"TOLONGLAH, Rifqi..." Rayu Tuan Qayyum. Dia sengaja mahu bertemu empat mata dengan lelaki itu kerana dialah satu satunya cara yang untuk memujuk Qaira memaafkannya. Kalau tak boleh maafkan sekalipun, baliklah kerumah.. papa dah menyesal..
"Tuan, saya dah cuba pujuk dia tapi dia langsung taknak dengar. Saya minta maaf, tapi manusia tak boleh dipaksa.." tutur Rifqi sopan. Baru sahaja dia mahu rehat, dia dikejutkan dengan lelaki separuh abad yang datang berjumpanya setelah selesai meeting pagi tadi.
"Tolonglah, Rifqi. Saya janji takkan ulang balik apa yang saya dah buat dekat dia. Saya... Khilaf. Saya tahu."
Rifqi terdiam lagi. Terbit rasa kasihan pula apabila lelaki separuh abad itu tidak henti henti merayu.
Nafas dihela panjang sambil dia cuba tatap wajah Tuan Qayyum. "Saya akan cuba usahakan tapi saya nak minta maaf awal-awal kalau saya tak berjaya pujuk dia..She's already hurts enough because of her family, too painful to get heals this quick,"
"Saya tahu, saya memang ayah yang tak berguna. Saya besarkan dia dengan kekerasan, tak pernah sikit pun nak berlembut dengan dia.." Ujar Tuan Qayyum. Nafas dikeluh perlahan. HANYA dia sahaja yang tahu kenapa dia berbuat sedemikian. Namun, Keadaan pasti akan menjadi lebih parah jika anak dia tahu sebab sebenar dia kenapa didikannya begitu tegas sekali. Lambat laun, kebenaran akan terbongkar jua, biarlah masa yang menentukan dan dia akan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan muncul selepas itu...
"Semua orang ada buat silap dan saya tak pun tak berhak dan judge tuan untuk semua salah silap yang tuan sesalkan sekarang. Sekurang kurangnya tuan dah menyesal. Saya doakan semoga semua urusan tuan dipermudahkan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, bukan? Selepas hujan pasti akan timbulnya pelangi. "
Berkaca kaca sudah mata lelaki tua itu. Kata kata dari Rifqi membuatkan hatinya tersentuh. Lelaki inilah yang berani meminta izin untuk meminang anaknya. Lelaki ini jugalah yang berani meleraikan salah faham antara dia dengan anaknya.
"Beruntung kan ibu kamu dapat anak yang macam kamu..." kata Tuan Qayyum dengan nada yang tersekat sekat menahan sebak.
Rifqi menggeleng kepalanya laju. "Tak adalah, tuan. Saya yang beruntung sebab dapat ibu sebaik dia. Tanpa dia, saya rasa hidup saya akan gelap gelita. Siapa je yang tak sayang ibu kan? Qaira pun sayang arwah mama dia. Tapi, dia tak pernah bercerita sangat pasal mama dia sebab katanya mama dia meninggal sejurus selepas lahirkan dia. Hmm boleh saya tahu, mama dia ada sakit apa apa ke sebelum tu?"
"Dia... Dia okey je sebelum ni. Cuma.. entahlah mungkin sudah takdirnya begitu. Sekarang saya dah tahu kenapa Qaira sayang dekat kamu"
"Kenapa?"
Tuan Qayyum senyum nipis. "Sebab perangai kamu ada iras iras dengan orang yang dia sayang tanpa dia sempat jumpa.."
"Maksud tuan, mama dia?"
Tuan Qayyum mengangguk. Air mata yang hampir menitik keluar itu dia seka dengan laju. Mengingat kembali tentang arwah isterinya membuatkan hati dia terasa sebak.
"Sampai hati abang buat saya macamni?? Apa kurangnya saya??"
"Kau diamlah. Aku penat tahu tak? Cubalah faham keadaan aku. Aku terpaksa."
"Terpaksa apanya? Abang suka kan tengok saya terpekik macam ni?" Lengan suaminya dia tolak kasar. Namun belum sempat ditolak, kepalanya ditunjal sehingga terhantuk kuat di dinding.
"A-abang..ss..sa..kit.." Terasa kepalanya berdenyut kuat ketika itu. Sudahlah dia sedang sarat mengandung ketika itu, suami pula buat hal. Airmata sudah jatuh bergelinang menahan seksa. Lagi sakit apabila rengekannya tidak dipedulikan suaminya yang hanya mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki keluar dari rumah.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...