BAB 6

2.3K 129 4
                                    

SENGAJA dia lambat lambatkan kakinya untuk turun dari kereta. Orang tengah ramai lagi. Malas pula dia nak berkongsi oksigen dengan tetamu jemputan lain.

Sesak!

Kiri pandang dia toleh. Sempat aplikasi twitter dibuka. Pelik. Takkan takde apa apa lagi pun yang berlaku ?

Jarang jarang aku tak viral dekat twitter. Aku bergaduh dengan pekerja hotel kot tadi. Depan khalayak semua artis pula tu. Takkan lah tak ada. Mungkin kalini nasib mula menyebelahi aku.

Alhamdulillah.

iPhone diseluk kedalam beg tangan berjenama Dior sebelum dia melangkah keluar daripada kereta Bugatti Divo miliknya. Satu satunya kereta yang dia paling sayang memandangkan kereta ini lebih mahal harganya berbanding beg tangannya.

"Welcome in" sapa dua orang lelaki yang berpakaian kemas, segak bersama kot hitam. Lagaknya seperti bellboy.

Qaira hanya mengatur langkah masuk ke ballroom tanpa mengendahkan kedua dua lelaki tersebut. Senyum tidak. Sapa balik pun mestilah tidak.

Pada malam ini, dia menggayakan dress labuh berwarna navy blue disertai tudung shawl berwarna putih yang dililit kemas dikepala.

Kalau ikutkan hati, dia taknak pergi. Tapi memandangkan semua dah set pakaiannya telah tersedia tempah semata mata demi annual dinner ini, nak taknak dia harus pergi walaupun berseorangan.

I am okay. I am fine. Gwenchana.

"WHAT?? I thought you dah blacklist nama dia!"

Lantang gadis bernama Lily itu bersuara di belakang pentas. Hampir pekak lelaki itu dibuatnya.

"Sabar cik Lily. Saya ni mana ada hak nak blacklist nama dia. Jadi, saya dah minta cadangan Tengku dan dia minta kita proceed je terus." Jawab Farrel dengan suara yang cuba dikawal sebaik mungkin. Kan karang ada yang masuk wad pula. Dia ni dah lah baran.

"Macam mana kalau dia tak datang malam ni? Kita nak gantikan dengan persembahan siapa? Awak nak bertanggungjawab??" Lily lagi sekali tidak berpuas hati.

"Kita doa je lah yang baik baik. Awak kan yang bergaduh dengan dia pagi tadi, itu masalah peribadi awak dengan dia. "

"Tapi itu semua melibatkan hotel !"

Pertengkaran kecil mereka itu mengundang Tengku Rifqi Aydeen selaku pengurus besar hotel untuk menghampiri mereka.

"Ada apa ni? Boleh saya tahu?" Tegur Rifqi, dengan suara yang tenang.

"Tengku.."

"Eh tengku.."

Farrel dan Lily saling berpandangan.

"Apa masalahnya? Kenapa gaduh kat belakang stage ni? Kenapa tak bincang elok elok.. majlis dah nak mula.." tegurnya dengan suara yang tidak terlalu perlahan dan tidak juga terlalu kuat. Namun frekuensi suaranya itu cukup untuk didengari oleh mereka bertiga sahaja.

Dia tidak mahu pekerja yang lain juga turut mendengar perbualan mereka. Biarlah dia dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut tanpa menimbulkan apa apa gosip yang boleh menjejaskan nama baik kedua dua pihak.

"Tengku, Lily ni ha tak puas hati kenapa Tengku masih taknak buang artis tadi tu dari senarai performance."

Lily menundukkan wajah. Malu untuk berkata apa apa. Dengan Farrel boleh la. Kalau dengan pengurus hotel ni mana dia berani. Silap haribulan kena resign.

"I didn't know what has been going on between you with that singer. But, people make mistake isn't ? Benda yang lepas biarkan lah lepas. We can't fix what have we left, we can only create the future."

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now