"QAIRA taknak dia, pa.. Qaira tak buat semua tu" tempik Qaira kuat. Satu ruang tamu bergema dengan suara gadis itu.
"Sekalipun kau dah jadi gila, aku tak peduli lah! Aku nak kau kahwin jugak dengan dia" dahi Qaira ditunjal kasar. Wajah gadis itu sudah kemerahan dan sembap kerana menangis yang agak lama dari semalam lagi kerana memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari ini...
"Papa, percayalah cakap Qaira" rayu gadis itu. Tangan ayahnya dia genggam kuat namun tidak sampai sesaat digertak kasar oleh Tuan Qayyum. Barangkali jijik dengannya.
"Papa tak patut besarkan Qaira. Papa menyesal... Tak pernah sekali pun Qaira banggakan papa.." getusnya membuatkan Qaira membulatkan matanya.
Tak pernah? Tak pernah atau dia sahaja yang tak nampak? Usaha aku sepanjang aku bersekolah, tak pernah sekalipun dia hargai dan puji hasil keputusan cemerlang aku. Yang dia tahu, maki aku apabila aku mendapat markah yang kurang baik dari orang lain.
"Papa yang buta sebab tak nampak.." bidas Qaira, masih mahu melawan walaupun keadaan diri sendiri sudah di paras nyawa nyawa ikan.
"Dah jadi macamni pun kau masih nak derhaka dengan aku sial?" Hampir. Hampir sahaja sebuah tamparan melekat di pipi mulusnya, tetapi terganggu apabila salam diberi.
"Tuan.."
Sebaik sahaja Darwish masuk ke rumah,
tumbuhan kasar dia sasarkan ke muka lelaki itu. Sekaligus, terteleng wajah lelaki itu kesebelah kiri."Datang pun kau, tak guna!!" Herdik Tuan Qayyum.
Wajah Darwish yang sudah terpacul dihadapan memberikan sinar harapan untuk Qaira menegakkan kebenaran yang sebenar. Dia dapat rasakan bahawa Darwish akan memberitahu perkara sebenar yang terjadi antara mereka.
"Darwish.. beritahu papa saya, kita tak buat apa apa pun kan? K-kita tak ada apa apa pun.." beritahu Qaira dengan bersungguh-sungguh memandang Darwish sahaja yang boleh diharapkan buat masa sekarang.
"Saya minta maaf, tuan.." balas Darwish sambil menundukkan kepalanya kearah tuan Qayyum. Terbeliak mata Qaira mendengar permintaan maaf tersebut.
Bagaikan kaca jatuh ke lantai, harapannya hancur berkecai.
Seraya dia bangun lalu mencengkam kolar baju lelaki itu.
"Kenapa awak minta maaf? Apa maksud awak dengan minta maaf? Kita tak buat salah pun, awak janganlah putar belitkan cerita!" Tengking Qaira sambil mengoncang kolar baju lelaki itu dengan sekuat tenaga. Pipinya kembali basah melihat lelaki itu memandang kosong kearahnya seakan pasrah.
"Awak dah gila. Kenapa awak buat saya macam..ni? Tolonglah.. tolonglah.. tolonglah jangan macamni, awak. Tolonglah... Apa dosa saya dengan awak.. janganlah.. saya taknak kahwin dengan awak.." Teresak esak Qaira menangis sambil merayu lelaki itu untuk berterus terang. Kolar lelaki itu digoyang lagi dengan kudratnya yang semakin lemah.
"Terima sajalah, Qaira.." ucap Darwish membuatkan Qaira meraung seperti orang yang hilang akal. Terima? Terima hukuman untuk kesalahan yang dia tak buat? Mustahil..
Buk. Qaira jatuh terjelepok ke lantai saat badannya ditolak kasar oleh ayahnya. Tuan Qayyum mencebik dan menyampah melihat 'drama air mata' dihadapannya saat ini.
"Semua dah jelas... KAU NAK TERANGKAN APA LAGI, BUDAK?!" Jerkah Tuan Qayyum sambil mengoncang kuat bahu anak perempuannya yang sedang terhinjut hinjut kerana menangis.
"Papa..." Rengek Qaira yang sudah menangis tanpa henti. Dia mahu membantah sekeras kerasnya. Dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang penipu seperti Darwish.
"Assalamualaikum, saya minta maaf sebab dah menganggu keluarga tuan.." ucap Rifqi sambil berjalan menghampiri mereka. Di sampingnya ada Naufal yang sudah pucat mukanya memandang Qaira yang terduduk di lantai dengan riak wajah yang kurang bermaya itu.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...