SETELAH beberapa jam, Rifqi dibenarkan dikat jamin dengan nilai yang tertentu beserta dengan seorang penjamin, iaitu ayahnya sendiri, Tan Sri Tengku Riezham dengan syarat dia perlu menghadiri setiap sesi sidang mahkamah bagi kes tersebut.
Sedari tadi, Rifqi hanya berdiam diri. Anak lelakinya itu enggan memberikan apa apa kenyataan apabila ditanya pihak polis. Sekarang juga, mulutnya masih terkunci rapat. Senyuman yang dia lihat pagi tadi hilang meruap serta merta.
"Rifqi.." tegur ayahnya sambil dia pandang wajah kepenatan Rifqi yang seperti sedang memendam sesuatu.
"Hmm?" Rifqi statik tidak menggerakkan kepala sedikitpun. Dia masih di posisi memandang karpet alas kaki kereta.
"Ada apa sebenarnya yang dah jadi?"
"Mummy macam mana? Mummy mesti kecewa dengan Rifqi sekarang.. Rifqi nak minta maaf dekat daddy dan mummy sebab buat hal.." ucapnya dengan rasa yang bersalah. Rasa tidak tenang kerana telah direman pihak polis dan menjatuhkan air muka keluarganya sendiri dengan tindakan yang tiba tiba.
"Mummy dengan daddy, percayakan Rifqi. Kami percaya dengan kamu. Lepas dapat tahu pasal semua ni, daddy masih nak dengar penjelasan dari mulut kamu sendiri.." kata ayahnya. Pandangan difokuskan pada pemanduannya.
Rifqi menghela nafas lelah. "Maaf daddy, tapi buat masa sekarang Rifqi tak ada apa apa yang boleh jelaskan keadaan yang sedang berlaku sekarang.. suatu hari nanti, mungkin.."
"Take your times, son."
Tiba tiba telefon ayahnya berdering lalu dengan kadar segera ikon jawab diseret ketengah sebelum dia tekup ke telinga
"Waalaikumsalam. Ya saya. Hah? Apa dia? Baik, saya kesana sekarang " dari nada ayahnya, seperti ada sesuatu yang buruk sedang melanda mereka. Rifqi perhatikan riak wajah ayahnya yang sudah berubah 100%.
"Daddy, ada apa..?"
"Mummy kamu..dia..masuk hospital. Orang gaji kita jumpa dia rebah dalam bilik air.."
LANGKAH dipercepatkan sebaik sahaja dia memasuki hospital. Tidak peduli lagi dengan siapa yang dia langgar mahupun jika tertolak bahu mana mana pelawat yang lain kerana dalam mindanya sekarang hanya bayangan wajah ibunya yang ada.
Wad 781 dimasukinya laju.
"Mu..mmy.."
Dilihatnya seluruh badan telahpun ditutupi penuh dengan selimut putih. Badan Rifqi sudah menggigil kesejukan. Air mata yang dia tahan semakin laju keluar.
"Mummy... mummy... mummy..." Panggil Rifqi bersama esakan kuat tangisannya. Tangan yang masih bergetar itu dia kuatkan jua untuk menarik perlahan selimut dari melitupi wajah cantik ibunya.
Ya, itu..syurga dia.
"No.. this can't be right.. Allahuakbar..." Lututnya rebah ke lantai hospital. Bahu terhinjut hinjut akibat tangisan yang tidak henti henti.
Rasa kepedihan mulai memaku perasaaannya. Pedihnya hati tak terbayang dek akal. Kehidupannya terasa gelap seketika.
Bahunya tiba tiba dirangkul Hadif dari depan. Pelukan dieratkan sambil Hadif cuba menenangkan sahabatnya itu. Dia faham akan rasa trauma dengan kehilangan seseorang. Dalam hidupnya juga sudah beberapa kali dia merasakan kehilangan.
"Mummy aku...syurga aku... Dia sakit..a..pa" bergetar kuat suaranya. Saat itu, dia betul betul tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan apa apa.
"Dia terkena serangan jantung.. "
"A-a..aku..tak..tahu..pun.." rengek Rifqi sambil membiarkan sahaja dirinya dipeluk. Hatinya semakin gusar dan bercelaru bahkan tidak pernah dia rasakan sebegini sebelum ini.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...