MATANYA dipejam seketika, telinga pula menadah setiap kata kata yang penuh kemarahan dilemparkan Darwish kearahnya.
"Kenapa kau bersungguh sangat nak merayu demi dia? Balik je lah Qaira!" Marah Darwish lagi. Jari telunjuk dihalakan ke pintu menghalau gadis itu keluar. Akan tetapi Qaira masih tercegat dihadapannya, enggan pergi.
Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia membalas balik segala perlian Darwish berkaitan Rifqi, namun dia perlu bersabar. ini saja jalannya. Dia perlu merayu pada mereka untuk menarik semula tuduhan terhadap Rifqi atau keadaan akan jadi lagi teruk.
"T-tolonglah, tarik balik tuduhan tu.." rayu Qaira lagi dengan suara yang sudah bergetar. Tangannya sudah berasa seram sejuk.
"Kau tak dengar ke aku cakap apa?? Kalau keluarga kau sendiri yang ditimpa nasib yang macamni, kau boleh maafkan macamtu saja ke? Adik aku masih terbaring depan tu je lah, perempuan!" Sinis Darwish. Anak mata dialihkan memandang adiknya yang masih tidak menyedarkan diri.
Lukanya yang dahulu juga masih belum sembuh. Kalau bukan sebab dia yang bantu Qaira malamtu, dah lama benda buruk akan terjadi dekat dia.
"Awak masih berdendam lagi ke dengan saya? Awak masih marahkan saya ke sebab saya dah tolak cinta awak?"
Darwish diam tidak menjawab. Entah kenapa makin sakit hati bila perkara tersebut diungkit. Dia fikir dia sudah melupakan segalanya ternyata tidak. Dia masih lagi cintakan Qaira.
"Darwish, ini kali terakhir saya minta bantuan awak... Tolonglah saya. Saya sanggup buat apa saja asalkan awak dan keluarga awak dapat tarik balik kes tu." Kata Qaira lagi dengan nada yang terdesak.
"Tak perlu menegakkan lagi benang yang dah basah. Rifqi tu bukannya lelaki yang baik. Aku tak fahamlah kenapa kau dengan adik aku suka sangat dengan dia tu" tengking Darwish yang segera mencantas percakapan Qaira. Geram rasanya melihat gadis itu tidak berputus asa.
"Dia baik.. saya yang ja..jahat.. saya..saya.."
"Dia tu jahatlah, bengap. Baik apanya kalau sanggup cederakan perempuan macam tu? Aku tahu Dania tu kadang kadang keterlaluan sukakan dia, tapi perlu ke dia buat macamtu?? " Kata Darwish kegeraman. Nak bela sangat tu dah kenapa.
"Bukan..bukan..dia.. Sa..ya..saya yang buat.. hukumlah saya, bukan dia.. Dia...dia yang memilih untuk tutup kesalahan saya.." kata Qaira dengan nada yang tersekat sekat kerana menangis. Nafasnya berombak laju. Dada dicengkam kuat menahan rasa sesak.
Lututnya kemudiannya direbahkan ke lantai. Seumur hidupnya, dia tidak pernah merayu sehingga melutut sebegini tetapi pada hari ini bersaksikan wad hospital ini, egonya lumpuh.
"Q-qaira.." Darwish tergamam. Inikah bekas bosnya dahulu? Yang angkuh dengan posisinya sebagai seorang artis yang terkenal di Malaysia.
Qaira tersedu sedan menangis. Wajah tunduk memandang lantai. "Saya minta maaf untuk itu... Saya minta maaf juga kalau saya pernah sakitkan hati awak, Darwish. Maaf sebab saya tolak cinta awak dulu. Saya sanggup buat apa saja kalau awak minta. Cuma satu saja permohonan saya, tarik balik kes tu.. please, i am begging.."
"Apa saja?" Tanya Darwish meminta kepastian. Anak mata menatap wajah sayu gadis itu yang mengangguk laju tanpa berfikir panjang sebagai jawapan.
"Kalau macamtu, boleh. Aku boleh usahakan untuk tarik balik kes tu tapi dengan syarat.."
Qaira mencelik matanya luas memandang Darwish bagaikan tidak percaya. "A-a..apa sya.syaratnya?"
"Putus tunang dengan dia."
Mata Qaira yang kemerahan itu memandang lama kearah Darwish. Lelaki itu beriak serius. Kata-kata yang dilontarkan itu bermain di fikiran.
P-putus tu..nang?
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...