BAB 28

2.3K 127 2
                                    

TERSENTAK Qaira saat anak kecil itu bertindak memeluknya erat. Segala tangisan dilepaskan pada bahu Qaira. Jatuh rasa kasihan dia pada Raisya tanpa dia mengetahui alasan gadis kecil itu menangis dalam pelukannya.

Perlahan lahan dia angkat tangannya memeluk kembali badan Raisya. Belakang Raisya dia usap lembut..

"Raisya kenapa ni? Kenapa awak nangis? Ada yang buli awak ke?"

Semakin kuat esakan tangisan budak itu. Qaira faham. Hati kanak kanak itu pasti sangat terluka. Dulu dia juga begitu tapi bezanya tiada yang akan pujuk.

Setelah Raisya bertenang, barulah Qaira berani untuk mengajukan soalan lagi sekali. Tertanya tanya juga kenapa Raisya tadi tiba tiba mengajaknya berjumpa. Call guna nombor telefon Hadif pula tu.

Rambut hitam pekat Raisya dibelai. "Heii cantik, siapa buat awak nangis? Kak Qaira kan ada, cerita lah dekat akak.."

"Mommy dengan daddy gaduh.." kata Raisya dengan mukanya yang masih sembap.

"Gaduh?" Pipi Raisya dia usap berhati hati. Air mata yang membasahi pipi Raisya dia seka dengan jarinya.

"Daddy tak sayang Raisya. Daddy bagi mommy jaga Raisya. Daddy tak sayangkan Raisya.. kenapa daddy taknak jaga Raisya dah? Raisya menyusahkan ke?" Sekali lagi dia hampir menangis tetapi Qaira laju menarik Raisya masuk ke pelukannya lagi sekali.

"Takkanlah daddy Raisya tak sayang Raisya kot.. Raisya salah faham ni. Mungkin tu bukan maksud dia." Qaira agak ragu ragu untuk memberikan nasihat. Dia bukannya tahu cara untuk memujuk. Belakang Raisya tetaplah dia usap untuk menenangkan hati gadis itu.

Raisya menggeleng laju.

"Raisya dengar sendiri yang daddy cakap daddy bagi mommy yang jaga Raisya.. Daddy memang tak sayangkan Raisya. Daddy dah penat jaga Raisya.."

"Kadang kadang kita tak tahu kenapa dia sanggup bagi orang lain untuk jaga kita. Walaupun sebenarnya kita sangat sangat memerlukan kasih sayang dari dia... Akak faham apa yang Raisya rasa. Faham sangat.." pelukan tidak dia lepaskan. Dia tahu Raisya memerlukan seseorang untuk menenangkannya.

Otaknya kembali mengimbau kenangan lama. Bagaimana hatinya sentiasa berharap agar dia dijaga oleh ayahnya sendiri dan bukannya oleh keluarga ibu saudaranya. Memanglah satu keluarga tapi cara jaganya takkan pernah sama.

Sampai sekarang dia tidak faham kenapa ayahnya sanggup membiarkan orang lain menjaganya..? Benarkah hanya kerana kesibukannya? Tapi kenapa baru sekarang beria nak aku tinggal dia..





"HADIF, betul ke kau nak teruskan dengan keputusan kau sekarang ni? Kalau kau masih cintakan dia, elok kau pertahankan perkahwinan korang." Nasihat Ghazrin.

"Cinta tak semestinya memiliki. Aku ambil keputusan tu sebab aku taknak ambil risiko lagi. Daripada terus menyakiti, lebih baik teruskan sahaja haluan masing masing"

"Habistu anak kau? Kau sanggup berpisah dengan Raisya? Aku tahu macam mana sayangnya kau dekat anak kau. Sakit demam dia sampai kau tak tidur malam pun tak apa asalkan dapat jaga dia. Masa dia baby lagi, kau jaga dia seorang diri. Penat balik bekerja pun kau masih nak jaga dia sendiri dan taknak sikitpun bergantung dengan parents angkat kau tu."

"Ya, memang aku sayang dia. Tapi tak adil juga kalau aku tak beri hak penjagaan tu dekat Reanna. Dia pun nak juga kenal anak dia, luangkan masa dengan anak dia. "

"Aku tahu, tapi Raisya nak ke tinggal dengan mak dia? Dia tu manja gila dengan kau, mustahil lah.." bahas Ghazrin. Raisya baru sahaja bertemu kembali dengan ibunya, hubungan diorang pun baru nak rapat.."

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now