BAB 31

2.4K 180 10
                                    

PERLAHAN LAHAN dia mencelik matanya. Kepalanya dipicit sedikit. Pening lah pula rasanya. Kanan kiri Reanna pandang untuk mengenalpasti tempat dia berada ketika itu.

Macam kenal tempat ni..

"Dah sedar?" Tanya Hadif, lembut. Tangannya menatang dulang yang membawa sepinggan nasi ayam serta segelas air kosong. Sepaket ubat panadol juga turut dia sediakan bersama.

Reanna tersentak. Cepat cepat dia mengubah ke posisi duduk.

"Rehat je. Awak tu demam panas" Tidak berkedip mata Reanna saat suaminya itu melayannya dengan baik sekali.

"Maaf, saya balik dulu..."

"Nak balik kemana? Ni kan rumah awak juga?"

"Tapi nanti-"

"Lupakan je. Kita buka buku baru eh?" Senyuman dia tarik melebar sambil mengusap pipi Reanna. Berkaca kaca mata Reanna saat itu. Dia sedang bermimpi kah? Kenapa Hadif tiba tiba sahaja berkelakuan baik seperti ini, biasanya acuh tak acuh saja sikapnya.

"Lapar?"

Reanna diam tidak menjawab. Matanya menatap Hadif seperti masih ragu ragu.

"Saya dah bawakan nasi ni. Lapar tak? Farah cakap awak semalam tak makan apa apa."

Dengar sahaja nama rakan baiknya itu, mata Reanna membulat. "A-awak dah tahu semuanya ke?"

"Tahu pasal apa?" Tanya Hadif kembali. Sengaja dia buat buat tidak faham.

"Tak ada apa apa lah." Wajahnya ditundukkan kembali memandang pinggan nasi dihadapannya.

"Lapar kan? Meh abang suapkan.."

"A-abang?"

"Ya lah, abang.. macam tak biasa je awak ni." Senyuman sekali lagi dia pamerkan. Nasi digaulkan lalu dia menguak nasi dan dihalakan ke mulut sang isteri.

"Bismillah.."

Akibat lapar, Reanna membuka kecil mulutnya dan membiarkan sahaja dia disuap. Otaknya masih lagi sedang memproses apa yang terjadi. Agak mustahil tapi mungkin Hadif dah tahu apa yang sebenarnya dah terjadi.. Farah mungkin dah menceritakan semuanya sekali.

Sedikit demi sedikit, nasi sudah separuh dia habiskan. Bukan main lapar lagi dia harini. Segelas air dihadapannya dia capai dan dia teguk. Cepat cepat Hadif memegang hujung gelas tersebut untuk memastikan isterinya minum air tersebut dengan berhati hati.

"Saya minta maaf" Reanna tiba tiba bersuara.

"Minta maaf kenapa?"

"Awak dah tahu kan hal sebenar?"

Hadif senyum nipis. Dia mengangguk perlahan. "Ya, abang dah tahu tapi abang tak marah pun. Janganlah risau."

Air mata Reanna perlahan lahan jatuh membasahi pipinya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Sudah beberapa hari dia asyik menangis sahaja kerjanya. Apalah kebaikan yang dia pernah buat sehingga dia dapat suami sebaik Hadif?

Melihat sahaja keadaan Reanna yang menangis, Hadif bangun dari duduknya lalu memeluk tubuh isterinya. "Heii kenapa nangis ni? Kan abang dah cakap, abang tak marah. Abang maafkan semua salah silap awak. Abang tak pernah berdendam pun"

Semakin kuat esakan wanita itu sehingga tiada satu patahpun perkataan yang mampu keluar dari mulutnya. Rasa penat bercampur sakit.

"Terima kasih tau sebab bertahan. Bertahan dengan saya, bertahan dengan penyakit awak. Bertarung nyawa demi anak kita. Alhamdulillah, I choose the right woman to be my wife and the mom of my child.." dahi isterinya dia cium lama, melepaskan rindu yang terpendam selama ini.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now