BAB 2

4.3K 199 11
                                    

TERKEDU Qaira memandang lelaki dihadapannya sekarang ini. Dari riak wajah lelaki itu, soalan yang dilontarkan sebentar tadi bukanlah gurauan. Itu adalah pertanyaan.

"A-apa dia?" Sekali lagi dia meminta lelaki itu mengulangi soalannya.

"You kerja apa?" Rifqi hanya menurut tanpa berfikir panjang. Dalam hati, dia sudah risau kalau kalau dia ada tersalah cakap. Duduk sini lama lama boleh buatkan dia naik gila. Balik nanti memang kenalah Naufal nanti.

"Saya penyanyi. Tak kenal ke? Takkan tak kenal kot " ketawa hambar dilepaskan perlahan. Damn, this is so embarrassing!

"Tak kenal.."

"Awak duduk gua ke selamani? Handphone canggih canggih letak kat lutut kee??" Meja diketuknya beberapa kali. Kesabarannya hilang serta merta. Mustahil. Ish tak mungkin lelaki ni tak kenal siapa aku!! This is Qaira Alana.

Ouh well, kalau dah hilang sabar memang mulutnya takkan makan saman.

"Is it really important to know you? Its normal if I can't recognize you. Not all human loves music. Famous sangat ke?" Kata Rifqi dengan riak selambanya. Ayat yang pedas menyengat bak cili padi diberi namun disampaikan dalam nada yang normal. Dia memang tidak kenal dengan perempuan itu. Lagipun dia tidak berminat.

Hulamak. Is it important eh?

Qaira sudah mencebik.

"Okay now move on. Awak pula kerja apa? Ermm is it tukang cuci tandas..?" Nadanya seperti mengejek lelaki itu.

"Sekalipun kerja tukang cuci tandas, apa salahnya. Kan halal kerja tu. You shouldn't judge a book by its cover. " Jelas Rifqi. Tangannnya disilangkan ke dada.

Niatnya hanya sekadar mahu mengejek lelaki itu namun lain pula jadinya.

"Jadi betul lah..."

"Apa yang betul?"

"Jadi betul lah yang awak ni bekerja sebagai pencuci tandas?"

"Well, kalau betul pun apa masalahnya. Malu ke bersuamikan cleaner?" Bidas Rifqi. Ayatnya dijelaskan dengan nada yang biasa sahaja namun tajam maksudnya.

What the...heck??

"Saya tak ada cakap pun saya setuju nak kahwin dengan awak."

"Ada aku cakap aku nak masuk meminang kau ke?"

Okay. Jujur. Kalini lidahnya kelu. Rifqi bagaikan tidak henti henti melemparkan cili padi kearahnya. Kalau tak lawan balik, sekurang kurangnya dia kena mengelak !

Kalau orang lain mendengarnya, pasti akan berfikir kami sedang bersembang biasa. Tapi hakikatnya, kami bertikam lidah. Nasib baiklah kat sini cuma ada kami sahaja sebagai customer mereka. Kalau tak, mahu masuk berita kontroversi lagi sekali lah aku ni ya?

Hish menyakitkan hati betul la dia ni. Harapkan muka sahaja yang handsome tapi mulut tuu eee mulut tu memang meminta dicili cilikan!

"Umur kau berapa?" Soal Rifqi. Kalini dia mengubah segala channel agar mereka berhenti berbahas. Dia tahu, Qaira sudah mati akal ingin membidas ayatnya balik jadi dia teruskan sahaja dengan topik lain.

"25"

"Too young. Patutlah." Rifqi mengangguk anggukkan kepalanya. Sekali tengok macam sedang mempersendakan umurnya.

"Awak ni sebenarnya kenapa ehh dari tadi asyik nak cari gaduh aje??" Tangan Qaira dinaikkan ke pinggang dan secara tidak sengaja terlanggar pelayan wanita yang sedang menatang dulang air minuman mereka.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now