BAB 36

2.3K 129 39
                                    

"THE MOON is beautiful tonight, isn't it??" ucap Rifqi sambil wajahnya masih dia donggakkan ke langit malam. Angin pantai bertiupan mengusik rambutnya.

"Sama je saya tengok."
Qaira menjongketkan bahunya. Dia tidak memahami erti sebenar ungkapan yang dilontarkan Rifqi sebentar tadi. Tangan kemudian naik memeluk tubuhnya sendiri yang agak kesejukan. Malam malam macamni berdiri tepi pantai, mana taknya tak sejuk.

Kalau ikutkan hati, dia nak berehat dalam bilik je tapi bila nampak sahaja Rifqi ke sini selepas makan malam, hatinya juga terikut mahu mendatangi lelaki itu.

"Tak apalah, teruskan tak faham."
Sepenggal senyuman mengukir di bibir Rifqi saat dia sedar bahawa gadis itu tidak memahami maksudnya. Wajahnya masih didongakkan ke langit.

"Tak faham apa?" Qaira masih lagi mengerutkan dahinya. Dia bermadah ke tadi?

"Nanti-nanti kau research la balik." Balas Rifqi. Wajah Qaira yang masih kebingungan itu ditatapnya sambil tersenyum.

"Awak ingat saya lemah english ke? "

"Eh bukann.. " dahi ditepuk sekali. Aduii kesitu pula dia fikirkan. Masih jelas kelihatan riak wajah tak puas hati Qaira saat itu. Budak Ooo budak.

"Dah dah. Tak payah fikir lagi. Erm kau ingat lagi tak pasal author Deen tu? Aku ada janji nak bagitahu kau pasal dia kan?"

Qaira membulatkan anak matanya. Laju-laju dia anggukkan kepalanya. Penulis novel kegemaran dia kot.

"Saya kan, selalu tertanya tanya kenapa sekarang dia dah tak ada keluarkan novel baru lagi dah. Sibuk sangat ke? Biasanya setahun sekali dia akan ada buku baru. Saya mula minat dengan novel sebab baca cerita dia lah!! Sejak saya tingkatan lima lagi. Sukaa sangat"

"Apa yang menarik pasal buku dia? Aku pun nak tahu jugak.." ujar Rifqi ingin tahu. Dia layankan sahaja Qaira yang teruja bercerita itu.

"Semua buku dia tu kan, ada konsep yang berbeza beza. Setakat ni dia dah ada lapan buah novel. Dan novel kelapan yang awak belikan tu, saya dah baca sampai habis. Terkejut juga saya, sad ending.. Saya mula mula agak tak puas hati tau tapi bila saya fahamkan balik apa mesej yang dia nak sampaikan dekat pembaca, barulah sata tahu mesej tersirat dia."

"Mesej tersirat eh?"

"Ya, cerita tu sebenarnya nak sampaikan mesej yang jangan terlalu mencintai seseorang nanti akan ditimpa sakit yang tak disangka sangka. Beserdehanalah dalam melakukan apa apa. Doa memang milik kita tapi takdir Allah lebih tahu yang terbaik."

Tersentuh hati Rifqi ketika itu. Tidak dia sangka gadis itu begitu memahami apa yang dibacanya.

"Tak semua perlu diakhiri dengan senyuman. Terkadang kita memerlukan air mata sebagai titik akhir kehidupan."

"Tapi akan saya pastikan penamat kita berdua kena happy. Kahwin! Kahwin!" Bidas Qaira. Laju je dia kalau pasal ni.

"Kau dari dulu sampai sekarang memang kahwin je eh yang kau fikirkan?"

"Ye lah. Memang itu cita cita saya. Nak. Kahwin. Dengan. Awak. Saya dah siap fikir awal-awal, kalau kita kahwin nanti saya nak jadi suri rumah sepenuh masa" Jelas Qaira jujur. Terlalu jujur sehingga terkedu lelaki disebelahnya itu.

"Jauh betul kau fikir"

"Jauh pemikiran, luas permandangan" kedua dua belah tangannya menekup pipinya. Dapat dia rasakan kupu-kupu sedang berterbangan dan berjoget joget dalam perut dan ususnya saat ini.

"Jadi kalau aku pergi masuk meminang kau minggu depan, kau terima lah eh?"

"Mestilah!! Eh jap awak serius ke—" berubah terus riak wajah Qaira. Tangan yang menekup pipinya tadi dia turunkan perlahan lahan. Matanya tidak berkedip memandang lelaki itu.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now