BAB 11

2.4K 130 18
                                    

"TENGKU, "

Rifqi menoleh ke belakang sebaik sahaja dirinya dipanggil. Sepasang mata milik lelaki dihadapannya itu dipandang, menunggu khabar berita yang ingin disampaikan olehnya.

"Kita dapat tempahan dewan makan secara mengejut dari QAYY'S HOLDING" ujar Farrel dengan nafas yang termengah-mengah mengejar langkah Rifqi tadi.

"Untuk bila dia booking tu?"

"Malam ni"

Keningnya terangkat sebelah. "Malam ni? Tak ke terlalu tiba tiba? Batalkan je lah."

"Tapi Tengku, dia dah buat payment 100%"

"Refund je la duit dia tu. Booking last minute macamtu nak mendera pekerja aku ke apa? Front office department takde cakap apa apa pun kat aku sebelum terima booking diorang tu?"

"Sebab aku yang nak jelaskan sendiri kat kau. Reciptionist cakap CEO dia sendiri yang desperate sebab hotel yang dia dah booking sebelum ni kena cancel tiba tiba " balas Farrel. Kata katanya mengusutkan lagi fikiran Rifqi.

"Kalau macam tu nak tak nak kena proceed juga lah. Pihak conference and events boleh teruskan kerja diorang uruskan dewan makan tu. Any inquiries boleh direct bagitahu aku. Sempat lagi sebelum malam ni. Sekarang baru pukul 10pagi"

"Tengku..." Mata Farrel masih lagi membulat memandang skrin telefonnya.

"Ya? Apa lagi?"

"Pihak diorang nak minta kita siapkan sebelum pukul 5 petang nanti sebab diorang nak datang jenguk untuk preparation kita—"

"Oh shit"

Bagi paha nak betis pula aku lepuk karang berterabur gigi ceo tu kang. Dahlah tempahan pun mendadak lepastu banyak pula songehnya.

Sabar Rifqi..sabar..

Dewan makan yang ditempah itu ditujunya bagi melihat persiapan yang telah dilakukan oleh pekerjanya yang lain.

"SUDAH, jangan suruh saya curi apa apa lagi. Saya dah trauma jadi pencuri. " Kata Farrel sambil menggeleng gelengkan kepalanya. Hayoyo.

"Apa awak ni ? Saya cuma nak tanya awak mana Rifqi aje. Saya nak ajak dia makan"

Farrel tersengih kecil. "Apa lah cik ni. Saya ingatkan kenapa lah tadi tarik tarik lengan baju saya. Terkejut titew. "

"Cepatlah bagitahu, Rifqi kat mana?" Tak menyabar sungguh. Asyik nak gesa orang sahaja Qaira ni.

"Tengku sibuklah harini. Cik datang lain kali lah. Kenapa tak call dia dulu sebelum datang kan dah rugi minyak kete"

"Saya mana ada nombor dia" Qaira berpeluk tubuh. Dengan yakin sekali dia menjawab.

"Habistu macam mana korang berkawan kalau takde nombor masing masing?" Matanya mengecil memandang Qaira. Haritu dekat lif bukan main lagi eh.

"Macam ni lah. Nak macam mana lagi?" Cantas Qaira. Ya, beginilah cara dia berkawan dengan Rifqi. Setiap kali selepas habis keluar shooting dia akan singgah ke TGLV hotel dulu. Kalau dia tak sibuk, ajak makan. Kalau dia sibuk, aku balik la.

Aku tak kisah kalau dikatakan sebagai orang yang beria. Sekurang kurangnya inilah usaha aku untuk tunjukkan dekat dia yang aku BETUL BETUL NAK KAHWIN DENGAN DIA.

"Wait. Apa kata kalau saya ambil nombor awak je. Senang kalau ada perempuan menggeletis dengan dia, awak report dekat saya"

Farrel terkedu. Riak wajah Qaira itu nampak serius je tapi kenapa cara dia bercakap tu macam bergurau?

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now