BAB 27

2.3K 135 38
                                    

MATANYA memandang tepat kearah Hadif yang berkot putih itu, tampaknya sedang berbual bual dengan seorang perempuan. Sedikit sebanyak terbit rasa cemburu didalam hati Reanna.

Sebelah tangan Reanna memimpin tangan Raisya, sebelah tangan lagi setia memegang plastik yang berisi bekal makanan yang dia siapkan dari awal pagi tadi sebelum dia datang untuk melawat Hadif bersama Raisya. Sengaja dia jadikan Raisya sebagai alasan untuk dia bertemu dengan suaminya. Itu sahaja alasan yang dia ada.

Dia mahu memulakan kembali kehidupan mereka. Tebus semula kesalahannya, pertahankan perkahwinan mereka.

"Mommy, jomlah. Daddy kat depan tu dengan kak Qaira."

"Kak Qaira?" Sekali lagi Reanna agak terkedu memandang anaknya yang tahu tentang siapa gadis yang sedang berbual dengan suaminya itu.

"Ya, tu kak Qaira."

"Siapa dia?"

"Kak Qaira tu artis. Raisya minat sangat dengan dia. Semua lagu dia best best. Mommy tak kenal ke dia?"

"Hmm macam kenal tapi tak tahulah. Qaira Alana ke?"

"Haaa yangtu lah mommy!! Mommy minat dia juga kee?" Raisya nampaknya teruja setelah mendapat tahu ibunya mengenali artis kegemarannya. Senyumannya langsung tidak lekang dari bibir anak kecil itu.

"Tak.. mommy tahu nama dia je." Bohong Reanna. Sebenarnya dia tahu je siapa Qaira Alana. Artis yang tengah naik kot sekarang ni tapi mood nya agak merudum melihat gadis terkenal itu sedang berbual dengan suaminya.

Setahunya, Hadif jarang bercakap dengan perempuan. Rapat pun tidak..

Dia dah berubah ke?

Raisya diam seketika. Raut wajah ibunya diperhati. Kenapa sedih sahaja air muka ibunya saat itu?

"Mommy jommmmm kejar daddy!!" Jerit Raisya dengan nada terujanya sambil dia menarik tangan ibunya. Sekaligus Reanna membiarkan sahaja dirinya mengikut jejak langkah anaknya yang bertindak mendekati Hadif.

"Daddyyyy!!" Panggil Raisya, manja. Kaki ayahnya dipeluk erat.

"Eh Raisya! Dah sihat ke awak ni?" Sapa Qaira lalu dia duduk mencangkung untuk menyamakan ketinggian mereka. Dibelai lembut rambut Raisya.

"Dahhh. Akak buat apa kat hospital ni?"

"Saja je. Akak baru lepas habis appointment. Alang alang tu nak try daddy awak. Boleh ke?" Gurau Qaira yang mengejutkan Reanna yang berada dibelakang Raisya. Riak wajahnya berubah serta merta.

Entahlah. Sejak bila dia pandai bergurau pula ni haduh effect Naufal agaknya.

"Try tu apa?" Tanya Raisya.

Hadif tergelak kecil. "Tak payah hiraukan dia tu, Raisya. Rifqi kau nak tinggal kat mana?"

"Ala saya gurau je la. Siapa yang nak kat doktor ni? Maaf, Rifqi lebih menarik.." kata Qaira dengan rasa megahnya. Crush tetap nombor satu.

"Dah tahuu dah. Tak perlu ulang banyak kali pun." Balas Hadif. Dah kenal sangat dah dengan budak ni. Mendengar cara Hadif berbual dengan Qaira membuatkan Reanna semakin cemburu tetapi dia diamkan sahaja.

"Obvious sangat ke?"

"Tipulah kalau cakap tak." Kata Hadif yang mengundang senyuman Qaira yang semakin melebar.

Kemudian sepasang mata Qaira beralih pada wanita yang berdiri bersama mereka saat itu. Berambut panjang paras bawah bahu. Berbaju lengan panjang biru tua bersama seluar palazo putih. "Siapa ni, doktor?"

"Dia.."

"Saya tunggu kat kafe dengan Raisya." Pandangan beku sahaja yang Reanna tunjukkan saat itu. Tangannya segera mencempung tubuh kecil anaknya lalu dia dukung. Tidak menunggu lama, kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now