BAB 20

2.6K 158 17
                                    

Tombol pintu dipulas sebelum Hadif bertindak menolak pintu wad 105 itu. Dia perlu tahu siapa insan yang sanggup menjadi penderma buah pinggang kepada anaknya.

Dia perlu berterima kasih, bahkan dia dengan rela hati sanggup memberikan ganjaran. Pemberian tersebut sangat berharga baginya kerana ia dapat mengembalikan semula kesihatan anaknya,Raisya.

"Assalamualaikum.." Ucapan salam diberikan seraya dia menghampiri katil hospital dihadapannya.

Wait..

Langkahnya terhenti saat mereka berdua saling berpandangan. Perempuan yang berbaring diatas katil itu dan Hadif saling bertatapan antara satu sama lain.

"Doktor, "

"Qaira...?" Matanya masih tidak lepas dari memandang perempuan dihadapannya itu. Sukar untuk dipercayai. What a miracle to see her here?

"Kau, kau ke yang akan dermakan buah pinggang kiri kau pada Raisya?"

Qaira mengangguk perlahan. Dia masih menunggu Hadif menghabiskan segala ayatnya.

"But why?" Lepas apa yang dah jadi, dia masih mahu jadi penderma untuk anak aku? Walaupun aku dah layan dia dengan sangat kejam.. dia masih mahu bantu keluarga aku?

"Saya ikhlas bantu dia. Untuk membantu, kita tak perlukan alasan. Cukuplah dengan hati yang ikhlas. Perjalanan dia masih panjang, Raisya baru je nak mengenal dunia ni. Tak ada salahnya kalau saya cuba membantu "

Penjelasan dari gadis itu menusuk tepat ke jantungnya. Mata Hadif sekali lagi berair. Kelopak matanya bertakung penuh dengan air mata. Lantas dia seka dengan laju.

"T..t..t-terima ka..sih, Qai..ra.." nadanya tersekat sekat menahan sebak dihatinya. Ayah mana sahaja yang tak sedih dan terharu bila ada yang sanggup berkorban demi anaknya. Dia sendiri pun tak dapat nak membantu disebabkan kumpulan darah mereka yang berbeza.

"Tak apa.. " belum sempat Qaira menyambung ayatnya, percakapannya dipotong.

"Aku dah banyak buat salah dengan kau. Sepanjang perkenalan kita, aku tak pernah bersangka baik dengan kau.." berkali kali air mata jatuh, berkali kali juga dia kesat dengan tangannya.

"Aku tahu ucapan terima kasih aku takkan pernah dapat membalas jasa dan budi baik kau. Kau, kalau perlukan apa apa, minta sahajalah dengan aku." Sambung Hadif lagi.

"Saya tak ada apa apa pun nak meminta. Kalau saya minta doktor suruh Rifqi pinang saya pun tak boleh jugak.." entah bila dia pandai bergurau, mungkin selalu sangat bergaul dengan Naufal.. kot?

"Takkan tak ada apa apa pun yang kau nak buat masa sekarang?"

"Hmm apa kata kalau doktor doakan je operation transplan esok berjalan dengan baik. Itu yang terbaik. "

"Tapi Qaira.." Hadif masih lagi mahu bertanyakan sesuatu. Wajah Qaira yang memandangnya ditatap kembali.

"kenapa kau berkeras nak teruskan juga dermakan buah pinggang tu. Based on ujian saringan dari makmal, ujian darah kau okay, ujian diagnostik pun kau okay. Xray, ultrasound, CT scan pun okay. But your penilaian psikologi..."

"Abaikan je lah." Bantah Qaira.

"Kau ada masalah anxiety dan depression. Agak bahaya kalau nak teruskan.. dan kita perlukan tandatangan dari waris kau"

"Dia akan datang esok, which is ayah saudara saya. Saya dah inform manager saya untuk dia minta ayah saudara saya wakilkan papa untuk turunkan tandatangan esok pagi. Dan tentang depression or anxiety... I didn't mind that. Saya tahulah apa saya buat. Lagipun semua tu akan bagi consequences dekat saya je kan? Takde kena mengena dengan Raisya kan?"

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now