GAUN berwarna ungu yang dia kenakan pada malam ini dia betulkan sedikit. Diatas nasihat bakal tunang, dia turutkan dan dia tetap hadir ke majlis anugerah pekerja di Hotel Pandora Silver yang tersergam mewah di Putrajaya.
Sebenarnya, Rifqi juga ada beritahu yang dia turut dijemput hadir tapi disebabkan oleh kekangan masa dan dia mempunyai urusan lain berkaitan hotelnya, dia terpaksa wakilkan Farrel sebagai pengganti nya.
Farrel pun Farrel lah. Tak adalah sunyi sikit dia dekat sana. Pengurus dia juga ada sahaja di sana. Cuma, lepas kejadian aku tolak cinta dia... Aku dah tak berani nak berbual lama lama dengan dia.
"Cik Qaira !!" Sapa suara garau dari belakangnya.
"Eh Farrel ! Dah lama juga tak jumpa awak kan?" Ujar Qaira teruja. Sejak beberapa hari lepas kan dia sibuk dengan persiapan tunang, manalah sempat dia nak borak dengan Farrel. Dalam Whatsapp pun dah sunyi sepi sejak dia telah mendapatkan nombor telefon Rifqi. Biasanya dia mengumpat je dengan Farrel pasal Rifqi. Korek rahsia sikit sikit.
Tapi dah nak jadi tunang orang kan, kena behave lah sikit. SIKIT.
"Memang lah tak jumpa, cik kan sibuk nak uruskan majlis tunang tu. Tahniah cik" ujar Farrel bersama senyuman.
"Saya tunang pun belum wak. Awal betul tahniahnya?" Farrel tergelak kecil saat ditegur sedemikian. Entahlah, dia pun tak tahu kenapa awal sangat dia ucap tahniah.
"Erm awal awal lah, tak kalut" selamba Farrel menjawab mengundang ketawa kecil dari Qaira.
"Awak pula macam mana, Farrel? Bila nak kahwin?"
"Eh eh dia tanya kiter pula. Saya ermm saya belum berjumpa orang yang tepat lagi lah, cik. "
Mereka berdua semakin sakan berborak mengundang perhatian dari Darwish yang berdiri jauh 2 meter dari mereka. Dipandangnya dua manusia itu dengan rasa gementar.
Darwish mengeluh perlahan saat telefonnya berdering meminta dia untuk menjawab panggilan dari adiknya dengan kadar segera.
"Ya?"
"Abang dah ready ke dengan plan kita..?" Tanya Dania dengan nada serius.
"Abang tak pasti.. Patut ke kita teruskan, abang tak sampai hati nak buat macam tu dekat dia."
"Abang, please lah. Semua ni untuk kebaikan kita. Ini saja cara dia. Tak payahlah kesiankan dia. Dia reject abang tak apa pula? Teruskan je plan tu. Ingat, bagi campur dua paket serbuk ubat tidur tu dalam air dia."
"Ya, abang ingat."
"Baguslah. Jangan teragak agak. Buat je, abang. Plan ni confirm jadi."
Darwish mengangguk lalu talian dimatikan. Cara ni salah tapi ini saja cara yang ada untuk dapatkan Qaira. Kalau dia dapat Qaira, adik dia akan dapat Rifqi. Jadi its a win win situation for both of us.
Cara yang berisiko tapi mampu menjamin keberkesanannya.
Air liur ditelan kesat. Semakin rasa tertekan apabila mengingatkan balik tentang rancangan adiknya. Dia masih ragu ragu ingin meneruskan tapi dia perlu. Dia perlu buat demi diri dia sendiri.
"Darwish.." sapa Qaira menyentakkan dia yang sedang hanyut dalam fikirannya jauh.
"Awak okey ke?"
Darwish mengangguk. Peluh di dahi dia kesat perlahan dengan tangannya.
"Ada apa cik cari saya?"
"Persembahan saya yang keberapa ya? Saya rasa sebenarnya sekarang ni rasa nak lah juga makan makan sikit. Tapi takut tak sempat."
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...