BAB 12

2.5K 153 10
                                    

PUNCHING bag itu diperhatikan lama. Mata Farrel tidak beralih langsung dari benda alah tersebut.

"Kau ni dah kenapa? Buang tabiat?" Tangannya hinggap di bahu kiri Farrel.

"Sejak bila ada punching bag dalam private gym ni?"

"Baru je, aku yang suruh diorang tambahkan kat sini. Bilik yang ni je ada punching bag. Yang lain takde"

Sarung tangan tinju yang masih kelihatan baharu itu dipegangnya. "Wah siap ada sarung tangan lagi ni. Nanti aku nak try lah"

"Tak boleh. Bilik gim ni aku dah cop."

"Alahai, kau kan manager hotel ni mana aci nak cop cop macamtu" tangannya masih lagi membelek belek sarung tinju tersebut.

"By the way, petang kelmarin kau hilang ke mana eh? Kenapa tak join meeting, puas aku call.."

"Ada hal." Balas Rifqi bersahaja.

"Jap, jangan cakap kau..."

"Ya, aku jumpa perempuan tu. Aku ugut dia nak bawa rakaman cctv tu ke polis sebab dia dah aniaya pekerja aku kalau dia taknak minta maaf dekat Qaira. "

"Minta maaf dekat cik Qaira? Apa yang dah jadi? Bukan ke cik Lily yang kena hentam dengan dia kelmarin?"

"Kenapa kau nak tahu? Dapat gaji lebih ke kalau tahu semua benda?"

Farrel mencebik. Tanya sikit je pun, itu pun tak boleh. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Apa lah nak jadi.



SARAPAN dihadapannya ditatap lama. Mata memandang roti telur dihadapannya, fikiran melayang teringatkan kejadian kelmarin. Pelik. Sungguh pelik.

"Qaira, makan..." kata Tuan Qayyum sambil memerhatikan anak daranya yang seperti mengelamun jauh memandang makanan atas meja.

Tak makan roti telur ke?

Manalah dia tahu apa yang anaknya suka makan. Ini kali pertama dia mengajak anaknya tinggal dirumah bersama sama setelah beberapa tahun kian berlalu.

Qaira mengangguk perlahan sebelum roti dicapai dan disuap ke mulut. Dia masih belum dapat melupakan apa yang dah jadi semalam antara dia dengan Dhea Adreanne.

Yes, perempuan tu.

Perempuan itulah yang tiba tiba sahaja mengajaknya berjumpa semalam hanya semata mata untuk meminta maaf. Tak ke pelik tu? Haritu bukan main sombong dia berlagak dengan aku. Sepak belakang lutut sikit, dah merengek macam macam depan ayah dia untuk burukkan aku.

Tapi bagaimana semudah itu, dia memberanikan diri untuk meminta maaf pada aku?

Sambil dia berfikir, sambil dia mengunyah perlahan roti telur tersebut. Sedap! Tapi tidak cukup sedap untuk mengalihkan perhatiannya dari berfikir tentang semalam.

"Qaira.."

Wajahnya diangkat memandang Tuan Qayyum yang seakan mahu bersembang. Dia diam sahaja memandang papanya sambil menunggu ayat yang keluar.

"Maafkan papa sebab.. dah tampar Qaira haritu. Dhea dah ceritakan semua yang dah jadi dekat papa.."

Dengar sahaja permohonan maaf dari ayahnya, seleranya hilang serta merta.

"Apa papa cakap? Minta maaf? Okey, let me count.. ini kali ke berapa eh papa minta maaf ?" Kesepuluh jarinya diangkat naik mengikut urutan seperti sedang mengira.

"Tapi apa gunanya maaf tu? After papa minta maaf, papa buat lagi.. lepastu papa minta maaf balik. Semurah tu je ke kata maaf tu bagi papa?" Selamba Qaira bersarkastikus dihadapan Tuan Qayyum. Nada suaranya biasa sahaja namun maksud yang ingin disampaikan begitu dalam sehingga mencengkam mana mana hati yang terasa.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now