EPILOG

4.7K 175 40
                                    

"death time, 3.47pm."

Kata-kata itu sekarang kian bermain di minda Rifqi. Mereka baru sahaja sah berkahwin dan tidak sampai sehari isterinya telah dijemput ilahi. Luruh hati Rifqi mengingatkan kembali apa yang telah terjadi di dewan tadi.

"Rifqi, kejutkan isteri kamu tu.. Ada photoshoot dekat depan dewan tu sekarang.." kata Tuan Qayyum sambil tersenyum kearah menantunya. Kemudian langkah diatur keluar kearah dewan untuk persiapan mengambil gambar keluarga dihadapan dewan utama tersebut. Gambar beramai ramai dekat pelamin dah siap ambil. Dan sekarang dekat depan pula. View cantik kat depan..

Rifqi memandang isterinya yang masih tertidur. Tersenyum dia seketika. Cantik sungguh rupa isterinya.

"Qaira.. bangun.." pipi Qaira diusap lembut. Setelah beberapa kali dia cuba mengejut gadis itu, hasilnya tetap sama. Qaira masih tidak terjaga dari tidurnya.

"Qaira..?" Pipi gadis itu agak terasa sejuk sebenarnya. Nafas lelaki itu ketika itu sudah naik turun dengan rasa gelisah yang membuak buak didada.

"Sa..yan..g.." bergetar suaranya. Satu jari diletakkan di hadapan hidung gadis itu, untuk dia merasakan kadar pernafasan gadis itu.

T-tiada..

Kenapa tiada nafas..

Air mata Rifqi serta merta luruh dengan lebatnya. Dipeluknya erat tubuh sang isteri yang telah kaku itu.

"Innalillahiwainnalillahirajiun..." Bisik Rifqi ke telinga gadis itu.

Memikirkan tentang apa yang terjadi membuatkan dirinya semakin bersedih. Dia sekarang kelihatan agak lemah , lesu dan matanya tidak lepas dari hanya merenung kubur qaira yang masih merah.

Jangkitan kuman di paru paru..

Entah bila dan bagaimana, kuman mulai merebak di paru paru gadis itu menyebabkan kegagalan pernafasan sewaktu tidur. Berdasarkan apa yang direkodkan doktor, tiada apa apa medical report yang berkaitan dengan paru paru sebelum ini. Dalam bahasa mudah, sebenarnya Qaira sendiri juga tidak mengetahui tentang jangkitan kuman di paru parunya.

Mungkin kerana dia telah terbiasa dengan serangan anxiety, menyebabkan rasa sakit dada yang dilaluinya selama ini disalah ertikan kepada simptom anxiety sahaja..

Dia masih terpinga-pinga dengan apa yang telah terjadi. Isterinya kini sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.
Ya Allah, pertemuan kali pertama mereka masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Lapangkan lah dadaku..

Terlalu cepat qaira meninggalkannya. bahkan , belum sempat qaira merasa kasih sayang darinya yang selama ini dia simpan.

mata dan hidungnya bengkak dek kerana menangisi pemergian qaira yang secara tiba-tiba. ya , dia tahu. tidak seharusnya dia begini. tetapi esak didadanya , hanya Allah sahaja yang tahu. Ya, dia ikhlas dan relakan pemergian Qaira. Allah lebih menyayangi isterinya.

Naufal dan Hadif datang dan duduk merapati Rifqi. Mereka berdua tahu, rakannya itu sedang dalam keadaan yang tidak baik baik sahaja.

"Rifqi..." Sapa Naufal.

"Aku.. tak..okey..hiks..aku..tak..okey.." tanpa diminta atau dipelawa, Bahu Naufal dia tarik mendekat lalu dia lepaskan tangisannya dalam pelukan sahabatnya. Dia memerlukan seseorang untuk menenangkannya. Melihat sahaja keadaan Rifqi, Naufal juga turut merasa sebak. Tiada apa apa yang mampu keluar dari mulutnya. Cukuplah dia menjadi saksi, cinta hati rakannya itu

Hadif disebelah mereka juga turut bertindak memeluk mereka berdua. Tangan mengusap belakang Rifqi. Teresak esak lagi sekali Rifqi ketika itu. Ya, memang benar dia sudah menerima takdir yang telah ditetapkan namun dia juga hanyalah manusia biasa, tidak dapat lari dari merasakan kesedihan.

"S..sekarang baru aku faham dengan ketiga tiga permintaan dia sebelum dia mahu terlelap tadi. Untuk permintaan pertama, Dia sebenarnya maksudkan yang dia nak aku mandikan jenazah dia. Sebab dia tidak pernah merasai zaman kecil seperti kanak kanak lain. Kedua, dia mahukan aku jadi imam untuk solat jenazah dia, itulah yang dia maksudkan bila dia... Dan yang terakhir, dia minta aku untuk jangan tinggalkan dia jadi dia sendiri lah yang tinggalkan aku..." Bibirnya mencemik ingin menangis. Namun dia berasa agak bahagia kerana ketiga tiga permintaan tersebut sempat dia fahami isi tersiratnya.

Jenazah isterinya dia yang mandikan. Solat jenazah isterinya juga dia yang imamkan serta yang terakhir juga, samalah.

Mereka baru sahaja berkahwin dan masih ada banyak lagi perancangan yang mereka telah bincangkan bersama. Namun kita hanya mampu merancang, Allah jua lah yang menentukan sebaik baik kehidupan.

Aku ikhlas, Ya Allah. Aku ikhlaskan pemergian isteri aku.

Dengan berakhirnya nafas isterinya, maka berhenti jualah kisah perjalanan cinta aku.

My late wife has been enchanted to meet me since she was a child, and now, I am going to keep enchanted to meet her too.

Eventho we are not in the same phase anymore, but you will always living in my heart, wife.

Qaira Alana, the most beautiful gift i ever dreamed and enchanted for.

Thankyou for exist...

TAMAT.

Terima kasih kepada semua yang setia membaca karya pertama saya dari awal sehingga akhir. Tak semua perkara perlu diakhiri dengan senyuman, terkadang sesuatu kisah memerlukan air mata untuk mengakhiri kisah kehidupan mereka.

This story is not about love story. It is also about self love. Love yourself, everyone. Even the whole world are against you, please remember to keep loving yourself. You are just beautiful in your own way.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now