BAB 19

2.3K 136 14
                                    

"KAU okay tak ni, Qaira? Kenapa monyok monyok macamtu?" Tanya Rifqi bersama tisu yang dihulurkan kearah Qaira untuk gadis itu mengelap peluh didahinya. Macam baru lepas dikejar harimau sahaja lagaknya.

"Tak okay" tisu diambil lalu dilekapkan ke dahinya dan dilapnya peluh yang membasahi dahi licinnya. Kemudian dia tumbuk lagi punching bag dihadapannya dengan tangannya secara kasar. Sarung tangan langsung tidak dipakainya.

Budak bertuah...

Buk!

Buk.

"Kenapa? Ada apa dah jadi ke?"

"Saya baru lepas berjaya meloloskan diri dari manager baru yang tak guna tu"

Rifqi menatap Qaira dengan wajah yang berkerut. "Manager baru..?"

"Yes, manager baru. Lelaki pula tu. Papa saya yang upah kononnya nak mudahkan urusan saya padahal dia nak control hidup saya. Ye lah, anak dia ni tak ada kawan nak berbual. Takut nanti bertambah gila pula kan ? But the thing is, manager saya tu lurus eeee stressnya hidup" Bebel Qaira dengan mulut yang memuncung menceritakan apa yang terbuku dihati. Dengan Rifqi sahaja dia mampu bersikap terbuka. Dengan orang lain, lambert lagi.

"Teruk sangat ke manager kau tu?"

Buk.
Punching bag ditumbuk lagi.

"Teruk gila ! Dia tu kannn bukan setakat nak uruskan schedule kerja saya je tapi hidup saya pun dia nak uruskan. Kononnya tu skop kerja dia. Dia macam dah jadi bodyguard tau nak ikut saya kesana sini. Nak drive pun tak bagi, dia ingat saya ada lesen kereta ni untuk tayangan dunia je ke??? Ish nak kata hensem, hensem awak lagi.."

Ayat terakhir membuatkan Rifqi tergamam. Bibir dikemam untuk menahan dirinya dari tersenyum. Aku ni blushing ke? Astaghfirullahalazim, sudah gila aku ya?

"Kau ada kerja lagi ke lepas ni?" Soal Rifqi sekadar untuk mengalihkan topik. Jam tangan dikerling sekejap. Dah pukul 3 sekarang.

"Tak ada dah. Tadi tu last shooting untuk harini lepas tu saya terus lari datang sini jumpa awak. Telefon pun saya dah matikan awal awal. Biar padan muka dia terkapai-kapai cari saya."

"Baguslah.." tiba tiba sahaja luahan tersebut terkeluar dari mulutnya. Wajah dipalingkan kearah tempat lain dan dia tersenyum sendiri. Entah kenapa dia rasa puas hati pula dengan tindakan Qaira. Walaupun tindakan tersebut agak menganiaya pengurus baharunya itu tapi tak apalah.

"Air mana air?" Arah Qaira dengan nada mengada ngada.

Botol air mineral yang dari tadi dipegang oleh Rifqi dihulurkan pada Qaira. Memang dari awal tadi dia dah bawa siap siap air, sebab dia tahu yang biasanya kalau Qaira datang sini dia datang sehelai sepinggang je.

Haus, lapar semua dia tolak tepi.

Bunyi deringan handphone milik Rifqi mengalihkan perhatian mereka. Id nama yang terpapar dipandang sebelum dia menyeretkan ikon jawab di skrin.

"Assalamualaikum. Ya...? Hah apa dia?"

Nada terkejut dari Rifqi membuatkan Qaira berhenti minum. Jantungnya tiba tiba rasa tidak tenang seolah olah sesuatu yang buruk bakal menimpanya.

Setelah panggilan dimatikan, wajah Qaira ditatapnya dengan muka yang agak muram dan sedih. Dapat dilihat betapa berbezanya sebelum dan selepas Rifqi menerima panggilan tersebut.

"Naufal call.."

"Dia cakap apa.."

"Raisya, Raisya..masuk ward."

Menggigil mata Qaira saat mendengar berita tersebut. Dada diurut urut. Semakin laju denyutan jantungnya. Apa yang dah jadi? Kenapa hatinya semakin gelisah.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now