QAIRA diam tidak berkutik setelah mendengar pengakuan tiba fiba dari pengurusnya itu. Apa semua ni?
"Awak bergurau ke, Darwish?" Anak matanya memandang lelaki dihadapannya itu secara keatasdan ke bawah.
"Nope, I am serious"
"Saya sebenarnya tak berani nak luahkan perasaan saya ni tapi lepas saya dapat tahu yang cik pun suka dekat saya juga...saya.." sambung Darwish lagi. Sepasang mata cantik dihadapannya dia renungkan.
"Kejap, saya suka dekat awak? Bila masa?" Soal Qaira kehairanan.
"Tadi, bukan ke cik sendiri yang cakap yang plan cik tak menjadi? Sebab saya kan? Sebab saya yang tiba tiba keluar tadi, jadi cik tak boleh nak teruskan plan cik tu.."
Qaira menelan air liur. Damn it. Keadaan dah jadi semakin kucar kacir. Nampaknya dia ni dah salah faham. Tapi macam mana aku nak leraikan salah faham antara kami sekarangni. Aku bukannya Rifqi, tahu menjelaskan tanpa menyakiti.
"Cakaplah apa yang cik nak cakap.." ujar Darwish setelah tersedar yang dia sudah terlalu jauh. Sebenarnya rasa malu sudah membahang wajahnya. Bukan main yakin dia luahkan perasaannya sebentar tadi.
"Darwish, hmm orang yang saya suka tu bukan awak. Saya tak tahu pula yang awak ada menaruh perasaan dekat saya tapi... nak buat macam mana, saya anggap awak sebagai pengurus saya saja." Jelas Qaira. Dia sendiri juga sudah mula merasa kekok. Yalah, siapa yang tak kekok kalau tiba tiba je datang confess.
Agaknya macamtulah perasaan Rifqi masa aku mula mula confess dekat dia kot?? Heipp tak, tak.. Rifqi dengan aku lain. Kisah cinta kami takkan sama dan wujud macam cerita orang lain.
Qaira kemudiannya mengangkat wajahnya memandang riak wajah lelaki yang sudah berubah. Rasa bersalah tapi cinta kan tak boleh dipaksa. Hatinya terasa berat ingin meminta maaf kerana dia fikir yang itu bukan salahnya. Darwish pula sudah terkebil kebil, tidak tahu ingin mengungkapkan apa apa kata lagi setelah cintanya ditolak. Untuk pertama kali, dia merasakan dia sudah ditemukan dengan cinta sejati, ternyata bukan.
"Memang dah tak ada harapan ke untuk kita?" Suaranya agak tersekat sekat saat itu. Dia sangat sangat berharap yang Qaira boleh mempertimbangkan semula jawapannya.
Namun jangkaannya menghampakan tuan badan. Qaira menggelengkan kepalanya perlahan. "Dari awal, saya cuma sukakan dia.. Cuma dia. Saya tak rasa yang saya mampu buka hati saya untuk orang lain. Saya harap, awak tak terasa hati dan kita boleh bekerja macam biasa saja selepas ini..ya?"
Darwish menundukkan kepalanya memandang lantai. Matanya dipejam rapat seperti sedang menahan rasa sedih. Sakitnya rasa bila cinta ditolak. Sakit betul rasanya bila cintanya cuma bertepuk sebelah tangan.
Aku fikir dengan memejamkan mata aku, air mata yang mahu membanjiri pipi aku akan lenyap dengan serta merta, tapi semakin bercambah pula rasa sebak didada aku. Aku betul betul sukakan dia... aku sanggup buat apa sahaja kalau diberikan peluang. Tapi, pintunya juga sudah tertutup, bagaimana mungkin aku dapat masuk?
Aku yakin aku boleh bertanding dengan seribu orang yang mencintai dia, tapi aku juga yakin yang aku akan kalah dengan seorang lelaki yang dia cintai.
Dari jauh, mereka diperhatikan Reanna. Dah memang lumrah perempuan, semua benda dia nak perhati.
"Sayang tengok apa? Pandang lelaki lain ke?" Tanya Hadif. Matanya mengecil memandang isterinya.
"Tengok tu. Qaira dengan siapa tu?" Jari dituding kearah tempat mereka berdua berada. Hadif agak terperanjat. Cepat cepat dia tepis dengan lembut jari sang isteri.
"Jangan main tunjuk macamtu je, sayang. Nanti orang salah faham"
"Sorry, tak perasan pula"
Reanna senyum tidak bersalah. Kepalanya diusap lembut oleh Hadif. Comel..
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...