia tetap tidak mahu melihat adiknya menerima hukuman.

"Lepasni kau.. tak payah nak ber ibu sangat dengan aku. Aku dah taknak manjakan kau lagi, Dania. Padanlah dengan sakit tu. Buat malu aku saja. Kalau arwah ayah ada lagi, dah mati kau dia kerjakan.." dahi Dania ditunjal dengan kuat sebelum ibunya beredar dari keluar wad tersebut dengan rasa yang kecewanya. Runtuh hati ibunya apabila anak yang dia manjakan selama ini sanggup berbuat kesalahan sedemikian rupa.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now