"RIFQI ! Rifqi ! Rifqi !" Panggil Qaira sambil kakinya tergesa gesa mengejar langkah Rifqi yang mahu melangkah masuk ke dalam lif.
Terhinjut bahu Rifqi, terkejut mendengar namanya dipanggil kuat sebegitu. Dah macam monyet dah terlolong nama dia macamtu.
"Astaghfirullahalazim. Dah kenapa kau lari ? Dahlah pakai heels, bahaya nanti " ujar Rifqi dengan nada yang menasihati. Lantai hotel aku ni kadang kadang tak ada lesen jugak. Kalau licin mahunya tergolek jatuh masuk wad.
"Saya datang membawa hajat ni. " Qaira menarik senyumannya lebar.
"Tandas ada kat sebelah sana je" jari telunjuknya dihalakan ke sebelah kiri lobi.
"Bukan hajat yang tu lah !!!" Marah Qaira. Dia ingat aku nak membuang hajat ke apa ni?
Rifqi melepaskan tawa kecil. Seronok pula dia sakat orang. Qaira dihadapannya sudah mencebik bibir.
"Sorry laa. Saja je gurau. Sorry eh?"
Qaira diam.
"Qaira, aku minta maaf ni.."
Masih diam.
"Qaira Alana binti err aku tak tahu nama bapak kau... Tapi yang penting aku betul betul minta maaf sebab dah sakat kau sikit. Kau maafkan aku tak?"
"Qaira Alana Binti Qayyum." Balas Qaira.
"Huh?"
"Nama saya, Qaira Alana Binti Qayyum. Hafal awal awal lah. Senang sikit masa nak ijab qabul nanti"
Rifqi berdehem kecil. Dia tak tahu nak cakap apa dah. Qaira ni dah kenapa? Saja nak buat aku jadi bisu pula.
"Gurau je la. Walaupun saya sebenarnya serius." Kedua dua lengannya bersilang di pinggang. Kan dah tercengang tu. Padan muka.
"Apa apa pun, aku minta maaf sebab tadi. Kau maafkan tak?" Cepat cepat Rifqi tukar channel. Makin melarat je budak depan aku ni.
"Okay saya maafkan. Ishh penting ke jawab maafkan ke tak? Kalau diam tu maksudnya saya dah lupakan je la. Benda kecil je la tu" balas Qaira. Wajah tampan Rifqi dipandangnya dengan reaksi jengkel. Hal kecil pun nak perbesarkan.
"Mana boleh lupakan. Sedangkan dosa dosa kecil kita pun boleh berubah jadi dosa besar. Don't take anything for granted, sometimes it didn't go like how you expect.."
"Baiklah awaknyee"
Ting.
Pintu lif terbuka lalu Rifqi segera melangkah masuk. "Aku pergi dulu. Assalamualaikum"
TANGANNYA bersilang di dada. Dah kenapa budak ni ikut aku sampai lif? Sepasang mata berwarna hitam gadis itu dipandang sekejap sebelum dia menundukkan pandangannya.
"Kau dah kenapa ikut aku ?" Sebelah keningnya terangkat.
"Kan saya dah kata saya datang ni membawa hajat"
"Aku dah cakap kan tandas kat sebelah kiri lobi tadi— ok ok aku tak sakat dah." Ayatnya terus diubah sebaik sahaja jelingan tajam dilemparkan kearahnya.
Hanya mereka berdua dalam lif.
Kekok gila.
"Cakaplah cepat, tingkat 14 dah nak sampai awaknyeee" gesa Rifqi. Kenapalah lambat sangat dia nak sampaikan hajat dia tu?
"Sabar lah. Saya kena susun ayat dulu ni"
Rifqi menjengilkan matanya. Tadi orang main main, dia marah. Dia main main tak apa pula?
"Okay hurmm"
Ting.
Baru sahaja Qaira ingin memulakan ayatnya, pintu lif sudah terbuka menandakan mereka telah sampai ke tingkat 14.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...