FAIL dibuka dan helaian kertas yang tertera surat penceraian dari mahkamah dia berikan. Reanna kaku. Surat tersebut dia pandang bersilih ganti dengan wajah serius Hadif.
"Apa semua ni?" Tanya Reanna.
"Hari isnin minggu depan kita jumpa dekat mahkamah."
"Saya tanya awak apa semua ni? Saya taknak bercerai lah, stop talking ridiculous!!" Suara wanita itu naik meninggi. Kertas dirampas dari tangan Hadif lalu dia koyak kasar sehingga menjadi serpihan kecil. Kertas kertas yang bertaburan di lantai ditatap kosong oleh Hadif. Dia memang sudah jangkakan reaksi Reanna dari awal lagi.
"Reanna, terima lah yang jodoh kita ni tak panjang..."
"N-no.." tempiknya garang.
Air mata mulai membasahi pipi wanita itu. Teresak esak dia menangis dihadapan suaminya."Sakit hati saya.. sampai hati awak buat saya macamni, dulu awak tak macamni pun.." tangan menepuk nepuk dadanya yang sesak kerana menangis.
"Ini semua demi awak juga.. Awak takkan bahagia dengan saya. Kalau awak bahagia, awak takkan tinggalkan saya untuk jangka masa yang lama. Cukuplah Reanna. Kita boleh hidup tanpa bergantung pada satu sama lain."
"Awak masih cintakan saya kan?"
Hadif melepaskan keluhan kecil. "There's no a day passes without loving you. But what is the use of this love if it can't make both of us happy..."
"So why not we started over again..?" Bahu Hadif dia goncang kuat. Merayu rayu dia meminta Hadif untuk mempertimbangkan balik keputusannya.
"You know me, Reanna.."
Semakin kuat esakan tangisan wanita itu. Terasa seluruh jiwanya hancur dimamah harapan sendiri.
"Sakit.." bahagian dada kiri tempat terletaknya jantung dia sentuh dan usap perlahan. Sakit... sakit sangat..
Hadif menundukkan wajahnya. Tidak sampai hati dia ingin melihat isterinya menangis sebegitu rupa. Dia juga turut bersedih bahkan sangat sedih tetapi jika ini yang terbaik untuk mereka berdua, dia sanggup.
Tipulah kalau dia tak rasa apa apa. Dia sayang Reanna lebih dari dirinya sendiri. Disebabkan rasa sayang itulah, dia tidak pernah memandang mana mana perempuan lain walaupun setelah Reanna pergi meninggalkannya selama enam tahun tanpa khabar berita yang jelas. Cuma, sedikit sebanyak dia mula rasakan yang Reanna lebih layak dapat yang lebih baik..
"Please pertimbangkan balik.. saya mohon sangat sangat. Saya taknak hilang awak. Saya.. perlukan awak, Hadif." Rayu Reanna dengan muka yang memerah. Baju tshirt berkolar lelaki itu dia genggam kuat.
Rayuan demi rayuan, Hadif hanya mendiamkan diri menahan rasa sebaknya. Dia juga tidak ingin berpisah tetapi dia juga tidak mampu lagi menahan semua luka yang dia pendamkan selama ini.
KELUAR sahaja dari pintu rumah Hadif, matanya menangkap sosok wajah gadis yang sedang berpimpin tangan dengan anaknya. Mata Reanna yang masih kuyup itu memandang tajam kearah gadis yang kelihatan begitu mesra dengan Raisya.
Hadif telah keluar ke Hospital setengah jam yang lepas, hanya dia sahaja yang berada di rumah buat masa sekarang. Menangis bagai nak rak, tetapi langsung tidak mampu mengubah semula keputusan suaminya itu.
Sejenak dia terfikir, mungkin Hadif berubah kerana wujudnya orang ketiga. Dan orang ketiga tu tak lain tak bukan...
Adalah orang sama yang dia jumpa dekat Hospital dan sekarang ni terjumpa lagi di sini. Rumah Hadif. Memang tak salah lagi, dia pemusnah rumah tangga aku!
"Nanti kita keluar jalan sama sama lagi tau. " Ujar Qaira. Badannya ditundukkan. Tangannya naik mengusap pipi Raisya.
Raisya tersenyum sambil dia mengangguk laju. "Janji tauu"
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...