"KENAPA baru sekarang awak bagitahu saya? Kenapa buat keputusan terburu buru macamtu?" Lantang lelaki itu mempersoalkan kembali penjelasan dari sang isteri itu.
"Kalau saya beritahu awak dari awal, awak takkan benarkan saya terima job ni.." balas Reanna. Wajah suaminya yang serius itu dipandang. Pada ketika itu, suasana antara mereka sangat tegang.
"Are you kidding me, wife? Tempat seorang isteri itu disisi suami. Awak tu bukan setakat bersuami, dah ada anak pun. Saya bukan taknak bagi awak dapat peluang modelling kat London, tapi anak kita masih kecil lagi. Dan saya taknak PJJ dengan awak. " Jelas Hadif. Keluhan lemah dilepaskan. Baru sahaja balik kerja tadi dia terus dikhabarkan dengan isterinya yang ingin bekerja di London sebagai modelling. Penat bekerja pun tak hilang lagi ni.
London bukannya dekat !
"Itu impian saya. Kenapa awak nak halang rezeki saya? Kalau awak taknak PJJ, berhenti lah jadi doktor dan ikutlah saya ke London dengan anak kita. "
"Berhenti kerja? Thats a very ridiculous option, wife. Nafkah tu wajib. Nafkah tu tanggungjawab suami, bukan isteri. Tawaran modelling dekat London tu optional kan? Kerja sajalah dekat Malaysia macam biasa awak buat selamani. Banyak kan tawaran awak dapat as a model.. kan? " Pujuk Hadif, lembut.
"Awak tak faham, Hadif ! Bukan senang nak dapat offer jadi model kat London. Awak suami saya, awak sepatutnya support career saya seperti mana saya support awak jadi Doktor." Nadanya naik seoktaf.
"That's not the same, Reanna Haneesya." Tidak sengaja dia tertinggikan suara pada isterinya untuk kali pertamanya. Sungguh, dia tak sengaja...
Air mata Reanna jatuh perlahan lahan membasahi pipinya. Sakit rasanya ditengking.
"Reanna.. sorry, saya tak sengaja.. " rambut diraup ke belakang. Tangan isterinya cuba dipegang namun serta merta wanita itu menepis kasar.
Tanpa sepatah kata, Reanna mendukung erat Raisya yang ketika itu baru sahaja berusia 7bulan lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik tetamu. Begitulah cara dia setiap kali bergaduh dengan Hadif.
"Reanna... Janganlah macamtu. Reanna, sayang.." panggilan tidak dihiraukan.
Buumm!
Pintu dihempas kuat tanda memprotes.Hadif terduduk lemah di sofa. Apa dia dah buat ni. Kenapa lah dia tertinggikan suara tadi.
Tanpa dia sedar, dia terlelap di sofa. Tidak lama kemudian, suara bayi menangis menusuk tepat ke saluran pendengarannya menyebabkan dia terjaga.
Itu, suara anak dia menangis..
Hadif bingkas bangun dari sofa. Bilik tetamu yang terletak disebelah kanan ditujunya.
Kenapa pula Raisya tidak henti henti menangis ni? Macam tak ada orang pujuk..
Pintu tidak berkunci membolehkan Hadif melangkah masuk kedalam bilik tetamunya itu dengan begitu sahaja. Dia menghampiri katil dan disana hanya anaknya sahaja yang meraung menangis seorang diri.
"Allahuakbar, kenapa anak daddy nangis ni? Mana mommy?" Badan kecil anaknya yang berusia 7 bulan itu diangkat dan dipeluk. Ditepuk tepuk lembut belakang badan bayinya itu sambil mata melilau mencari keberadaan sang isteri.
Hampir di semua sudut rumahnya dicari. Namun tiada langsung kelibat isterinya. Sejenak, dia mula menyedari bahawa isterinya telah pergi meninggalkan mereka berdua.
Reanna...
HADIF terjaga dari tidur disebabkan oleh mimpi buruknya itu. Mata digosok gosok perlahan. Dia tertidur sekejap.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...