BAB 4

2.8K 160 6
                                    

SEPANJANG perjalanan ke rumah keluarga Naufal Idzham, Jantungnya tidak henti henti mengepam salur darahnya. Bekerja keras betul ! Mungkin ini petanda bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan jejaka idamannya itu lagi.

Oh lelaki idaman. Memang kamu tak ada yang lain...

Namun, entah kenapa Qaira sedikit sebanyak merasakan bahawa detakan jantungnya yang laju ini memberikan petanda alamat yang tidak baik. Rasa macam ada something yang tak kena. Instinct lah dikatakan.

Atau mungkin dirinya yang terlebih overthinking.

Well...probably.

Sampai sahaja di rumah keluarga Naufal, butang loceng rumah ditekan oleh papanya lalu mereka berdua disambut dengan baik oleh ibu dan ayah Naufal. Cuma satu sahaja yang pelik. Naufal tidak kelihatan sampai sekarang.

Jantungnya sekali lagi berdetak dengan lebih kuat. Kalini firasatnya menjadi semakin negatif. Sedikit sebanyak dia cuba tepis dan melawan perasaan sangka buruknya agar sesuatu yang tidak diinginkan berlaku.

Which is..

Anxiety attack.

"Cantik lah Qaira ni. Putih gebu je muka dia. Macam mama dia. " Puji Puan Azreen, ibu kepada Naufal dan merupakan isteri kepada Encik Khairil, lelaki yang berada di atas sofa bersebelahan dengannya.

Macam mana dia tahu pasal mama aku? Mungkin diorang tu kawan kot dulu. Lantak la aku taknak tahu pun.

Qaira hanya senyum. Senyum yang langsung tidak ikhlas. Baginya pujian itu hanyalah sekadar untuk menyedapkan mulut. Datanglah pujian yang melambung lambung pun dia tak hairan, yang dia tahu dia memang cantik.

Dia dah makan garam bab pujian ni.

"Naufal mana ya? Qaira ni tertunggu tunggu Naufal agaknya. Sebabtu diam semacam." Tuan Qayyum mencelah. Nadanya berbaur usikan untuk meneutralkan kembali suasana yang kekok itu.

Mereka bertiga sekaligus menghamburkan gelak tawa sebaik sahaja mendengar usikan dari papanya. Manakala Qaira hanya mengetap bibir. Usikan tersebut tidak memberi kesan pada urat malunya. Mungkin kerana rasa overthinking nya sekarang ini sedang mengatasi segala galanya.

"Maaflah Qaira. Tadi aunty suruh Naufal singgah kedai beli barang. Tapi entah lah kenapa lama sangat budak tu beli barang." Jelas Puan Azreen. Qaira hanya sekadar mengangguk faham dengan reaksi yang kosong.

"Mungkin dia tengah on the way balik lah tu." Sambung Encik Khairil, cuba untuk backup anak lelakinya.

Papa dan kedua dua orang tua Naufal itu kemudian rancak berbual dihadapannya. Qaira pula hanya mendiamkan diri dan memilih untuk menskrol laman Instagram miliknya bagi menghilangkan kebosanan.

Agak kurang ajar. Tapi dia juga tidak mahu kelihatan seperti orang bodoh yang tidak mampu menyambung perbualan mereka bertiga. Jadi lebih baik dia buat hal sendiri aje.

"Assalaa.." salam tidak sempat dihabiskan sepenuhnya. Mata mereka berdua telahpun saling bertemu. Lelaki itu tampaknya tergamam melihat Qaira Alana yang sudah memandangnya dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang membawa makna curious, marah, geram, tengah sabar. Semua ada. Lelong mur mur.

Mampuih. Automatik segala barang yang digenggam ditangannya jatuh ke lantai.

"EXPLAIN."

Cukup ringkas sahaja arahannya. Dia hanya mahukan penjelasan. Wajah panik lelaki yang bernama Naufal ditatapnya dengan tidak beriak. Ingat dia je ke boleh panik? Habistu aku? Apa yang aku nak cakap dekat papa?
Kalini nasib tidak menyebelahi aku lagi. Lambat laun, papa akan fikir aku hanya main main sahaja.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now