SELESAI sahaja majlis tahlil untuk arwah isterinya, Rifqi mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Hanya lampu meja sahaja yang dia buka kemudian dia melabuhkan duduk di tepi katil bersandarkan katil itu sendiri.
iPad dipegang lama lalu paparan notes diperlihatkan. Mata melirik pada setiap 'wishlist to do' yang telah disenaraikan oleh arwah isterinya. Sebak. Sumpah sebak.
Wishlist to do with my future husband, Rifqi.
1. Honeymoon to italy
2. Main ice skate
3. Hiking sama sama
4. Matching profile
5. Baca dan habiskan satu novel sama sama
6. Tengok sunset
7. Khatam satu al quran in a month
8. pergi taman tema permainan
9. picnic tepi tasik
10. nyanyi lagu Justin Bieber sama-sama
11. tahajjud sama-sama
12. masak sama-sama
13. dating atas bukit
14. uruskan hotel TGLV sama sama
15. tulis journal sama-sama
16. beli barang dapur sama-sama.
17. setiap kali berbual kena panggil sayang to each other
18. buat taman bunga dekat rumah so that boleh berkebun sama-sama
19. Nak travel satu dunia
20. pillow talk sebelum tidur
21. tiap minggu wajib keluar jalan-jalan and spend time together
22. setia pada yang satu
23. jogging sama-sama
24. Candle light dinner
25. Bina satu kafe book, QAYDEEN'S BOOK CAFESatu demi satu dia baca. Ini sahajalah satu satunya peninggalan arwah isterinya yang dia ada. Air mata kembali bergelinang dan kali ini dia memilih untuk tidak menyeka air mata tersebut. Biarlah sekalipun ia mengalir, dia sudah tidak kisah.
Dan akan dia sempurnakan kesemua wishlist tersebut walaupun secara seorang diri. Demi arwah isteri dia, dia akan lakukannya
Selama ini dia begitu menjaga hati orang lain sehingga melupakan tentang perasaan dia sendiri. Dia selalu mendengar cerita dan masalah dari orang lain, tapi tidak pernah sekalipun dia menceritakan tentang masalahnya.
I know, I am a people's pleaser.
Pemergian Qaira sebenarnya menyedarkan dia bahawa perasaan dia juga perlu diutarakan dan perlu diberikan keutamaan. Kalau bukan dia yang jaga hatinya sendiri lantas siapa??
It's always 'I am okay' but never 'I am gonna be okay'
iPad dipeluk erat seperti sedang melepaskan rindu terhadap arwah Qaira. Tulisannya, cantik sangat persis seperti orangnya.
Qaira, saya rindu awak.. kenapa awak tak pernah muncul dalam mimpi saya? Dah seminggu awak pergi tapi tak pernah sekalipun awak muncul dalam mimpi saya... Saya rindu..saya rindu nak dengar suara awak, my dear.
Pintu diketuk lalu dikuak kecil. Rifqi mengangkat wajahnya untuk melihat siapa gerangan yang sedang berdiri di muka pintu. Nampak sahaja Naufal, terus dia alihkan wajahnya ke tempat lain. Dia tidak mahu rakannya melihat dia dalam keadaan yang begitu menyedihkan.
Naufal semakin menghampiri Rifqi. Tanpa apa apa patah perkataan pun yang keluar, tubuh lelaki itu dipeluknya.
"Kau tahu kan, kau ada aku.. kalau kau nak bercerita, beritahu sajalah dekat aku. Cerita sini habis sini. Luahkan apa yang terpendam lama." Kata Naufal. Pelukan masih belum dilepaskan sambil dia menepuk nepuk belakang Rifqi.
"Aku rindu Qaira..aku rindu isteri aku.. Kenapa dia tak muncul pun dalam mimpi aku? Dia tak rindu aku ke wei? Aku..aku bahkan tak mampu dongak ke langit pun sekarang. Sebab Qaira suka sangat tengok langit, tengok sunset, tengok bulan.." esakan kuat mulai dilepaskan. Dia tak tipu. Hampir semua benda didalam dunia ini dia mampu kaitkan dengan Qaira.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...