"TAK APA, aunty... Qaira boleh makan sendiri" sedaya upaya dia tolak pelawaan untuk menyuapnya kerana dia tidak mahu menyusahkan wanita tua itu. Nanti apa pula yang dikatanya, manja.
Macam yang selalu dia kena dengan aunty Rose...
Selama ni bila dia sakit demam apa semua, tak pernah pun dia disuap.
Sepasang mata wanita tua itu ditatapnya dengan matanya yang agak berkaca kaca. Sungguh, dia rindukan ibunya. Ibu yang tidak pernah dia temui. Yang tak pernah dia lihat wajahnya secara realiti dengan sendiri. Yang tak pernah menerjah masuk ke dalam mimpinya.
Rindu tanpa mengenal insan yang dirinduinya namun dia tahu, insan tersebut pasti sangat menyayanginya.
"Buka mulut.. biar aunty suapkan"
Lambat lambat Qaira buka mulut dan membiarkan Puan Sri Mazni menyuap tortilla wrap tersebut ke mulutnya. Lembut sekali cara wanita itu. Begitu lembut sehingga mampu menyentuh hatinya.
"Sedap?"
Qaira tersenyum nipis dan mengangguk laju. "Sedap, aunty.."
"Makan lah lagi. Rifqi yang nak sangat buatkan tortilla wrap ni. Special untuk Qaira yang special ni ha." Cebisan tortilla wrap disuakan lagi ke mulut gadis itu perlahan lahan.
Qaira juga tidak melawan. Dibiarkan sahaja roti tersebut disuap masuk ke mulutnya. Tanpa dia sedar, air matanya perlahan lahan jatuh mengalir. Entah kenapa dia menjadi begitu manja saat ini. Mengenangkan hidupnya selama 25 tahun ini membuatkan dia terasa sebak.
Selepas 25 tahun, barulah dia merasakan kasih sayang yang persis seperti kasih sayang seorang ibu.
"Qaira? Kenapa ni..? Okay tak?" Pertanyaan itu tidak berbalas. Air mata gadis itu diseka. Bahu diusap usap untuk menenangkan Qaira namun semakin terhinjut hinjut bahu Qaira akibat menangis.
Lantas Puan Sri Mazni bangun dan bertindak memeluk badan gadis itu yang lemah longlai itu. Belakang gadis itu dibelai.
"Shhh Qaira, kenapa ni sayang? Aunty ada buat awak terasa hati ke?" Pelukan tidak dileraikan.
Hal itu dilihat oleh Rifqi dari pintu masuk. Terasa sayu dia memandang dua insan yang sedang berpelukan dihadapannya. Dia faham dan tahu kenapa Qaira menangis.
Ketika dia sedang menyuap Qaira sebentar tadi juga, dia melihat ada sedikit air mata yang bertakung dikelopak mata gadis itu lalu dia memberikan gerakan isyarat tangan kepada Farrel agar bertindak menceriakan hati gadis itu.
Tapi dia tidak tahu pula yang cara yang diambil Farrel adalah dengan mengambil gambar mereka berdua secara tiba tiba. Budak bertuah tu ada ada saja. Cuma yang penting, Qaira gembira.
Ya Allah, redhailah setiap hari harinya. Dia adalah insan yang kuat dari luar namun rapuh dari dalam. Lembutkanlah hati orang disekelilingnya untuk dia dan lembutkan lah hatinya untuk orang orang disekelilingnya. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk dia.
"KAU suka dia kan..?"
Pertanyaan dari Hadif mendapat kerutan di dahi lelaki itu.
"Aku? Suka siapa?" Sofa dibelakang diduduk lalu dia menyilangkan kakinya. Hadif yang sedang duduk dihadapan katil Raisya itu direnung hairan. Pergerakan tangan Hadif yang membelai rambut anak perempuannya itu hanya dipandang.
Ayah mana yang tak sayang anak? Tapi kenapa, papa Qaira menunjukkan cara yang berlainan?
Dia tahu apa yang terjadi pagi tadi antara Qaira dan Tuan Qayyum. Pergaduhan di wad tersebut mendapat perhatian dari jururawat yang lalu lalang dan menjadi bualan hangat di twitter.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...