LANGKAH kakinya dipercepatkan mencari tandas berdekatan. Kanan kiri dia toleh mencari Reanna dan Raisya yang entah ke mana. Sebenarnya diorang dekat pusat beli belah sekarang ni kerana Reanna yang sudi menemaninya membeli barang hantaran untuk majlis tunang nanti. Ada 4 hari je lagi sebelum hari pertunangannya.
Setahunya, mummy Rifqi ada beritahu yang diorang tak akan adakan majlis. Cukuplah ringkas sebagai tanda mengikat tali pertunangan. Kata orang, pertunangan tidak perlu dihebohkan sangat. Nanti kahwin baru lah kita war warkan biar satu dunia tahu. Lagipun dia ni artis, sekejap sahaja berita akan sampai ke tangan wartawan jadi lebih baik kalau dia diamkan sahaja pertunangan ini. Taknaklah sebab dia, Rifqi terpalit sekali dalam kontroversi lamanya dahulu.
"Mana diorang ni.." getus Qaira perlahan. Terasa seram sejuk pula sekarang ni apabila dia berjalan seorang diri. Entahlah, sejak dua menjak ni dia terasa seperti diekori..
Hurm Tadi kata Reanna mahu teman anak dia ke tandas sekejap tapi lama jugak ya. Tandas mana dia guna? Diorang buat tandas ke?
"Qaira, sorry lambat. " Ucap Reanna sambil tergesa gesa berjalan mendekati sahabatnya itu. Tangan kanan erat memimpin anaknya. Kan sesat pula, satu hal nak kena cari.
"Saya ingatkan akak dah pergi mana tadi." Tangan mengusap usap dada. Kenapalah dia mudah sangat rasa gemuruh? Dia bukannya tak biasa duduk seorang diri, cuma makin lama makin susah nak berdikari.
Sebab itulah dia perlukan suami seperti Rifqi.
Sweet kan?
"Raisya ni ha ngada ngada main sabun dalam tandas. Perangai pelik macam bapak dia." Kata Reanna. Sempat lagi dia kaitkan Hadif. Sebenarnya sejak dari tadi lagi, apa apa yang terjadi mesti akan dikaitkan dengan suaminya. Raisya pula hanya beriak tidak bersalah walaupun setelah dibebel ibunya. Comel..
"Akak dengan Doktor Hadif tu dua kali lima je. " Balas Qaira.
"Kenapa pula?"
"Ya lah, kalau ada apa apa je mesti dia akan sebut sebut nama akak. Macam akak lah, semua benda atas muka bumi ni pun akak boleh kaitkan dengan dia."
Reanna mengecilkan anak matanya. Ohh Hadif mesti selalu mengumpat pasal dia ni. Nak kena cubit ni laki aku tu.
"Dah dah. Jom sambung cari barang. Nanti doktor marah saya pula sebab culik bini dia lama lama. Dia tu kan bapak singa" Gurau Qaira. Tangan naik mengusap kepala Raisya itu. Ergh geram betul, comel sangat.
"Tak apa, dia tak berani marah Qaira kalau akak ada. Silap haribulan dia kena tidur luar."
"Aip nanti siapa yang nak bayarkan semua barang kat shoppee chart akak tu—" sakat Qaira. Dia sudah selesa dengan Reanna sejak kebelakangan ni. Dia juga sudah tahu menyakat.
"Heii heii yangtu diam." Balas Reanna. Langkahnya dipercepatkan ke hadapan. Bila difikirkan balik, macam betul. Ahh Tupperware yang dia jumpa dekat shopee haritu pun nampak menggoda juga. Nak beliiii..
"CIK, total harganya RM 20.80." ujar juruwang tersebut sambil dia memasukkan barang pembelian gadis itu ke dalam beg plastik.
Lily mengetap bibir. Beg duitnya dipandang lama. Dia cuma ada sepuluh ringgit sahaja lagi. Apa nak buat ni?
"Boleh cancel tak.. saya nak letak balik roti tu.."
"Tak boleh cik, saya dah key in.."
"Tapi.."
Sedang Lily berfikir, tiba tiba ada tangan yang menghulurkan wang kertas kepada juruwang tersebut. Serentak, Lily terperanjat lalu dia menoleh memandang orang yang membayar harga barangnya tersebut.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...