"NO compromise, saya taknak teruskan lagi pertunangan antara Rifqi dan Qaira. Anak Tan Sri lebih layak dapat yang lebih baik. Qaira dah rosak." Jujur Tuan Qayyum membuatkan Puan Sri Mazni terkedu lama. Mengapa begitu kejam sekali kata kata yang diucapkan oleh seorang ayah terhadap anak perempuannya sendiri??
"Kami tak rugi apa apa, tapi tak elok kalau kita bincang semua ni di luar pengetahuan mereka." Jawab Tan Sri Tengku Riezham. Dia juga kurang yakin dengan keputusan Tuan Qayyum yang sangat mengejutkan itu.
"Sebenarnya, kalau sudah jodoh mereka. Kita boleh buat apa? Walaupun saya sebenarnya agak kecewa dengan apa yang Qaira dah buat... Tapi Rifqi.. Rifqi sayangkan dia.." celah Puan Sri Mazni dengan nada yang perlahan di hujung ayat. Hati ibu mana yang tidak runtuh saat kekasih hati anaknya sanggup melakukan perkara terkutuk sehari sebelum hari pertunangan mereka.
"Maz, kan semua ni belum ada sahih lagi. Rifqi pun minta kita doakan dia kan. Bukannya menyalahkan apa yang dah jadi." Nasihat suaminya.
"Nasi dah jadi bubur lah, Tan Sri. Qaira tu dekat rumah pun dia biadap, saya tak hairan pun kalau dia buat hal macamtu. Dia memang dari dulu lagi, anak yang kurang ajar, tak faham bahasa. Makin dilarang makin menjadi jadi. "
"Tuan Qayyum, tak elok lah memburukkan burukkan anak sendiri.." balas Tan Sri Tengku Riezham. Agak terpana dia seketika.
"Benda betul. Saya dah dikira masih baik sebab saya tak halau dia keluar dari rumah lepas apa yang dah jadi. Tan Sri dengan Puan Sri pun ada anak, mesti korang berdua faham apa yang saya rasa sekarang. Dia conteng arang dekat muka saya, saya yang bagi dia makan minum, bayar semua benda untuk dia. Ini yang dia balas?? Jadi, cukuplah tu. Nasihatkan anak tuan sri. Bagitahu dia, cari sajalah perempuan lain. Qaira tu saya akan kahwinkan dia dengan orang yang sepatutnya dia kahwin."
Puan Sri Mazni dan suaminya saling berpandangan. Entah bagaimana lah cara untuk mereka memberitahu anaknya tentang perkara tersebut. Ayah Qaira sendiri yang datang berjumpa semata mata ingin membatalkan majlis pertunangan esok.
Kalau tak hancur, pasti remuk hati anak teruna dia tu. Dia sendiri dapat bayangkan bagaiman sayangnya Rifqi terhadap Qaira. Kenapalah Qaira sanggup buat onar sampai macamtu sekali.
RIFQI mengetap bibirnya lama saat dia melihat ramai sekumpulan wartawan sedang berkerumun di hadapan bangunan tempat kerja Qaira. Hatinya terasa seperti dihenyak henyak dengan kasar. Manusia begitu gigih mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain tanpa mengambil kira bahawa kifarah itu wujud.
Kakinya kemudian mengorak langkah mendekati kawasan yang sesak dengan wartawan.
"Tengku Rifqi Aydeen?!" Namanya diseru oleh seorang lelaki yang diyakini salah seorang wartawaan. Panggilan tersebut membuatkan ramai antara mereka menoleh kearahnya.
Dalam kiraan tiga dua satu, dia menjadi tumpuan para wartawan.
"Tengku, saya dapat tahu yang Tengku rapat dengan Qaira Alana, artis yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Boleh Tengku ulaskan sedikit kontroversi terbaru dia sekarang ini?"
Rifqi tersenyum tipis. "Ulaskan?
"Ya, ulaskan.." kata wartawan lelaki itu yang memjelaskan lagi kata katanya.
"Siapa saya untuk menghukum dan menilai fitnah yang orang lain sebarkan..? Kebenaran akan terbongkar juga tapi bukan begini caranya." Jawab Rifqi tenang. Senyuman dikekalkan.
"Tapi, Tengku.." baru sahaja salah seorang wartawan ingin membalas kembali kata kata Rifqi, seorang rakannya menepuk nepuk bahunya untuk menghentikan tindakan tersebut.
"Tak apa. Bagitahu saja. Semua orang layak berikan pendapat masing masing, Saya akan dengar.."
Wartawan wanita itu mengangguk. "Tapi Tengku, bukankah bukti yang ada sekarang ini sudah cukup terang lagikan bersuluh yang Qaira Alana bukanlah perempuan yang baik.."
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...