BAB 8

2.6K 141 6
                                    

RIFQI masih lagi terdiam. Dia tahu yang gadis itu sukakannya. Naufal dah cerita semua sekali apa yang dah jadi. Sudah semestinya suasana akan jadi kekok sekarang.

"Lupakan je lah ayat saya tu. Saya tahu saya dah kena reject" tebak Qaira setelah agak lama Rifqi mendiamkan diri.

"Aku bukannya reject. Cuma aku taknak bagi harapan. Aku bukan macam lelaki kat luar sana yang terima mana mana perempuan macamtu sahaja. Lepas dah tawar hati ,tinggalkan macamtu aje. Qaira Alana, Kalau ada jodoh, aku sendiri yang akan masuk meminang kau"

"Itu pun kalau ada jodoh la.." sambung lelaki itu dengan nada yang bersahaja.

Senyuman Qaira terus lesap dari bibir sebaik sahaja mendengar ayat terakhir dari jejaka itu. Kalau ada eh? Ceh..

"Then give me your number.. I will make you fall for me"

Rifqi mengemam bibirnya. Mahu tergelak dia mendengar tindakan berani Qaira yang meminta nombor telefonnya.

"It's not about love, miss Qaira. Jodoh, ajal, maut semuanya ketentuan Allah. Cintalah seseorang itu sedalam mana sekalipun, kalau dia bukan milik kita. Dia takkan sesekali jadi milik kita. Cinta tak semestinya memiliki. Dan tanpa cinta juga, tak semestinya kita takkan berjodoh."

Qaira diam. Didengar segala apa yang ingin disampaikan oleh Rifqi. Biasanya ayat dia masuk elok je ke hati dia.

"When you get what you want, that's allah direction. When you didn't get what you want, that's allah protection. After all, Allah know what is more better for us" Kata Rifqi lagi dengan senyuman kecil di bibirnya yang menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya.

" I know. Thats why... I just keep continue walking on my life even though the path was harsh" ujar Qaira dengan pandangan yang redup.

"Your career must be hard isn't ? Nak jadi artis yang terkenal macam apa yang kau dah capai harini mesti memerlukan banyak pengorbanan kan? Are you okay?"

Qaira mengangkat wajahnya memandang Rifqi yang sedang fokus memandu. Selama ni tak ada seorang pun yang pernah tanya dia okay atau tidak dengan pekerjaannya yang sekarang. Tak pernah ada pun yang ambil tahu.

"Sejujurnya, it's not really okay. Kalau saya buat salah sikit, terus kena judge. Orang cakap, best dapat jadi artis sebab ramai peminat sayang. Tapi, kalau ada peminat, pasti akan ada haters dan kadang kadang, haters tu terdiri dari orang yang pernah support kita. This career is not about how good you are, it is all about how strong you are. Because... Even orang yang pernah dibelakang kita pun akan ambil pisau dan tikam dari belakang."

"But good job, Qaira. You have did well. I didn't know how have you been before this but to reach this level of yours need to face a lot of difficulties and you did it. Apa dah perkataan yang orang selalu sebut sekarang ni...? Slay..?"

"Ha'ah. Betul lah tu. Slay!"
Qaira mula tersenyum dan mengangguk.

"Pelik pelik la perkataan zaman sekarang ni."

"Mana ada pelik. Awak tu yang old school "

"Aihh aku pulak yang kena cop old school eh? Tapi apa apapun, performance kau pun slay juga tadi. Gempak ah. Well doneee miss Qaira."

tersenyum lebar Qaira mendengar pujian daripada Rifqi. Eheheh crush dia puji dia. Korang ader?

Entahlah, dia pun tak tahu kenapa hatinya begitu lembut sekali apabila berhadapan dengan Tengku Rifqi Aydeen. Dengan orang lain, mana ada dia nak senyum macam ni ?

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now